Social Icons

Testimoni Vivix


Assalamualaikum.


Salam kasih sayang buat semua yang sedang membaca blog ini.

Semoga hidup anda penuh dengan rahmat dan kasihsayang Allah selalu.

Tahukah anda,

Salah satu produk Terbaik yang Shaklee hasilkan adalah Vivix.

Terlalu banyak khasiat yang terdapat dalam Vivix. Ia adalah produk Premium buat pengguna Shaklee.

Hari ini, saya nak share dengan anda salah satu kisah about Vivix. Selamat membaca.

Kisah PANJANG! Kejayaan – VIVIX

Baca habis untuk testimoni best ini!


—----------------------------------



Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebakan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya - InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah - jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.
Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan posi

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.

Penulis adalah seorang pengedar Shaklee.

-------------------------------------------

Jom tonton video vivix.


video

Nak tahu lebih lanjut tentang vivix,anda boleh baca kat sini ok.

Anda nak cuba vivix atau untuk dihadiahkan kepada ibuayah atau sesiapa yang memerlukan?

Anda boleh whatsap saya di 013.4420.637.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Semoga kisah panjang dan juga video diatas memberi manfaat buat anda.

Wassalam.



6 CIRI WANITA PENGHUNI SYURGA.


Assalamualaikum.

Salam kasih sayang buat anda semua yang sudi membaca blog ini.

Saya doakan anda semua sentiasa berada didalam rahmat Allah.

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk hadir ke taman syurga ini.



Semoga hari-hari selepas ini Allah sentiasa memberi ruang dan kelapangan untuk saya menghadirkan diri ke taman syurga yang penuh barakah ini.

Disini ingin saya kongsikan dengan pembaca blog Amnurhuda 6 ciri wanita yang bakal menjadi penghuni syurga sepertimana yang diceritakan oleh Ustazah Thaniah Sulaiman dalam kuliah Dhuha tadi.

Semoga kita semua adalah bakal penghuni syurga..aamiin.


6 Ciri wanita penghuni syurga.


1. Beriman dan beramal soleh.

 i.Beriman.

Iman tak dapat dijual beli.

Nak dapatkan iman kita haruslah belajar.Hadir ke majlis2 ilmu akidah,tauhid,kenal Allah.
Kita kena belajar mengenali Pencipta dulu,baru kita percaya dan beriman.

Iman terbahagi tiga cabang iaitu:

-membenarkan di hati-yakin dan percaya kepada Allah.
-mengucapkan dengan lisan.
-mengamalkan dengan anggota tubuh badan.

 ii.Amal soleh

Amal soleh yang diterima hanyalah yang diniat kerana Allah.

2.Wanita yang bertaubat dan menjauhi thoqut.

Ada 2 pintu taubat yang akan ditutup :

i .Waktu nyawa sampai ke kerongkong.
ii.Apabila matahari naik di sebelah barat.

Jadi,sentiasalah membaca doa memohon taubat ini:

"Allahummaqfirli zanbi"

(Ya Allah ampunkan segala dosa2ku)

Manakala thoqut pula adalah sesuatu yang melampaui batas samaada kita sembah atau kita taat selain Allah.

3.Wanita yang ikhlas

Ikhlas adalah niat yang terselit dihati yang menjadi punca amalan.

Balasan untuk orang yang ikhlas:

i.Tak dikenakan azab yang pedih
ii.Keburukannya ditutup
iii.Kebaikannya dibalas 10 kali ganda.
iv.Memperolehi rezeki iaitu syurga Allah.

4.Wanita yang bangun malam dan berzikir

5.Wanita yang bersabar dengan ujian Allah.

Bersabar yakni menahan diri dari mengucapkan sesuatu yang menunjukkan tidak redho.

Contoh ucapan:"aku tak boleh terima la apa yang berlaku".

Sebaliknya ucapkanlah:

i-"inna lillahi wainna ilaihi raji'un".
("Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali")

ii-"Allahumma ajirni fi musibati wakhlu li qoiran minha".

("Ya Allah,berikanlah pahala untuk musibah ini,dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripadanya").

6.Wanita yang mempunyai akhlak mulia.

Antara akhlak mulia iaitu:

-sabar
-jujur
-suka bagi nasihat kebaikan
-mencari redho suami
-memberi kasihsayang kepada keluarga
-ikhlas memuliakan tetangganya.

Saya harap perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita semua terutamanya kaum wanita.

Jom sama2 kita perbaiki diri kita agar kita menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Semoga kita semua bakal menjadi wanita bakal penghuni syurga...aamiin.

Wassalam.  




5 MANFAAT OMEGA BUAT WANITA YANG ANDA WAJIB TAHU!


Assalamualaikum.

Salam kasih sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan anda berada dalam perlindungan dan rahmat Allah selalu.

Omega Guard

Hari ni saya nak share dengan anda manfaat Omega.

Sekiranya anda belum mengenali apa itu Omega,anda boleh klik dan baca di sini.

Tapi kali ni saya nak tumpukan kebaikan-kebaikan yang Omega mampu berikan untuk golongan wanita sahaja.

Lain kali saya share untuk golongan lelaki plak yer..Kalau anda yang sedang baca ni seorang lelaki,tak pe bacalah untuk isteri anda ok.

Anda pun mesti nak isteri anda sihat dan cantik kan?

Ok jom kita tengok.

Manfaat Omega Buat Wanita

1.Membantu menstabilkan protein didalam kulit bagi memastikan kulit tetap anjal.

Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat dan ruang pori terbuka.

2.Minyak ikan membantu mengurangkan risiko keguguran berulang.

3.Omega terkenal dengan ciri-ciri anti radangnya yang membantu melegakan sakit ketika haid.

4.Mengurangkan risiko kanser kolon.

5.Membantu dalam menambahkan tahap kalsium dan meningkatkan kepadatan tulang.

6.Merendahkan risiko kanser payudara.


Jom sama2 kita jaga kesihatan diri mulai hari ini.

Saya dah amalkan omega untuk diri dan keluarga saya.




Anda bila lagi?

Dapatkannya hari ini untuk kesihatan yang lebih baik.

Kesihatan adalah anugerah yang terindah.

Salam sihat,
Nurul
013.4420.637



Timbangan Minggu Ke2 Batch 15



Assalamualaikum.

Saya doakan anda semua sentiasa dirahmati Allah,dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan anda,hari ini adalah minggu ke2 buat peserta Neck batch 15.

Dan pada hari ni mereka telah pun buat satu timbangan kali pertama selepas 2 minggu menyertai Neck.

Disini saya share dengan anda sebahagian dari result timbangan mereka hari ini.

Jom kita tengok..



Timbangan 16 April 2016

***********************


Turun 5.7kg




Turun 4.6kg




Turun 4.1kg





Turun 5kg




Turun 4kg




Turun 5kg





Turun 4kg




Turun 6kg




Anda takkan tengok je diorang turunkan berat badan.

Itu baru 2 minggu.Diorang ada 46 hari lagi untuk berjuang bagi mendapatkan target penurunan berat badan mereka selama 60 hari bersama Neck.

Tipulah anda tak jeles,anda pun nak juga kurus kan macam diorang ni tambah2 lagi dah dekat nak raya ni.

Bestnya raya tahun ni kalau dapat tukar saiz baju kan,bukan tu je badan pun semakin ringan dan sihat.

Jom kurus dari rumah bersama program Neck.

Pendaftaran untuk batch 16 sedang dibuka ni.Jangan sampai terlepas,lambat pula la nak kurus nanti.

Jom ramai2 sertai program Neck.

Neck mengubah hidup anda.

Anda sihat.Anda kurus.

Keputusan ditangan anda.Bertindak segera!




Salam kurus dan sihat.

Nurul
013.4420.637


SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA



http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap





Rahsia Doa Mudah Dimakbulkan.


Assalamualaikum.

Salam sayang dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah di blog Amnurhuda.

Saya  doakan semoga Allah permudahkan segala urusan anda hari ini.

Setiap hari kita berdoa.

Ada yang Allah dah makbulkan,mungkin juga ada yang belum dimakbulkan.

Jom kita hayati kisah dibawah ni.Mungkin dengan membaca kisah ni doa kita lebih mudah dimakbulkan Allah selepas ini.

In sha Allah.

----------------------------------------


KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR.

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah disebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.

Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.

Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.

Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.

Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.

Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:
"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"

Jawab si penjual roti:
"Itulah amalanku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."

"Dan faedah yg aku dapati daripada amalanku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doaku yg masih belum Allah berikan."

"Apakah hajatmu yg belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.

Jawab si penjual roti:
"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata:
"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaanmu."

"Apakah maksudmu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.

"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.

Subhanallah...

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.”

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)


Semoga bersama mendapat manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah.

---------------------------------------

Kat sini saya nak kongsikan satu video 'Kesan Istighfar'.

Jom kita tonton.




OK,semoga kisah diatas dan juga  video ni sedikit sebanyak menjadikan kita insan yang lebih banyak beristighfar selepas ini.

In sha Allah.

Kurangkan mengeluh,banyakkan istighfar.

Semoga bermanfaat.
Selamat menambahkan amalan.

Salam sihat,
Nurul
013.4420.637


Testimoni Omega Merawat Alzheimer (Nyanyuk)


Assalamualaikum.


Syukur kepada Allah sehingga hari ini masih diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan sempurna.

Saya doakan semua pembaca Amnurhuda juga berada dalam keadaan yang sihat dan dirahmati Allah selalu.

Kali ni saya nak share satu testimoni dari seorang anak yang prihatin dengan keadaan ayahnya yang mengalami alzheimer atau nyanyuk.

Jom kita ikuti luahan hati Master Zahirah.

----------------------------------


Sharing daripada Master Zahirah:

Ayah saya pernah alami alzheimer. Orang kita panggil nyanyuk.

Dia pergi masjid. Nak azan (sebab ayah bilal masjid). Tiba-tiba masa tengah azan tu...dia terdiam. Dia macam orang tak ingat apa dah. Kesian ayah.

Seram!

Ni lagi seram...pergi masjid boleh. Bila nak balik masjid, lupa jalan mana nak balik. Duk merayau-rayau pusing cari jalan pulang. Dalam jam hampir 11 malam pon ayah tak sampai ke rumah lagi.

Masa ni baru kesan ayah ada alzheimer. Fuh! Saya yang duk jauh ni bukan main lagi risau. Apatahlagi adik-adik dan mak yang duk dekat kan.

Saya memang bekalkan suplimen untuk ayah.

Vivix dan omegaguard. Memang tak miss.

Tapi...biasalerrr. Orang tua kan. Dia nampak ni "ubat". Dahla dia makan ubat darah tinggi jugak. Jadi dia rasa macam sama je ni. Ubat jugak. Padahal lain.

(Ops! Orang muda pon ada macam ni tau. Sebab kurang faham)

Mulai saat itu...ke mana saja ayah pergi mesti berteman.

Bayangkan...drive kereta...tiba-tiba lupa nak pergi mana. Tak ke debar mak kat sebelah.

Haih masalah ni. Kang ayah hilang...satu kerja pulak kan.

Saya "paksa" ayah konsisten ambil omegaguard dan vivix daily tanpa miss langsung.

Mak makin tegas dengan ayah pasal kena makan suplimen. Dulu mak ikut je ayah๐Ÿ™ˆ. Sebab memang nampak ayah makin sihat berbading dulu walau makan secara on off.

Tapi sekarang tak de sape yang bagi can ayah on off makan omegaguard dan vivix. ๐Ÿ˜Ž. Mak pon makan sama.

Ayah kena makan daily tanpa miss. Mak bekalkan dan ingatkan siap-siap lepas makan. ๐Ÿ‘Œ๐Ÿป

Bahaya tau alzheimer ni. Sebab?

Mak ayah kita kan makan ubat hospital kan. Kalau dia lupa tadi dia dah makan ke belum...then dia makan lagi. Boleh jadi overdose "drug" dalam badan kan? Agak-agak jadi apa kat dia?

Lagi satu...kalau dia terlupa kan. Jumpa orang tengah jalan dia bagi semua barang dalam tangan dia. Kebetulan terjumpa pulak orang yang ambil peluang ke atasnya...agak-agak jadi apa?

Sebab tu saya dengan segera kena atasi masalah ayah saya ni dengan serius.

Dan alhamdulillah! Sekarang tiada lagi alzheimer pada ayah. Macam orang muda! Haa jangan main. Hehe. Cergas tangkas bukan main sekarang ni.

Hari tu ayah pergi umrah dengan mak. Saya bukan main debar. Takut ayah saya hilang kat sana ke apa kan. Mana tau datang lagi alzheimer ayah kan?

Tapi alhamdulillah! Ayah takde lupa-lupa dah mak cakap. Sekarang semua ok.

Lega takyah cakap la saya. Saya takut ayah saya apa-apa je time dia lupa tu.

Jadi kawan-kawan...berikanlah suplimen yang bantu atasi dan cegah mak ayah kita dari nyanyuk ni.

Ia membahayakan mereka tau.

Gabungan vivix dan omegaguard insyaallah membantu.

Kita pon takmau diserang alzheimer kan? So ambillah sejak dari muda ni.

Feel free to share.


-----------------------------------------

Alhamdulillah kita sebagai anak memang tugas kita kan mengambil berat perihal ibubapa terutamanya yang tinggal berjauhan.

Kalau kita tak mampu nak jaga dan pantau mereka secara dekat,nak jaga makan minum mereka,nak jaga sakit demam mereka,apa salahnya kita menghadiahkan sesuatu yang boleh membantu mereka untuk menjalani sisa-sisa hidup ini dengan lebih bermakna.

Mungkin kita boleh bekalkan supplement untuk kesihatan mereka agar mereka lebih sihat dan dapat menjalani ibadah seharian dengan sempurna.

Siapa lagi kalau bukan kita sebagai anak untuk ambil berat hal mereka kan?

Bila lagi kita nak memberi yang terbaik buat mereka kalau bukan sekarang,saat mereka masih bernafas dimuka bumi ini.

Saya bukanlah anak yang terbaik buat ibubapa saya,tapi saya tetap berusaha menjadi yang terbaik selagi mereka ada.

Saya doakan kita sama-sama menjadi anak yang terbaik buat ibubapa kita.

Jom tanya khabar mereka adakah mereka sihat hari ini?

Mungkin anda nak tahu tentang Omega kan,anda boleh baca kat sini.

Dan juga info tentang vivix.sila klik disini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.

Wassalam.


Salam Sihat.
Nurul,
013.4420.637


AWAS!! OBESITI MENINGKATKAN RISIKO.


Assalamualaikum.

Salam sejahtera dan salam sihat dan kurus.

Saya doakan agar dipermudahkan urusan anda dalam proses menurunkan berat badan.

Mengapa anda harus uruskan berat badan anda?

Masalah kegemukan ataupun obesiti bukan lagi hanya menjejaskan penampilan diri anda dan kurang berkeyakinan,malah ia juga turut menjejaskan tahap kesihatan anda.

Untuk pengetahuan anda,Malaysia adalah negara paling gemuk di Asia Tenggara.





Ini membuktikan negara kita mewah dari segi makanan dan rakyat Malaysia memang suka makan.

Tetapi satu kajian menunjukkan 90% orang kekurangan zat dan nutrisi penting dalam pemakanan seharian walaupun kita tidak kekurangan makanan.




Menakutkan bukan?

Adakah anda tergolong dalam kelompok tersebut?

Jika ya,anda perlu bertindaK segera untuk menurunkan berat badan anda kerana banyak penyakit bakal mengancam kehidupan anda disebabkan kegemukan.

Antara penyakit yang mengancam orang gemuk.




1.Sakit bahagian sendi.

Contohnya lutut.

Orang gemuk lebih berisiko menghadapi masalah sakit lutut.

Dan selalunya mereka akan mendapat nasihat dari doktor untuk menguruskan berat badan mereka kerana ia merupakan faktor utama sakit lutut.

2.Kolestrol tinggi,Tekanan darah tinggi, serangan jantung dan juga angin ahmar(stroke).

Kegemukan juga akan menyebabkan kolestrol tinggi.
Bila kolestrol semakin meningkat,lemak semakin banyak.Lemak akan menyebabkan saluran darah semakin sempit dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Lama-kelamaan akan menyebabkan serangan jantung sebab saluran darah dibahagian jantung tersumbat.

Bila terjadinya kes saluran darah tersumbat ini,dibahagian otak pula ianya akan menyebabkan kes angin ahmar ataupun stroke.

3.Diabetes

Kegemukan akan menyebabkan diabetes.Bagaimana ianya berlaku?

Bila badan penuh dengan lemak,ia akan menyebabkan sel badan anda menentang insulin.

Insulin berperanan sebagai kunci untuk membukakan pintu sel anda supaya gula dalam darah dapat memasuki ke sel badan anda dan menghasilkan tenaga.

Tapi..bagi mereka yang obesiti selalunya sel badan akan menentang insulin.

Jadi,lama-kelamaan gula dalam darah akan meningkat dan menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis ataupun diabetes.

4.Gangguan tidur

Kegemukan juga akan menyebabkan gangguan tidur "sleep apnea" iaitu satu keadaan dimana nafas terhenti secara tiba2 ketika tidur.

5.Kesuburan.

Kegemukan juga akan menjadi salah satu punca anda kurang subur.

Obesiti boleh mengganggu hormon dalam badan dan menyebabkan proses ovulasi(penghasilan telur) terganggu atau tiada ovulasi langsung.

Kitaran haid juga akan terganggu.

6. Kegemukan juga akan menyebabkan  anda mengalami kemurungan,nak berjalan pun susah dan juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan.


Cuba anda lihat pula anggaran kos perubatan di malaysia kat bawah ni,mahal kan?

Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat?






Kesimpulannya,bertindaklah hari ini untuk hidup yang lebih sihat.

Berusahalah untuk dapatkan berat badan yang sihat sebelum dihinggapi pelbagai penyakit.

Nak FORMULA MUDAH MESTI KURUS yang paling berkesan?

Jom join Program Now Every One Can Kurus (NECK).

Batch 16 bakal bermula 1 May 2016.

Pendaftaran dibuka sekarang.Tempat adalah terhad.

Hubungi 013.4420.637 untuk info selanjutnya.

Salam kurus dan sihat dari saya.

Wassalam.





SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA



http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap







Kemarau Di Titi Hayun.


Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang sudi menziarahi blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Biasanya dalam satu minggu ada satu hari dimana suami saya bercuti.

Minggu ni abah cuti hari ahad.Tak de perancangan pun nak pergi mana-mana sebab abah pun baru balik kerja pagi tadi.

Rehat-rehar dirumah je,sesuai la dengan cuaca yang panas terik sekarang ni.

Rasa macam nak duduk dalam aircon je,lepas tu hujung bulan merungut bil api naik..hehe

Takde la,gurau je.Dah guna pandai la bayar kan..buat pa nak merungut.

Jom ronda-ronda

Alkisahnya petang tadi saja la tiba-tiba rasa nak ambik angin luar.

So,jom kita ajak abah ronda-ronda.

Bila abah kata jommm aja..semua melompat bangun bersiap.

Hmm bab jalan2 tengah tidur lena pun boleh tersedar je.

Selalunya petang2 macam kami lepak kat Pantai Murni ja,melepaskan anak-anak bermain ditaman.

Tapi, hari ni abah kata nak pergi mandi titi hayun.

Sampai ja kat parking Titi Hayun tengok suasana lengang jer.

Alamak!! Air tak de la

Ingatkan tak de orang boleh mandi dengan aman,rupanya air pun tak de.hehehe

Tak kesampaian la niat abah nak mandi..huhu.

Tak pe balik rumah nanti boleh mandi yer.

Alang2 dah sampai sini,tak de air pun tak pe la,kita jalan2 je.

Ronda-ronda kawasan Titi Hayun.Alahai Sunyi sepi.














Berbeza suasana kalau ada air,mesti ramai yang duk tengah mandi.

Tak best la camni.Anak-anak tak seronok je.

Masing-masing dah ajak balik.

Jom la kita balik,lagipun Afi dah tertidur ni.

Lain kali ada air kita datang lagi yer..boleh mandi.

Jumpa lagi..Wassalam.







 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution