Social Icons

Durian Belanda untuk ayah.


Assalamualaikum. 

Semoga semua pembaca blog Amnurhuda sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu. 

Petang tadi menemani adik ke rumah seorang kawannya untuk mencari durian belanda. 


Katanya tahu lokasi rumah tapi terlajak juga. Biasa la kan tak pe terlajak kereta boleh diundur. Tapi kami tak undur tau, kami teruskan je.. pastu kami  kona balik la. 

Memandu sambil mencari rumah,dua perkara yang harus dilakukan dengan  lebih berhati2.Kejap bagi signal, kejap off balik. Kejap on balik, silap haribulan kena marah dengan orang belakang.. Haha sabar je la kan. 

Kami berjaya menemui rumah yang dicari. Alhamdulillah tuan rumah pun ada, jadi cakap terus kami mai ni nak cari buah Durian Ropa ( Durian Belanda).

Pokok ada dan buah pun banyak cuma comel comel je saiznya. 

Kami berdua meredah sendiri belakang bangsal ditepi rumah.Dengan bantuan tuan rumah kami berjaya mendapatkan 2 biji Durian Ropa bersaiz comel2 dan kata tuan rumah buah yang dah tua kulitnya agak cekang dan warnanya agak muda.


Nampak macam besar tapi sebenarnya kecik je buah ni.

Harap2 dah tua la buah yang kami ambil tu.
Ucapan terima kasih kami hulurkan bersama pertanyaan berapa yang kami perlu bayar. Tapi mak cik ( ibu kepada kawan adik) tak mau la pulak bila tahu tujuan kami mencari buah tersebut.Hmm segan la kan ambik free lain kali malu nak mai dah.. hihi. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan sambil adik menghulurkan sedikit wang untuk anak2 kawannya sebagai sedekah. 

Dijemputnya kami masuk dulu tapi kami menolak sebab nak balik cepat. Anak2 ditinggalkan jadi tak nak la lama-lama. 
Pesan makcik, balik peram buah Durian Ropa ni bersama ragi selama dua malam. In sha Allah nanti masak la. 

Ok pencarian buah Durian Belanda untuk ayah dah berjaya, dan kami pun minta izin untuk pulang.Sambil - sambil tu singgah dibeberapa buah kedai untuk mencari ragi. Alhamdulillah ragi pun dah ada. Boleh balik dan peram. 

Antara kebaikan buah Durian Belanda adalah :

1-Membunuh sel kanser

2-Mencegah osteoporosis

3-Meningkatkan tenaga dan daya tahan.
 
4-Bermanfaat untuk jantung dan mencegah       kerosakan saraf.

5-Merawat buasir dan keracunan makanan yang dihidapi oleh bayi. 

6-Melegakan sembelit

7-Memberikan tidur yang lena

8-Merawat jangkitan disaluran air kencing

9-Membunuh parasit dalam badan

10-Vitamin C

11-Melawan radikal2 bebas

12-Merawat ulser mulut. 

13-Merawat demam

Dan banyak lagi manfaat yang boleh diambil dari buah Durian Belanda. Sila google untuk info yang lebih mendalam. 

Sebenarnya tujuan kami mencari Durian Belanda ni sebab nak bagi ayah makan. Baru-baru ni ayah yang kami sayangi disahkan menghidap kanser hati. 

Luluh hati mendengarnya.Namun kami cuba kuatkan semangat demi ayah.Kami sekadar berusaha untuk melawan kanser ni.

Antara usaha kecil yang kami cuba ikhtiarkan untuk ayah selain memberi ayah makan durian belanda, kami juga memberi ayah minum susu kambing dan juga supplement Vivix. 

Alhamdulillah semoga sedikit usaha kecil kami ini diberkati...aamiin.

Buat semua pembaca yang membaca entry ini,saya mohon jasa baik kalian untuk mendoakan kesembuhan buat ayah saya.Terima kasih atas doa kalian.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam.

Salam sihat,
Nurul.







0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution