Social Icons

Rahsia Afi Semakin Bam Bam


Assalamualaikum.

Saya doakan semua pembaca blog ini mendapat rahmat dan kasih sayang Allah selalu.. Aamiin.

Hari ni saya nak share kebaikan ataupun manfaat yang saya dapat hasil dari penggunaan supplement shaklee  selama ni.

Saya nak share tentang Omega dan kebaikan yang telah dirasakan oleh dua orang hero saya.




Masa awal penggunaan Shaklee dulu,Omega telah berjaya menyelesaikan masalah anak ketiga saya iaitu  Kayyis. Masalah dia ni suka sembelit.Hati ibu mana yang tak terseksa bila melihat saat anaknya bertarung dalam proses melepaskan hajat. Menangis hati ibu tau.. Anda boleh baca tentang sembelit Kayyis dengan klik link dibawah.


Tiada Sembelit Lagi(sila klik)


Dan tahun 2016 ,Omega sekali lagi memberi manfaat buat anak keempat saya iaitu Afi.




Sebelum ni misi pernah tegur berat Afi tak naik banyak, kalau demam terus tak naik2.

Misi bagi vitamin dalam bentuk cecair tapi Afi tolak tak nak minum pun bila dia dah rasa sikit.

Saya beli chewable vitamin c shaklee bagi Afi makan, bukan Afi sorang la keempat2 anak saya suka chewable vitamin c shaklee ni. Cepat pulak abisnya.

Tak sempat nak restock saya bagi Omega tapi semua tak nak. Lupa nak bagitau Kayyis dulu pun tak nak makan Omega tapi saya curi2 picit Omega dalam nasi. Kalau dalam minuman, dia perasan tapi dalam makanan dia tak perasan pula.

Dah besar ni susah la nak curi2 letak Omega.

Saya fikir Afi kecik lagi, saya nak ajar dia makan Omega la. Kalau dah biasa mesti dia boleh.




Kali pertama saya bagi dia, dia kunyah tapi bila omega tu pecah, dia buang terus ke lantai. Esok saya bagi lagi, sama juga. Saya bagi lagi lepas tu dan alhamdulillah penerimaannya semakin baik. Dia tak buang dah malah nak lagi.. huhu.

Bermula dari hari itu saya mula bagi Omega kat Afi.Saya panggil gula-gula sebab Afi main kunyah ja. Saya sendiri tak mampu nak kunyah.. hihi hebat kan Afi.

Kalau anda nak tahu Afi adalah anak keempat saya dan inilah baby shaklee saya sebab saya amalkan supplement shaklee sejak sebelum saya mengandungkan Afi sampai la ke hari ini.




Maknanya, ketika mengandung dan selepas melahirkan memang supplement shaklee je menemani saya.


Set Hamil Shaklee Memang Terbaik (sila klik)


Set Bersalin Dan Menyusu Shaklee(sila klik)

Dan sekarang kesan ketara dari Omega, Afi lalu makan, makan apa saja berselera ja.Bertambah- tambah lagi.

Mula la sorang2 yang jumpa Afi bersuara...

".berisinya Afi... "
" La tembam la Afi la ni.. "
" Ni awat gemok ni, makan kuat eh.. "
"Lalu Afi makan la ni no.. "

Macam2 saudara mara yang mengusik Afi. Kalau dari kacamata saya, tak perasan sangat perubahan.Yela setiap saat Afi bersama saya tapi bila dukung.. Ha baru tau...

Tak larat la mama.

Sampai hari ni saya bagi Afi makan Omega sebab saya nak sistem imun dia lebih kuat,tak mudah dapat sebarang penyakit.. In sha Allah. Saya hanya berusaha untuk anak2 sihat. Selebihnya serahkan pada Allah.


Inilah rahsia Afi semakin bam bam. 


Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat semua anak-anak saya.. Aamiin.

Bagi ibu -ibu yang risau anak tak lalu makan tu boleh la cuba.


Cara Bagi Anak Makan Omega(sila klik)

Sebenarnya supplement untuk anak - anak ada 4 jenis iaitu chewable vitamin c, chewable vitalea, meal shake dan juga Omega.

Anda boleh baca disini tentang vitamin untuk anak-anak.

Sehingga disini dulu,lain kali berkongsi lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga disini.

Sebarang pertanyaan atau ingin order supplement shaklee boleh whatsap saya yer.




Salam sihat,

Nurul
013.4420.637










0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution