Social Icons

7 Langkah Mudah Tampal Lencana Sekolah Anak-Anak


Assalamualaikum.

Saya doakan semua pembaca blog Amnurhuda sentiasa didalam rahmat Allah selalu.

Tak lama lagi sessi persekolahan 2017 bakal bermula.Pastinya ibubapa sibuk menyiapkan persiapan anak-anak kan,terutamanya yang baru nak melangkah masuk ke tahun satu dan juga ke tingkatan satu.

Sama macam saya ada yang baru nak melangkah masuk ke darjah satu,dan yang kakak akan memulakan persekolahan tahap menengah di tingkatan satu.

Saya rasa semua persiapan dah siap untuk anak2,yuran dan buku2 pun dah setel.

Sekarang ni masa untuk membalut buku2 teks (bagi anak2 yang dah dapat buku teks) dan juga masa untuk ibu2 menampal lencana kat baju dan tudung anak2.

Dah buat ker? Alhamdulillah saya baru setel.

Ni kali pertama saya buat cara ni.

Sessi yang lepas saya jahit tangan je lencana sekolah.

Kalau ada ibu2 yang belum tampal lencana anak tu boleh la cuba cara ni.Lebih mudah dan cepat sikit.


7 langkah mudah tampal lencana



Langkah Pertama :

Sediakan bahan2 untuk menampal lencana 

-Lencana (wajib la kan )
-Gam UHU
-Kad Manila
-Sapu tangan yang dibasahkan (saya pakai spray je)






Langkah ke dua :

Letakkan kad manila didalam poket atau di bawah tudung supaya gam tidak melekat dibahagian bawah





Langkah ke tiga :

Letakkan gam UHU di sekeliling lencana(bahagian belakang ye)




Langkah ke empat :

Ok..lekatkan lencana yang telah digamkan di tempat yang di tetapkan.




Langkah ke lima :

Kemudian,letakkan sapu tangan yang dibasahkan tadi dan seterika diatasnya.Waktu ni sedikit asap akan keluar sebab sapu tangan basah kan.

Tapi tak pe iron pelan2.



Langkah ke enam :

Dah iron,alihkan sapu tangan tadi perlahan2





Langkah ke tujuh :

Taraa...dah siap tampal lencana.



Hmmm dah siap pun kan.Ha esok dah pergi sekolah dan dapat jadual boleh la tolong susun buku anak2 pulak.

Boleh baca kat link dibawah macammana nak susun buku2 anak agar memudahkan mereka untuk kelas jadual harian.


Mesti anak2 suka.Cuba la ye.

Terima kasih sebab sudi baca perkongsian kali ini.

Selamat menyambut tahun baru 2017.










0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution