Social Icons

Kenapa Air Kencing Menjadi Warna Kuning Terang Selepas Makan B Complex?



Assalamualaikum.

Adakah selama ini kita ambil tahu tentang warna air kencing (urin) kita atau kita tak kisah pun warna apa.

Sebenarnya adalah amat penting untuk kita mengetahui warna air kencing kita kerana ianya memberitahu tahap kesihatan kita yang sebenarnya.

Melalui warna air kencing kita dapat tahu samaada kita mengambil air yang cukup dengan keperluan tubuh badan kita setiap hari.

Melalui warna air kencing juga sebarang penyakit dapat dikesan.

So,jom kita sama2 pelajari dan ambil tahu warna air kencing kita. 

Apakah Warna Urin Kita?






Air Kencing Berwarna Kuning Terang Selepas Makan B Complex




Ramai yang mengadu bahwa warna urin berubah apabila mengambil vitamin Shaklee, terutama yang mengandungi B-Complex.

“Urin saya warna kuning macam B-Complex”

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.


Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Semoga bermanfaat.



Salam Sihat
Nurul
013.4420.637


Topik berkaitan B Complex:

Kenapa Ibu Hamil Wajib Ambil Asid Folik


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution