Social Icons

ANGIN PETANG DI PANTAI MURNI YAN





Assalamualaikum.

Selamat malam semua.Saya doakan anda semua sentiasa dalam kasih sayang Allah selalu.

Antara tempat yang dikira kerap juga la saya dan suami bawa anak-anak bersantai sambil menghirup udara pantai ialah Pantai Murni.



Kerap pun takde la tiap2 hari atau tiap2 minggu.

Ikut keadaan la sebab suami kerja shif,so..kalau minggu tu dia bukan kerja di waktu petang,boleh la kami ronda2 sambil cuci mata tengok laut dan pantai.

Tenang tau bila tengok pemandangan di laut.Sayup mata memandang ternampak pulau telor,pulau songsong,pulau bidan dan juga pulau bunting.

Nampak tak Pulau Bunting kat belakang tu


Melihat dari jauh nelayan pulang dengan sampan kecilnya.

Seronok menikmati keindahan alam ditepi pantai sambil anak2 bermain ditaman.

Dalam hati berbisik..."oh indahnya ciptaan Allah"

Bersyukur masih diberi peluang untuk menikmati keindahan ini..alhamdulillah.

Di sana kelihatan gunung jerai dari belakang,di sebelah sini pula kelihatan pantai yang tenang.

Dua permandangan yang cukup mendamaikan.




Kalau anda berkunjung ke daerah Yan jangan lupa tau singgah pantai Murni.Sekarang dah berwajah baru.Ada la sedikit perubahan berbanding dulu.

Waktu petang2 terutama dihari jumaat dan sabtu,akan sesak dengan pengunjung yang datang ke sini.

Ok,jom layan sedikit permandangan yang saya dapat kongsikan disini.

Ada peluang mai la singgah Yan ok. 

Kalau anda nak tahu tak jauh dari sini,ada air terjun iaitu Air Terjun Titi Hayun.Boleh berkelah kat situ sebab kat Pantai Murni tak sesuai untuk mandi manda.

Best tau..hihi promot daerah Yan.Mai jalan Kedah tak mai sini rugiiii.

Satu lagi rahsia nak habaq mai ni...kat sini banyak ayaq nira nipah.

Sedap tau,kalau mai kena rasa.Sapa tak rasa balik tidoq tak lena..haha

Paling glamor Nira nipah Sedaka.Ha yang tu kena mai kampung  saya la.

Boleh minum dalam taman Nira.

Ok dah la tu promot sikit2.Malam dah,nak tido.

Babai..terima kasih sebab sudi baca coretan malam ni.

Nurul.
013.4420.637 




Kat belakang tu kalau tak silap saya Pulau Telur



Ada taman permainan untuk anak-anak bermain





Hero sorang ni kadang2 susah sikit nak bergambar

Pandangan Gunung Jerai dari belakang.

Pantai Murni







0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution