Social Icons

AWAS!! OBESITI MENINGKATKAN RISIKO.


Assalamualaikum.

Salam sejahtera dan salam sihat dan kurus.

Saya doakan agar dipermudahkan urusan anda dalam proses menurunkan berat badan.

Mengapa anda harus uruskan berat badan anda?

Masalah kegemukan ataupun obesiti bukan lagi hanya menjejaskan penampilan diri anda dan kurang berkeyakinan,malah ia juga turut menjejaskan tahap kesihatan anda.

Untuk pengetahuan anda,Malaysia adalah negara paling gemuk di Asia Tenggara.





Ini membuktikan negara kita mewah dari segi makanan dan rakyat Malaysia memang suka makan.

Tetapi satu kajian menunjukkan 90% orang kekurangan zat dan nutrisi penting dalam pemakanan seharian walaupun kita tidak kekurangan makanan.




Menakutkan bukan?

Adakah anda tergolong dalam kelompok tersebut?

Jika ya,anda perlu bertindaK segera untuk menurunkan berat badan anda kerana banyak penyakit bakal mengancam kehidupan anda disebabkan kegemukan.

Antara penyakit yang mengancam orang gemuk.




1.Sakit bahagian sendi.

Contohnya lutut.

Orang gemuk lebih berisiko menghadapi masalah sakit lutut.

Dan selalunya mereka akan mendapat nasihat dari doktor untuk menguruskan berat badan mereka kerana ia merupakan faktor utama sakit lutut.

2.Kolestrol tinggi,Tekanan darah tinggi, serangan jantung dan juga angin ahmar(stroke).

Kegemukan juga akan menyebabkan kolestrol tinggi.
Bila kolestrol semakin meningkat,lemak semakin banyak.Lemak akan menyebabkan saluran darah semakin sempit dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Lama-kelamaan akan menyebabkan serangan jantung sebab saluran darah dibahagian jantung tersumbat.

Bila terjadinya kes saluran darah tersumbat ini,dibahagian otak pula ianya akan menyebabkan kes angin ahmar ataupun stroke.

3.Diabetes

Kegemukan akan menyebabkan diabetes.Bagaimana ianya berlaku?

Bila badan penuh dengan lemak,ia akan menyebabkan sel badan anda menentang insulin.

Insulin berperanan sebagai kunci untuk membukakan pintu sel anda supaya gula dalam darah dapat memasuki ke sel badan anda dan menghasilkan tenaga.

Tapi..bagi mereka yang obesiti selalunya sel badan akan menentang insulin.

Jadi,lama-kelamaan gula dalam darah akan meningkat dan menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis ataupun diabetes.

4.Gangguan tidur

Kegemukan juga akan menyebabkan gangguan tidur "sleep apnea" iaitu satu keadaan dimana nafas terhenti secara tiba2 ketika tidur.

5.Kesuburan.

Kegemukan juga akan menjadi salah satu punca anda kurang subur.

Obesiti boleh mengganggu hormon dalam badan dan menyebabkan proses ovulasi(penghasilan telur) terganggu atau tiada ovulasi langsung.

Kitaran haid juga akan terganggu.

6. Kegemukan juga akan menyebabkan  anda mengalami kemurungan,nak berjalan pun susah dan juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan.


Cuba anda lihat pula anggaran kos perubatan di malaysia kat bawah ni,mahal kan?

Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat?






Kesimpulannya,bertindaklah hari ini untuk hidup yang lebih sihat.

Berusahalah untuk dapatkan berat badan yang sihat sebelum dihinggapi pelbagai penyakit.

Nak FORMULA MUDAH MESTI KURUS yang paling berkesan?

Jom join Program Now Every One Can Kurus (NECK).

Batch 16 bakal bermula 1 May 2016.

Pendaftaran dibuka sekarang.Tempat adalah terhad.

Hubungi 013.4420.637 untuk info selanjutnya.

Salam kurus dan sihat dari saya.

Wassalam.





SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA



http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap







0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution