Social Icons

12 Tips Untuk Kurus Dan Ramping Yang Anda Perlu Tahu








12 Tips Untuk Kurus Dan Ramping
===============================

Untuk sentiasa ramping bukanlah satu perkara yang mudah bagi anda yang mempunyai masalah berat badan yang tidak menentu.Namun begitu, jangalah anda risau.Bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya”.

Ada juga cara untuk membantu anda agar tetap kelihatan ramping. Jadikan cara tersebut sebagai rutin harian anda.

1. Berjalan kaki dapat membantu anda menurunkan berat badan. Pastikan anda berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk membakar lemak badan terutama di bahagian kaki anda. Selain itu, anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan latihan naik turun tangga.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk sistem pencernaan, malah juga dapat menurunkan kadar kolesterol badan dan mencegah barah payudara. Amalkan tabiat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

3. Minum segelas air kosong sebelum makan akan memberikan anda rasa kenyang sekali gus menghindarkan rasa lapar yang berlebihan. Biasakan diri dengan meminum air kosong sebanyak 8 gelas atau lebih tiap-tiap hari.

4. Lakukan senaman yang sesuai mengikut bahagian badan setiap kali anda bangun daru tidur pada waktu pagi.

a. Perut

Duduk dengan mengangkat kedua-dua lutut.Secara perlahan-lahan, gerakkkan badan ke belakang sehingga merasa renggang. Kekalkan posisi ini sehingga perut terasa dan kemudian kembali ke posisi tadi.Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.

b. Lengan

Semasa anda berdiri, pegang beban yang seberat sekilogram dengan tangan kanan.Naikkan tangan kanan secara lurus ke atas.Kemudian, pegang pangkal lengan kanan di bawah ketiak dengan tangan kiri demi membantu menampung beban itu.Selepas itu, bengkokkan siku dengan beban mengarah ke kepala. Lakukan proses ini sebanyak lima kali untuk setiap tangan.

c. Kaki

Berbaring secara mengiring ke kanan.Tahan kepala dengan tangan kanan.Kemudian angkat kaki kiri ke atas sehingga kira-kira 45® dan turunkannya semula. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali ke kanan dan lima kali ke kiri.

5. Membataskan diri daripada mengambil makanan berlemak atau bergoreng. Biasakan diri dengan makanan yang dikukus dan direbus.

6. Mengambil sarapan setiap hari. Bagi anda yang tidak bersarapan, anda akan cepat lapar dan seterusnya mendorong anda mengambil makanan dengan banyak pada waktu tengah hari.

7. Biasakan diri makan banyak kali tapi dengan jumlah yang sikit. Jangan biarkan diri makan sekali sahaja tetapi dalam jumlah yang banyak.

8. Tidur mencukupi adalah baik untuk tubuh. Penelitian yang dilakukan di The University of Chicago membuktikan bahawa tidur dapat mempercepat metabolisme badan sebanyak 40%.

9. Biasakan diri dengan minum teh hijau sekurang-kurang tiga cawan sehari. Hasil kajian yang dilakukan oleh The University of Swizerland mendapati bahawa the hijau dapat membantu membakar kalori di dalam badan.

10. Ringankan tangan anda dengan membersihkan rumah setiap pagi. Aktiviti ini dapat membantu membakar kalori dalam badan.

11. Elakkan makan baki lauk-pauk yang tidak dapat dihabiskan. Mungkin anda ingin berjimat tetapi perut anda bukan tong sampah. Makanlah ketika anda benar-benar lapar sahaja dan berhentilah makan sesudah kenyang. Jika anda rasa sayang untuk membuang makanan yang berlebihan, simpannya saja dalam peti sejuk untuk keesokan hari.

12. Amalkan tabiat memberus gigi setiap kali selepas makan. Ini dapat membantutkan tabiat mengunyah makanan yang bukan didorong oleh rasa lapar. Anda tentu rasa malas hendak makan kerana perlu memberus gigi setiap kali selepas makan.

Amcam best ke best tips ni?

Sila amalkan yer..Saya doakan anda kurus dan sihat.

Team NECK

Now Every One Can Kurus
013.4420.637


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution