Social Icons

Janganlah mudah buruk sangka!



Assalamualaikum.


Kisah ni saya ambik dari facebook dan sengaja saya tampalkan disini untuk berkongsi dengan pembaca-pembaca Amnurhuda yang mungkin belum baca kisah ni.

Semoga apa yang saya share hari ni sedikit sebanyak memberi peringatan buat kita semua dari masa ke semasa.

Mungkin hari ini kita yang membaca cerita ini,satu hari nanti mungkin anak2 kita termasuk anak2 saya sendiri akan menbaca semula kisah ini.

Dan peringatan ini akan berpanjangan buat kita agar jangan mudah bersangka buruk dengan orang lain!

*********************************


“Harga paling murah berapa doktor?”

Ketika aku terangkan tentang penjagaan kencing manis kepada ayahnya, wanita itu langsung tak ambil peduli. Matanya hanya tertancap pada skrin iPhone6 Plus miliknya.


Ketika aku terangkan tentang penjagaan tunggul(stump) amputasi kaki ayahnya, wanita itu galak menaip di skrin telefon mewahnya itu. Tak henti-henti. Hanya sesekali berhenti melihat masa pada jam tangan Tissot bertahta berlian di tangan kirinya.

Setelah aku terangkan kepada mereka tentang jenis-jenis kaki palsu dan spesifikasinya, barulah si anak bersuara. Itupun bertanya tentang harga kaki palsu termurah.

“Dalam RM5000, macam tu” jawabku.

Semasa sudisiasat tadi, aku diberitahu bahawa pesakit seorang yang aktif. Selalu terlibat dengan aktiviti masyarakat setempat; gotong royong, kenduri kendara, kerja amal dan sebagainya. Jadi, aku cadangkan kaki palsu dengan spesifikasi lebih baik. Harganya lebih mahal.

“Tak apa. Doktor prescribe yang RM5000 tu je” jawab anaknya.

Si ayah kelihatan menunduk. Sayu mukanya. Tak tertahan sebak saya melihat wajah seorang ayah bersedih. Teringat ayah sendiri.

Setelah habis memberi konsultasi, mereka pun keluar dari bilik konsultasi. Aku menangis tak berairmata. Berlegar-legar difikiran segala salah dan khilaf yang aku pernah buat pada ayah. Rasa macam nak bergegas ke rumah ayah untuk meminta maaf.

Setelah hibaku reda, terbit pula perasaan benci pada anak pesakit tadi. Telefon kau mahal. Jam tangan kau mahal. Kaki ayah, kau nak paling murah. Gabungan harga telefon dan jam tangan kau tu, lebih mahal daripada kaki palsu yang aku sarankan tu. Apa punya...

Tok! Tok! Tok!

Monolog aku terhenti apabila pintu bilik konsultasi aku diketuk. Pintu terbuka, dan anak pesakit tadi menjengah. Berkerut dahinya dia melihat aku. Harap bukan kerana dia perasan aku cakap seorang diri.

“Maaf, doktor. Boleh saya masuk?” ujarnya.

Mahu tak mahu, aku terpaksa mempelawanya masuk. Kali ini wanita itu membawa seorang pemuda bersamanya.

“Doktor, cancel prescription tadi. Bagi ayah saya kaki palsu yang paling sesuai dengan dia. Mahal pun tak apa.” kata pemuda itu.

Begitu pula? Mereka berdua menerangkan pada saya bahawa ayah mereka ni sangat zuhud. Menurut mereka, ayah mereka tak akan setuju kalau anak-anak belanjakan wang yang banyak untuknya.

“Saya tahu dia nak kaki palsu, tapi kalau saya biarkan ayah saya yang buat keputusan, mesti dia tolak kaki palsu tu bila dengar harganya.” jelas wanita.

Wanita itu pura-pura pilih kaki palsu murah, agar si ayah tidak berasa begitu bersalah menerima bantuan anak-anaknya.

“Oh ya, doktor. Tadi doktor ada cakap tentang sakit pada kaki yang sudah tiada tu, apa namanya? Saya tak sempat taip apa doktor sebut tadi.” soal wanita itu.

Ya Allah! Aku sebenarnya yang penuh dengan noda hitam dihati. Berprasangka buruk kepada anak-anak yang prihatin pada ayah mereka.

“Phantom pain” jawabku seraya tersenyum. Berbunga-bunga hati ini bila mengetahui perkara sebenarnya.

Aku abadikan kisah ini, agar menjadi peringatan pada tahun tahun mendatang. Untuk aku, untuk kau, untuk semua. Janganlah mudah buruk sangka!

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Berpesan-pesan pada kebaikan




*************************************


Pengajarannya selalulah kita bersangka baik dengan orang lain.

Semoga yang tak baik pun menjadi baik dengan izin Allah.

Apa yang kita fikir juga kan satu doa.

Doakan yang baik-baik je ok.

Salam Sayang,
Nurul.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution