Social Icons

Kepentingan OmegaGuard Sebelum Hamil,Semasa Hamil Dan Selepas Bersalin .



Assalamualaikum.


Semoga semua pembaca yang singgah di blog ini dirahmati dan diberkati Allah selalu. 








Disetiap peringkat kehamilan anda,bermula 
dari proses kelahiran hingga ke penyusuan,ianya adalah masa berharga untuk perkembangan sihat anak anda.

Salah satu asid lemak penting untuk anda dan kesejahteraan  bayi anda adalah asid lemak Omega 3-asic eicosapentaenoic(EPA) dan asid docosahexaenoic(DHA).

Asid lemak Omega 3 adalah lemak yang paling sihat antara semua lemak dan baik yang diperlukan untuk menyokong setiap sel,tisu dan organ dalam badan kita.

Walaupun Omega 3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan,ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita.

Ia hanya boleh diperolehi melalui pemakanan dan saplimen.

Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil Omega 3.

Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1000-2000mg minyak ikan sehari.

Minyak ikan OmegaGuard Shaklee membekalkan spektrum luas asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama,termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal.


Kebaikan Omega-3 untuk anda dan bayi anda melibatkan 3 fasa berikut:

1. Sebelum kehamilan.

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung kerana ia :

Untuk wanita/isteri,


  • Menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon.
  • Membantu mengatur kitaran haid
  • Meningkatkan aliran darah rahim untuk penghasilan sperma yang sihat.

Untuk lelaki/suami,

  • Meningkatkan kepekatan sperma
  • Memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.





2.Semasa kehamilan.


Apa yang anda ambil semasa kehamilan menentukan kesihatan bayi anda.

Tambahkan Omega-3 dalam pemakanan anda kerana ia banyak memberi manfaat buat anda dan juga bayi anda.

Manfaat buat Ibu;

  • Menurunkan risiko kelahiran pramatang
  • Menggalakkan tempoh kehamilan optimum
  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia(tekanan darah tinggi semasa hamil).

Manfaat buat bayi;

  • Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta.
  • Memudahkan perkembangan mata(retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika didalam janin.
  • Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi.
  • Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan.
  • Menggalakkan perkembangan optimum otak,janin,mata.sistem imun,dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga.
  • Menggalakkan perkembangan saraf otak.







3.Selepas bersalin & menyusu.


Untuk pemulihan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi,Omega-3 membantu;

Ibu;

  • Mengurangkan risiko kemurungan postpartum

Bayi;

  • Menyokong proses kematangan otak semasa tempoh lima tahun pertama kehidupan.
  • Menggalakkan perkembangan saraf didalam otak.
  • Mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif-ekzema
  • Menyokong perkembangan penglihatan
  • Menggalakkan pola tidur yang lebih baik. 




Tahukah anda?

"Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan  melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan DHA "


Anda juga mungkin berminat dengan topik berkaitan Omega-3 berikut:




Jangan lupa boleh kontek Nurul ok(013.4420.637) untuk mendapatkan sumber terbaik Omega-3 anda hari ini.

Salam sihat yang terindah.




8 Sebab Untuk Anda Yakin Produk Shaklee Selamat



Assalamualaikum.

Saya doakan semua pembaca blog Amnurhuda didalam perlindungan Allah selalu.

Hari ni saya nak share dengan anda 8 sebab untuk anda mempercayai kualiti dan keselamatam produk Shaklee.

Ok.. Jom kita tengok satu persatu, 


1. Kami menyaring lebih 350 bahan cemar, racun serangga dan bendasing untuk setiap bahan botani baru. 

Selain itu kami turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob. 


2. Lebih daripada 250 ujian racun serangga dilakukan, melebihi United States Pharmacopeia (USP).

3. kami melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan produk kami selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda. 

4. Tiada tambahan pengawet, pemanis, atau perasa tiruan. 

5. Bebas Gluten. 

Produk kami bebas gluten,berita baik untuk mereka yang mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. 

Dengan produk bebas gluten, kami mahu anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat. 

6. Bukan GMO

Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti( Identity Preserved Program (IPP)),pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal Bukan GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan. 

7. Terbiodegradasi

Berpegang kepada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. 

Kami menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa. 

8. Kami tidak melakukan ujian ke atas haiwan.

 "Kami percayakan kualiti, Kualiti adalah keutamaan" 

Dr. Forrest C.Shaklee.







Ayah Dalam Kenangan.






Alfatihah buat arwah ayah.

Hj Ramli Bin Ayob

Ayah meninggal dunia pada 14 Ramadhan bersamaan 9 Jun 2017.

Dipagi Jumaat yang mulia dan di bulan yang mulia,ayah pergi meninggalkan kami.

Ayah telah disahkan menghidap kanser hati beberapa bulan sebelum dia pergi.

Ayah kelihatan sihat sebelum ini sehinggalah dia mengadu sakit sana sini.Kami ingat biasa je tapi bila kerap sangat mengadu,kami buat keputusan untuk bawa ayah buat medical checkup.

Setelah pelbagai ujian dilalui akhirnya ayah disahkan Kanser hati.

Namun ayah kuat menghadapi semua ini.Ayah tak melalui sebarang proses kemoterapi disebabkan faktor umur.

Dan saat ayah sakit,masanya tak panjang untuk kami adik beradik berkhidmat menjaganya.

Ayah masuk hospital bila mengadu sakit.Kalau masih dirumah kami tak tahu nak buat apa.

Sempat 4 hari 3 malam ayah diHospital,ayah dibawa balik ke rumah.

Petang khamis ayah dibawa ambulans balik ke rumah,hanya semalam ayah bersama kami.

Esoknya pagi Jumaat,dalam pukul 7 pagi ayah kembali kepada Penciptanya.

Perancangan Allah cukup terbaik.Allah jemput ayah kembali disaat semua anak-anak anak disisi kecuali seorang.

Waktu tu cuti sekolah,jadi ada yang tinggal di KL boleh la balik menjaga ayah ketika di hospital.

Hari Jumaat (7pagi)
14 Ramadhan 1438
6 Jun 2017
Cuti Sekolah

Walaupun menangis dan sedih atas kehilangan ayah kami redha atas ketentuanNya kerana Allah dah bagi yang cukup terbaik buat arwah ayah dan juga kami.

Dan di sini saya nak sematkan memori kami sekeluarga disaat bersama ayah.

Ayah sentiasa dalam doa kami.

Semoga ayah bahagia dan damai di sana.

"Ya Allah ampunilah segala dosa ayah,
kasihanilah ayah sepertimana dia mengasihani kami sejak kecil.
lapangkanlah dan terangilah kuburnya.
Terimalah segala amalannya.
Dan sekiranya setiap amal baik kami didunia ini ada ganjarannya di sisiMu,maka sampaikanlah buat ayah dan juga ibu kami di sana..aamiin."
    

Ayah bersama cucu,Along



Di hari perkahwinan ayah bersama Mak Timah







Kami sambut bithday ayah dan anak cucu bulan Februari

Ini anak sulong ayah,abang Cop

Ayah sempat bawa MakTimah pergi umrah tahun 2016

Aktiviti ayah di waktu petang

Bersama kakak mengerjakan umrah,masa ni kaki ayah sakit sebab tu duk atas kerusi roda.

Bersama kakak,abang adan mak buat umrah


Ni gambar kenangan ayah bersama arwah mak

Sambut konvo Infotrack bersama ayah di Kelantan

Arwah mak meninggalkan kami 14 tahun yang lalu.(10/1/2003)



Kenangan bersama ayah dan arwah mak Ani

Masa kat hospital Bertam.

Hari ayah dibawa balik kerumah dari hospital Bertam.


Saat-saat terakhir ayah.




Inna lillahi waiina ilaihi raji'un


Untuk korang yang masih ada mak,ada ayah tu sayangilah mereka sementara masih ada kesempatan.

Berbaktilah kepada mereka.Berilah yang terbaik buat mereka.

Sampai saatnya mereka akan pergi jua,pergi yang takkan kembali lagi.

Hargailah apa yang kita miliki hari ini kerana esok belum tentu milik kita lagi.



Kebaikan Protein Soya ESP Buat Ibu Hamil


Assalamualaikum.

Saya doakan semua yang sudi singgah dan baca blog ini di rahmati dan dipermudahkan segala urusan.

Sebelum ni saya ada share bagaimana memilih sumber protein terbaik dan berkualiti.

Boleh baca kat sini ye 5 Tips memilih protein terbaik.






Keistimewaan ESP Shaklee

Protein ESP Shaklee adalah dari sumber protein soya(tumbuhan)yang mana ianya tidak diubah suai secara genetik (Non GMO).

Satu hidangan lengkap ESP membekalkan 14g protein.

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee untuk menghasilkan protein ESP adalah dipantau dan dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehingga pemprosesan ESP.

ESP Shaklee lengkap dengan semua 9 asid amino perlu untuk tubuh badan.

Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score)1.0-nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti.

ESP tinggi dengan kalsium dan tiada kolestrol.

Protein soya ESP membantu menurunkan paras kolestrol.

-Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolestrol darah adalah 25gsehari.

ESP Shaklee mempunyai indek glisemik yang rendah.(sesuai untuk penghidap diabetes kerana tidak menyebabkan peningkatan gula dalam darah).



Kebaikan ESP Untuk Ibu Hamil.


1.Meningkatkan imuniti badan ibu hamil.

Selain vitamin C,protein juga bagus untuk menguatkan imuniti.Lagipula protein ESP lebih selamat dan mudah dicerna oleh ibu hamil dan juga bayi.

2.Mengawal berat badan ibu hamil dan mengelakkan diabetes.

ESP adalah minuman protein rendah glisemik(GI).

Makanan yang rendah glisemik melambatkan penyerapan glukosa diusus kecil.

Ini membuatkan kita rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil.

3. Membantu pembentukan otot dan otak bayi.

Protein sangat penting untuk pembentukan otot selain membantu dalam proses kelahiran.

Protein juga diperlukan untuk membina otot bayi.

Ibu hamil juga biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan.

Jadi dengan pengambilan protein ESP yang mencukupi,in sha Allah masalah ini dapat dikurangkan.

Protein juga penting untuk perkembangan otak bayi.Otak kita terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada protein.

Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini.

4.Membantu membentuk kulit yang cantik.

Protein diperlukan untuk penghasilan sel-sel kulit yang baru menggantikan sel-sel kulit yang telah mati.

Dengan ESP Shaklee,kulit ibu hamil dan bayi dalam kandungan akan lebih cantik dan gebu.

5.Protein membekalkan tenaga dan kecergasan sepanjang hari.

ESP bantu membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari terutamanya bagi ibu hamil yang mengalami morning sickness dan alahan yang teruk sehingga muntah-muntah.


Testimoni ibu hamil dan Shaklee.









Testimoni sendiri


Teringat masa saya sakit nak bersalin Afi (anak ke4)dulu, suami suruh makan dulu,nanti lapar tak de tenaga nak meneran.

Bila dah sakit saya memang tak de selera nak makan.Bawa mai sedap mana pun tak teringin dah aih.

Tapi kuatkan juga semangat untuk makan dan minum sikit.


Makan sekeping roti gardenia pun tak abis, buatkan secawan ESP pun tak abis juga. Kes paksa diri ni 



Alhamdulillah sakit tak lama, pi hospital terus masuk labour room.

Dalam 30 minit semuanya selamat.Syukur yakmat.

Belum cuba belum tahu nikmatnya.

Jom cuba hari ni.Jangan segan untuk whatsap nombor ni ok 013.4420.637,in sha Allah sepantas kilat saya jawab hihi

Bulan ni ada promosi tau,kalau nak cuba ESP Shaklee ni la masa terbaik untuk dapatkan harga yang lebih baik.


Promosi ESP Bulan OKtober 2017

Buy 4 & Get 5% diskaunt!!

Whatsap Nurul

013.4420.637




Asid Lemak Omega 3 Lemak Sihat Untuk Anda Sekeluarga


Assalamualaikum.

Salam sihat yang terindah dari saya buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Didoakan agar korang semua sentiasa dirahmati Allah.






Asid lemak Omega 3 adalah lemak yang paling sihat antara semua lemak dan baik yang diperlukan untuk menyokong setiap sel,tisu dan organ dalam badan kita.

Walaupun Omega 3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan,ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita.

Ia hanya boleh diperolehi melalui pemakanan dan saplimen.

Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil Omega 3.

Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1000-2000mg minyak ikan sehari.

Minyak ikan OmegaGuard Shaklee membekalkan spektrum luas asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama,termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal.




Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak Omega-3(546mg EPA dan 360mg DHA).



Kebaikan Omega-3 Untuk Anda.


Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan iaitu:


1.Kesihatan Jantung.





Omega 3 dapat mengurangkan keradangan.

Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.


EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung :

 Membantu mengekalkan paras trigliserida(kolestrol) dan tekanan darah.

 Meningkatkan pengaliran darah.

 Mengekalkan degupan jantung yang sihat.


2. Kesihatan Otak



Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak.

Konteks serebrum(yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) di anggarkan mengandungi 20% DHA.

EPA& DHA telah dikaji untuk :

 Penglibatan dalam penghantaran maklumat diantara saraf.

 Kesan positif kepada perasaan,kognitif,daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.

 Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti alzhimer dan dimensia/ nyanyuk.

3.Kesihatan Sendi.



EPA & DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega juga memainkan peranan penting dalam :

1. Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.

2. Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti,mengurangkan kekejangan,bengkak dan kesakitan.

3. Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam artritis.

4. Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.


4.Kesihatan Ibu Hamil Dan Bayi



Asid lemak Omega 3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu.

Selepas bayi dilahirkan,Omega 3 menyokong :

1. Perkembangan otak dan sistem imun.

2. Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin.

3. Perkembangan otak , mata dan sistem saraf janin.

4. DHA adalah komponen utama retina-penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi.

5. DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.

6. Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.

7. Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat. 


Banyak kan kebaikan Omega-3 untuk kita tak kira peringkat umur samaada bayi,kanak-kanak,dewasa,wanita hamil,wanita menyusu,dan juga untuk golongan lelaki.

Pendek kata satu famili la boleh dapat kebaikan Omega-3 ni.

Dah tahu kebaikan Omega-3 jangan segan jangan malu contact saya untuk dapatkan minyak ikan Omega-3 anda hari ini juga.

Nak tahu macammana nak pilih minyak ikan terbaik dan kenapa patut pilih Omegaguard Shaklee sila baca topik berikut :







 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution