Social Icons

Kenapa Ibu Hamil Wajib Ambil Asid Folik


Assalamualaikum.

Salam sayang buat semua.Selamat pagi dan saya doakan semua yang singgah kat blog Amnurhuda istimewanya ibu2 hamil dalam keadaan ceria2 selalu.

Kehamilan dan Asid folid memang tak dapat dipisahkan.Bila anda disahkan hamil,inilah antara vitamin wajib yang anda akan dapat dari doktor.

Saya tahu,ramai ibu hamil tak suka vitamin ni sebab baunya yang kuat.Bagi ibu hamil yang alami masalah loya & muntah di awal kehamilan lagilah terseksa nak menelannya.Tengok je dah nak muntah...betul tak? 

Ada pula yang beranggapan bila ambil vitamin ni nanti baby besar dan susah untuk melahirkan.

Apapun anggapan anda sebenarnya Asid folic amat penting untuk ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.



Gambar dari google

Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi bagi mengelakkan kecacatan pada janin,mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'Spina Bifida'(kecacatan saraf tunjang).


'Spina Bifida'berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna.

Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Kekurangan asid folik ketika hamil juga meningkatkan risiko kelahiran pramatang,perkembangan fizikal bayi dalam rahim yang terencat,dan menyebabkan peningkatan kandungan homocysteine dalam darah yang akan menyebabkan keguguran secara tiba-tiba atau kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti pendarahan disebabkan oleh plasental abruption atau sawan ketika hamil.

Keperluan Asid Folik Oleh Ibu Hamil

Ibu hamil memerlukan 400mg keperluan asid folik setiap hari sebaik saja anda merancang untuk hamil.

Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan nuero ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Pengambilan asid folik 3-6 bulan sebelum kehamilan adalah sangat penting untuk membolehkan tubuh kita bersedia untuk sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel-sel baru.






B Complex Shaklee




Asid folik merupakan salah satu vitamin B,dan B Complex Shaklee adalah pilihan yang terbaik kerana ianya mengandungi 8 komponen penting vitamin B iaitu B1,B2,B3,B5,B6,B12,termasuk 100% biotin  dan asid folik.

Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.

Vitamin B adalah vitamin larut air.Sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.

Oleh itu,adalah sangat penting untuk kita apalagi untuk ibu hamil mengambil vitamin B Complex setiap hari.


Salam sihat,
Nurul
013.4420.637




Topik berkaitan kehamilan:

Supplement Terbaik Untuk Ibu Hamil

Bolehkah Ibu Hamil cabut Gigi?

Gigi Berdarah Ketika Hamil

Atasi Masalah Ketika Hamil

Aduhh...sakitnya pinggang

Atasi HB Rendah Ketika Hamil


Bestnyer Minum Air Gula Ketika Hamil


3 Sebab Pentingnya Supplement Buat Ibu Hamil.







0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution