Social Icons

ALFALFA MERAWAT MASALAH SEMBELIT



Assalamualaikum.

Hiii jumpa lagi kita.

Saya doakan anda semua sentiasa diberkati Allah selalu.

Bulan ni promosi Alfalfa.So...suka saya nak cerita pasal Alfalfa lagi.

Harap2 apa yang dikongsikan disini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah berkaitan.

Salah satu kebaikan Alfalfa merawat sembelit.

Sapa pernah sembelit? serik kan..tersiksa rasa.

Rasa malas nak pergi tandas..hehe 

Saya memang tak suka kalau berurusan lama2 dalam tandas.

Dulu, boleh dikatakan saya ni jenis seminggu sekali atau dua kali je membuang.Lagi teruk seminggu tak membuang..huuu lepas tu masalah sembelit ler.
Dah la kurang minum air.Masalah juga ni.

Sembelit sememangnya masalah yang kurang menyenangkan dan menghilangkan keceriaan hidup sama seperti masalah keputihan yang saya ceritan sebelum ni.

Anda boleh baca kat sini.






Sebenarnya saya amalkan Alfalfa untuk rawat masalah keputihan tapi pada masa yang sama turut merawat sembelit.

Alhamdulillah.

Ada beberapa lagi supplement Shaklee yang saya amalkan bersama Alfalfa,dan ini membuatkan saya lebih  tegas dalam bab minum air yang secukupnya.

Air yang cukup juga membantu dalam melancarkan proses pembuangan.Masalah sembelit juga dapat diatasi.Alhamdulillah.

Tapi kalau anda alami masalah sembelit ketika hamil,Alfalfa bukanlah pilihan untuk anda ok.

Sebaiknya anda amalkan Ostematrik.Ianya lebih sesuai untuk ibu hamil.

Sekiranya anda sembelit ketika berpantang pula,anda boleh mengambil Alfalfa bersama Ostematrik.

Tapi dengan pengambilan Alfalfa pada dos yang rendah,anda juga kena pantau keadaan baby anda sebab alfalfa ni herba,kalau terlebih mungkin menyebabkan baby cirit birit.

Kalau anda nak tahu,mengamalkan Alfalfa ketika berpantang dan selepasnya juga membantu dalam penghasilan susu yang lebih banyak.






Ok,berbalik bab sembelit saya ada ceritakan bab sembelit ketika berpantang dalam entry dibawah:






Ok,kalau anda ada masalah sembelit boleh la cuba Alfalfa yer dan pastikan minum air yang secukupnya.

Boleh contact saya untuk dapatkan harga promosi bulan ini.

Ok jumpa lagi.Terima kasih sebab sudi baca sampai sini.

Wassalam.

Salam sihat,
Nurul
013.4420.637




Anda juga boleh baca topik berkaitan Alfalfa dengan klik link dibawah:

1. ALFALFA DAN KHASIATNYA.

2. SET KURUS SHAKLEE

3. SET RESEDUNG


ANGIN PETANG DI PANTAI MURNI YAN





Assalamualaikum.

Selamat malam semua.Saya doakan anda semua sentiasa dalam kasih sayang Allah selalu.

Antara tempat yang dikira kerap juga la saya dan suami bawa anak-anak bersantai sambil menghirup udara pantai ialah Pantai Murni.



Kerap pun takde la tiap2 hari atau tiap2 minggu.

Ikut keadaan la sebab suami kerja shif,so..kalau minggu tu dia bukan kerja di waktu petang,boleh la kami ronda2 sambil cuci mata tengok laut dan pantai.

Tenang tau bila tengok pemandangan di laut.Sayup mata memandang ternampak pulau telor,pulau songsong,pulau bidan dan juga pulau bunting.

Nampak tak Pulau Bunting kat belakang tu


Melihat dari jauh nelayan pulang dengan sampan kecilnya.

Seronok menikmati keindahan alam ditepi pantai sambil anak2 bermain ditaman.

Dalam hati berbisik..."oh indahnya ciptaan Allah"

Bersyukur masih diberi peluang untuk menikmati keindahan ini..alhamdulillah.

Di sana kelihatan gunung jerai dari belakang,di sebelah sini pula kelihatan pantai yang tenang.

Dua permandangan yang cukup mendamaikan.




Kalau anda berkunjung ke daerah Yan jangan lupa tau singgah pantai Murni.Sekarang dah berwajah baru.Ada la sedikit perubahan berbanding dulu.

Waktu petang2 terutama dihari jumaat dan sabtu,akan sesak dengan pengunjung yang datang ke sini.

Ok,jom layan sedikit permandangan yang saya dapat kongsikan disini.

Ada peluang mai la singgah Yan ok. 

Kalau anda nak tahu tak jauh dari sini,ada air terjun iaitu Air Terjun Titi Hayun.Boleh berkelah kat situ sebab kat Pantai Murni tak sesuai untuk mandi manda.

Best tau..hihi promot daerah Yan.Mai jalan Kedah tak mai sini rugiiii.

Satu lagi rahsia nak habaq mai ni...kat sini banyak ayaq nira nipah.

Sedap tau,kalau mai kena rasa.Sapa tak rasa balik tidoq tak lena..haha

Paling glamor Nira nipah Sedaka.Ha yang tu kena mai kampung  saya la.

Boleh minum dalam taman Nira.

Ok dah la tu promot sikit2.Malam dah,nak tido.

Babai..terima kasih sebab sudi baca coretan malam ni.

Nurul.
013.4420.637 




Kat belakang tu kalau tak silap saya Pulau Telur



Ada taman permainan untuk anak-anak bermain





Hero sorang ni kadang2 susah sikit nak bergambar

Pandangan Gunung Jerai dari belakang.

Pantai Murni







ATASI MASALAH KEPUTIHAN DENGAN ALFALFA SHAKLEE


Assalamualaikum.

Salam sayang buat semua yang singgah di blog Amnurhuda dan sudi membaca setiap coretan saya.

Semoga mampu untuk  memberi manfaat buat kalian.

Saya doakan kalian sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa dilimpahi rahmatNya...aamiin.


Saya dan Alfalfa.

Ini cerita saya berkenaan Alfalfa.

Saya bercerita hanya sekadar ingin berkongsi kebaikan dan manfaat yang saya perolehi setelah mengamalkan Alfalfa.

Walaupun saya rasa segan untuk bercerita perihal yang bagi saya agak peribadi,tetapi saya tahu ramai lagi wanita kat luar mengalami masalah seperti saya.

Sebenarnya saya rasa bersalah pula bila tak cerita sesuatu yang mungkin boleh menyelesaikan masalah ramai wanita lain.

So,saya ambik keputusan untuk berkongsi sedikit sebanyak disini.

Masalah keputihan.

Masalah ni dah lama saya alami,Seingat saya sejak zaman kanak-kanak lagi.Tapi waktu tu buat tak kisah ja.

Bila dah besar,dah beranak pinak masalah ni tetap berlarutan sehingga menyebabkan kegatalan.

Walaupun bukan semua wanita mengalami masalah yang sama,tetapi percayalah bila anda sendiri alami masalah ini,ianya sesuatu yang agak merimaskan apatah lagi kalau sehingga menyebabkan kegatalan yang melampau.

Segala kerja terganggu akibat asyik melayan kegatalan tersebut...dan yang peritnya ketika buang air kecil.Ohh pedihnya rasa nak nangis tau.

Saya tak tahan asyik menggaru,akhirnya saya jumpa doktor.Apa yang saya dapat adalah ubat yang terpaksa saya sendiri masukkan melalui vagina.Kalau sapa yang pernah guna ubat ni tahulah camna.Saya tak tahu nama apa dan saya takut nak menggunakannya tapi saya paksakan juga.

Tapi sekali tu je saya jumpa doktor dan gunakan ubat tu.

Masalah saya tak selesai disitu saja.Masih ada keputihan dan masih ada kegatalan.

Saya cuba cara lain iaitu menggunakan daun sireh untuk mencuci.Boleh tahan juga tapi tak hilang sepenuhnya.

Saya juga pernah cuba sejenis serbuk yang juga perlu disapu kebahagian tersebut.Bila gatal,saya sapu serbuk tu ok la sekejap,tapi masih tak memuaskan hati saya.
Masalah saya belum selesai.

Lebih parah bila masalah keputihan ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Alhamdulillah saya tak de la sampai ke tahap itu.Syukur saya bertemu Alfalfa lebih awal.

Alfalfa merawat keputihan

Hujung tahun 2013 saya mula mengenali Shaklee.Bermula dari saat itu saya mengenali Alfalfa.




Saya guna Alfalfa,saya rasa perubahannya.
Walaupun keputihan bukanlah hilang 100% tapi alhamdulillah tak de la sampai menggaru2 tak kira tempat seperti dulu.

Memang memalukan tapi nak buat camna kan,dah gatal..huhu garu je ubatnya.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang saya dapat bila dah konsisten amalkan Alfalfa.Cuma hari ni saya lebihkan masalah keputihan.

Saya bercerita berdasarkan pengalaman sendiri.Semoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak memberi manfaat buat wanita lain.

Kalau anda ada masalah yang sama seperti saya apa salahnya anda berusaha untuk merawatnya.

Kita hanya berusaha,Allah jua yang menyembuhkan.

Nak berkongsi masalah yang sama dengan saya?Saya bersedia mendengar dan berkongsi pengalaman.

Sama2 kita atasi masalah yang mengganggu aktiviti kita dan seterusnya menghilangkan keceriaan dalam hidup kita.


Ok,nanti saya cerita lagi tentang Alfalfa berkaitan kelebihannya yang lain pulak yer.



Kalau anda nak cuba Alfalfa,bulan ni ada promosi tau,beli 3 percuma 1.

Boleh la share dengan adik beradik ke,kawan2 ker atau nak buat stok sendiri ke.

Tak kisah la,saya cuma nak bagitau pembelian di bulan ni lebih menjimatkan.Saya sendiri dah ambil peluang ni sebab pelaburan ini memang tidak merugikan.

Kalau bukan kita sendiri yang jaga kesihatan kita,siapa lagi kan.

Wassalam.

Salam sihat,
Nurul
013.4420.637




Anda juga boleh baca topik berkaitan Alfalfa dengan klik link dibawah:

1. ALFALFA DAN KHASIATNYA.

2SET KURUS SHAKLEE


3. SET RESEDUNG

4. ALFALFA MERAWAT SEMBELIT




 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution