Social Icons

6 CIRI WANITA PENGHUNI SYURGA.


Assalamualaikum.

Salam kasih sayang buat anda semua yang sudi membaca blog ini.

Saya doakan anda semua sentiasa berada didalam rahmat Allah.

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk hadir ke taman syurga ini.



Semoga hari-hari selepas ini Allah sentiasa memberi ruang dan kelapangan untuk saya menghadirkan diri ke taman syurga yang penuh barakah ini.

Disini ingin saya kongsikan dengan pembaca blog Amnurhuda 6 ciri wanita yang bakal menjadi penghuni syurga sepertimana yang diceritakan oleh Ustazah Thaniah Sulaiman dalam kuliah Dhuha tadi.

Semoga kita semua adalah bakal penghuni syurga..aamiin.


6 Ciri wanita penghuni syurga.


1. Beriman dan beramal soleh.

 i.Beriman.

Iman tak dapat dijual beli.

Nak dapatkan iman kita haruslah belajar.Hadir ke majlis2 ilmu akidah,tauhid,kenal Allah.
Kita kena belajar mengenali Pencipta dulu,baru kita percaya dan beriman.

Iman terbahagi tiga cabang iaitu:

-membenarkan di hati-yakin dan percaya kepada Allah.
-mengucapkan dengan lisan.
-mengamalkan dengan anggota tubuh badan.

 ii.Amal soleh

Amal soleh yang diterima hanyalah yang diniat kerana Allah.

2.Wanita yang bertaubat dan menjauhi thoqut.

Ada 2 pintu taubat yang akan ditutup :

i .Waktu nyawa sampai ke kerongkong.
ii.Apabila matahari naik di sebelah barat.

Jadi,sentiasalah membaca doa memohon taubat ini:

"Allahummaqfirli zanbi"

(Ya Allah ampunkan segala dosa2ku)

Manakala thoqut pula adalah sesuatu yang melampaui batas samaada kita sembah atau kita taat selain Allah.

3.Wanita yang ikhlas

Ikhlas adalah niat yang terselit dihati yang menjadi punca amalan.

Balasan untuk orang yang ikhlas:

i.Tak dikenakan azab yang pedih
ii.Keburukannya ditutup
iii.Kebaikannya dibalas 10 kali ganda.
iv.Memperolehi rezeki iaitu syurga Allah.

4.Wanita yang bangun malam dan berzikir

5.Wanita yang bersabar dengan ujian Allah.

Bersabar yakni menahan diri dari mengucapkan sesuatu yang menunjukkan tidak redho.

Contoh ucapan:"aku tak boleh terima la apa yang berlaku".

Sebaliknya ucapkanlah:

i-"inna lillahi wainna ilaihi raji'un".
("Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali")

ii-"Allahumma ajirni fi musibati wakhlu li qoiran minha".

("Ya Allah,berikanlah pahala untuk musibah ini,dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripadanya").

6.Wanita yang mempunyai akhlak mulia.

Antara akhlak mulia iaitu:

-sabar
-jujur
-suka bagi nasihat kebaikan
-mencari redho suami
-memberi kasihsayang kepada keluarga
-ikhlas memuliakan tetangganya.

Saya harap perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita semua terutamanya kaum wanita.

Jom sama2 kita perbaiki diri kita agar kita menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Semoga kita semua bakal menjadi wanita bakal penghuni syurga...aamiin.

Wassalam.  




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution