Social Icons

Kepentingan Kalsium Ketika Hamil



Kalsium adalah salah satu unsur penting yang harus ada dalam menu makanan ibu hamil.


Sepanjang tempoh kehamilan,terutamanya pada trimester kedua dan ketiga.

Antara lain kesan kekurangan kalsium adalah

1.Masalah kekejangan kaki
2.Pertumbuhan tulang janin yang tak sempurna
3.Pertumbuhan bayi terganggu
4.Sakit gigi & gigi rapuh
5.Insomnia ( susah tidur)
6.Osteoporosis



Manfaat Kalsium untuk Ibu Hamil




1. Mencegah Osteoporosis (kerapuhan tulang)

Diusia kehamilan 6-9 bulan ibu hamil memerlukan kalsium yang sangat banyak kerana janin dalam proses pembentukan rangka.

Proses ini akan mengambil kalsium dari ibu hamil.Bila kalsium yang diperlukan tidak mencukupi,proses ini akan menyerap kalsium yang ada pada tulang dan akan menyebabkan osteoporosis pada siibu.

Jadi,ibu hamil perlu tingkatkan kalsium samaada denga minum susu tinggi kalsium atau supplement kalsium.

2.Menjaga kesihatan ibu dan janin

Kalsium yang cukup dapat melindungi ibu hamil dari masalah praeklamsia iaitu tekanan darah tinggi.

Kalsium juga dapat melindungi janin dari risiko cacat fisik,pembentukan gigi yang baik dan sihat,pembentukan sistem pembekuan darah yang normal,pembentukan jaringan jantung,otot dan sistem saraf,membantu perkembangan tulang bagi janin.

Kalsium juga membantu memberi kekuatan kepada ibu hamil terutamanya ketika usia kandungan telah masuk 6 bulan keatas.Keadaan perut yang semakin besar ,keperluan kalsium janin juga semakin bertambah dan tulang ibu hamil terpaksa menampung beban yang cukup berat.

Keadaan ini akan membuatkan ibu hamil mengalami sakit pinggang ataupun kekejangan kaki.

3.kalsium menjaga kesihatan jantung

Kalsium yang mencukupi akan memelihara kesihatan jantung secara alami termasuklah mencegah terjadinya hipertensi dalam kehamilan. 

Ibu hamil boleh dapatkan sumber kalsium yang baik dengan pengambilan susu dan lain2 produk tenusu seperti bijirin yang diperkaya dengan sumber kalsium,soya,yogurt dan keju.




Selain sumber kalsium diatas,ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil pil kalsium yang menyediakan sumber kalsium yang mencukupi untuk ibu dan bayi.

Pilihan Kalsium Terbaik

Dan bagi saya Ostematrik adalah pilihan yang terbaik untuk dapatkan sumber kalsium yang mencukupi.

Ostematrik Shaklee dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati,mengandungi kalsium,magnesium,fosforus dan vitamin D,zink,kuprum,manganes dan boron.





Nutrien2 ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Tahukah anda...





Manfaat Ostematrik Shaklee


1.Membantu dalam menguatkan tulang dan gigi yang sihat.

2.Mengelakkan penyakit osteoporosis

3.Memperbaiki kekejangan dan kebas

4.Meringankan stress

5.Melegakan sakit ketika haid

6.Membantu melegakan sembelit

7.melegakan sakit2 sendi

8.Membantu masalah migrain

9.Mengatasi masalah susah tidur.



Kesimpulannya kalsium memang penting dalam menu harian kita apalagi ibu hamil yang terpaksa berkongsi kalsium dengan bayi dalam kandungan.Lagi2 la lebih memerlukan kalsium dengan kuantiti yang lebih banyak.


Topik berkaitan Ostematrik Shaklee :


1.Ostematrik untuk ibu hamil

2.Kurangkan sakit pinggang dengan Ostematrik Shaklee

3.Atasi migrain dengan Ostematrik Shaklee




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution