Social Icons

Pentingnya Ujian Papsmear yang Sepatutnya Semua Wanita Tahu.


Assalamualaikum

Semoga semua pembaca yang singgah di blog ini dirahmati dan diberkati Allah selalu. 

Hari ni saja la baca pasal ujian papsmear.Ibu - ibu kat sini tahu dan pernah jalani tak ujian ni. 

Setiap waniya berusia 26-70 tahun adalah disarankan untuk menjalani ujian ini dalam 2-3 tahun sekali. 

Ujian papsmear adalah bertujuan untuk mengenal pasti sebarang ketumbuhan di peringkat awal. 

Ujian ini dapat mengesan sebarang perubahan pada sel serviks  sebelum ia merebak menjadi sel kanser.

Pendekata ujian ini adalah sebagai salah satu pencegahan kepada kanser serviks. 

Bukankah mencegah itu lebih baik? 

Nampak tak pentingnya ujian papsmear ni tetapi masih ramai wanita yang enggan menjalaninya. 
Alasan utama adalah takut dan malu. 

Memang takut, memang malu. Saya dulu pun macam tu la. 

Tapi bila misi suruh buat, saya buat. Saya ni budak baik.. hihi misi pun tau kita takut dan malu tapi atas penerangan yang diberikan saya beranikan diri untuk menjalaninya. 

Wanita kan hebat, dulu pun takut nak bersalin tapi la ni anak empat dah.. Kih kih, kira berani la kan. 
Nak bersalin lagi sakit. Ujian papsmear ni tak sakit pun kalau kena gayanya dan sat sangat masa yang diambil.

Kita kena relax ja. Jangan duk buat keras.Senang citer ikut la cakap misi yang nak buat ujian ni. 

In sha Allah mudah.

Sekarang ni saya tak takut dah dengan ujian ni. Setiap tahun alhamdulillah saya jalaninya.

Cuba bayangkan kita tak pernah buat ujian ni, tiba-tiba berlaku sesuatu masalah kesihatan dan kita diarahkan untuk buat ujian ni. Nak tak nak kita dah terpaksa buat. 

Masa tu kalau ujian kita menunjukkan adanya sel-sel kanser, kemungkinan waktu tu kanser kita sudah pun merebak.

Takut dan malu masa tu memang terpaksa dilalui, malah mungkin lebih banyak proses lagi yang akan dijalankan andaikata doktor telah sahkan memang ada kanser. 

Lagi sakit lagi malu. 

Tak takut? Kalau takut buatlah ujian ni.Biarlah takut dan malu seminit untuk hari ni daripada menanggung sakit dikemudian hari.

Sesungguhnya kita hanya merancang. Allah jua la penentu segalanya. 

Saya doakan kita semua wanita hebat sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Selamat hari ibu (sebenarnya saya tak tau pun bila tarikh hari ibu,hari-hari saya jadi ibu, so.. Hari-hari la hari ibu hehehe) 

Terima kasih kerana sudi membaca sampai disini. 

Semoga apa yang saya sampaikan memberikan sedikit keberanian buat semua wanita untuk menjalani ujian ini. 

Salam sihat dari saya. 

Nurul. 



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution