Social Icons

Kemarau Di Titi Hayun.


Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang sudi menziarahi blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Biasanya dalam satu minggu ada satu hari dimana suami saya bercuti.

Minggu ni abah cuti hari ahad.Tak de perancangan pun nak pergi mana-mana sebab abah pun baru balik kerja pagi tadi.

Rehat-rehar dirumah je,sesuai la dengan cuaca yang panas terik sekarang ni.

Rasa macam nak duduk dalam aircon je,lepas tu hujung bulan merungut bil api naik..hehe

Takde la,gurau je.Dah guna pandai la bayar kan..buat pa nak merungut.

Jom ronda-ronda

Alkisahnya petang tadi saja la tiba-tiba rasa nak ambik angin luar.

So,jom kita ajak abah ronda-ronda.

Bila abah kata jommm aja..semua melompat bangun bersiap.

Hmm bab jalan2 tengah tidur lena pun boleh tersedar je.

Selalunya petang2 macam kami lepak kat Pantai Murni ja,melepaskan anak-anak bermain ditaman.

Tapi, hari ni abah kata nak pergi mandi titi hayun.

Sampai ja kat parking Titi Hayun tengok suasana lengang jer.

Alamak!! Air tak de la

Ingatkan tak de orang boleh mandi dengan aman,rupanya air pun tak de.hehehe

Tak kesampaian la niat abah nak mandi..huhu.

Tak pe balik rumah nanti boleh mandi yer.

Alang2 dah sampai sini,tak de air pun tak pe la,kita jalan2 je.

Ronda-ronda kawasan Titi Hayun.Alahai Sunyi sepi.














Berbeza suasana kalau ada air,mesti ramai yang duk tengah mandi.

Tak best la camni.Anak-anak tak seronok je.

Masing-masing dah ajak balik.

Jom la kita balik,lagipun Afi dah tertidur ni.

Lain kali ada air kita datang lagi yer..boleh mandi.

Jumpa lagi..Wassalam.







0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution