Social Icons

12 Tips Untuk Kurus Dan Ramping Yang Anda Perlu Tahu








12 Tips Untuk Kurus Dan Ramping
===============================

Untuk sentiasa ramping bukanlah satu perkara yang mudah bagi anda yang mempunyai masalah berat badan yang tidak menentu.Namun begitu, jangalah anda risau.Bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya”.

Ada juga cara untuk membantu anda agar tetap kelihatan ramping. Jadikan cara tersebut sebagai rutin harian anda.

1. Berjalan kaki dapat membantu anda menurunkan berat badan. Pastikan anda berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk membakar lemak badan terutama di bahagian kaki anda. Selain itu, anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan latihan naik turun tangga.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk sistem pencernaan, malah juga dapat menurunkan kadar kolesterol badan dan mencegah barah payudara. Amalkan tabiat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

3. Minum segelas air kosong sebelum makan akan memberikan anda rasa kenyang sekali gus menghindarkan rasa lapar yang berlebihan. Biasakan diri dengan meminum air kosong sebanyak 8 gelas atau lebih tiap-tiap hari.

4. Lakukan senaman yang sesuai mengikut bahagian badan setiap kali anda bangun daru tidur pada waktu pagi.

a. Perut

Duduk dengan mengangkat kedua-dua lutut.Secara perlahan-lahan, gerakkkan badan ke belakang sehingga merasa renggang. Kekalkan posisi ini sehingga perut terasa dan kemudian kembali ke posisi tadi.Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.

b. Lengan

Semasa anda berdiri, pegang beban yang seberat sekilogram dengan tangan kanan.Naikkan tangan kanan secara lurus ke atas.Kemudian, pegang pangkal lengan kanan di bawah ketiak dengan tangan kiri demi membantu menampung beban itu.Selepas itu, bengkokkan siku dengan beban mengarah ke kepala. Lakukan proses ini sebanyak lima kali untuk setiap tangan.

c. Kaki

Berbaring secara mengiring ke kanan.Tahan kepala dengan tangan kanan.Kemudian angkat kaki kiri ke atas sehingga kira-kira 45® dan turunkannya semula. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali ke kanan dan lima kali ke kiri.

5. Membataskan diri daripada mengambil makanan berlemak atau bergoreng. Biasakan diri dengan makanan yang dikukus dan direbus.

6. Mengambil sarapan setiap hari. Bagi anda yang tidak bersarapan, anda akan cepat lapar dan seterusnya mendorong anda mengambil makanan dengan banyak pada waktu tengah hari.

7. Biasakan diri makan banyak kali tapi dengan jumlah yang sikit. Jangan biarkan diri makan sekali sahaja tetapi dalam jumlah yang banyak.

8. Tidur mencukupi adalah baik untuk tubuh. Penelitian yang dilakukan di The University of Chicago membuktikan bahawa tidur dapat mempercepat metabolisme badan sebanyak 40%.

9. Biasakan diri dengan minum teh hijau sekurang-kurang tiga cawan sehari. Hasil kajian yang dilakukan oleh The University of Swizerland mendapati bahawa the hijau dapat membantu membakar kalori di dalam badan.

10. Ringankan tangan anda dengan membersihkan rumah setiap pagi. Aktiviti ini dapat membantu membakar kalori dalam badan.

11. Elakkan makan baki lauk-pauk yang tidak dapat dihabiskan. Mungkin anda ingin berjimat tetapi perut anda bukan tong sampah. Makanlah ketika anda benar-benar lapar sahaja dan berhentilah makan sesudah kenyang. Jika anda rasa sayang untuk membuang makanan yang berlebihan, simpannya saja dalam peti sejuk untuk keesokan hari.

12. Amalkan tabiat memberus gigi setiap kali selepas makan. Ini dapat membantutkan tabiat mengunyah makanan yang bukan didorong oleh rasa lapar. Anda tentu rasa malas hendak makan kerana perlu memberus gigi setiap kali selepas makan.

Amcam best ke best tips ni?

Sila amalkan yer..Saya doakan anda kurus dan sihat.

Team NECK

Now Every One Can Kurus
013.4420.637


Reunion Pra U SMKAK 95


Assalamualaikum.

Salam sejahtera buat semua pembaca blog Amnurhuda.my

Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Reunion Pra u SMKAK Batch 1995

Dari bersembang2 didalam  group whatsap geng SMKAK,akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk bertemu.

Dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.

Tapi pertemuan ini diadakan diutara kedah,so..sapa yang kebetulan balik kampung tu dapatlah join sekali.

Untuk geng disebelah selatan,mereka dah pun buat satu reunion kecil disebuah restoran milik seorang sahabat kami juga.

Untuk sessi kali ini kami adakan dirumah sahabat kami YB Mohd Azam (ADUN Sg Limau).




Hari ni mama bawa adik jumpa kawan2 mama ok.


Yb Azam dah siap pasang khemah,tunggu kami datang je

Sambil melayan tetamu,sambil bukakan bungkusan nira. 

haha..kalau dah jumpa geng,tak sempat duduk dah

Hmm memang meriah bila dah lama tak berjumpa.Banyaknya cerita nak disingkapkan.

Kalau macam ni 3 jam tak cukup ni.










Kek SMKAK

Brownies pun ada..

Ha..Ini nira nipah special saya bawa dari kampung Sedaka untuk geng SMKAK

Sebelum balik sempat juga kami bergambar beramai2 kat sini.

Walaupun masih ramai yang tak dapat hadir,majlis sederhana ini cukup indah buat kami.

In sha Allah dilain masa kami akan buat lagi majlis seperti ini untuk bagi peluang kepada yang tak dapat hadir hari ini untuk bersama2 semula.





Terima kasih yang tak terhingga kepada tuan rumah iaitu Yb Mohd Azam dan isteri.

Dalam kesibukannya seharian yang padat dengan aktiviti masih meluangkan masa untuk kami semua.

Malah turut memberi ruang untuk kami adakan majlis ini diperkarangan rumah beliau.

Syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Semoga selepas ini kita berjumpa lagi dan saya doakan ukhuwah ini berkekalan hingga ke jannah.

Wassalam.





10 khasiat penting yang terkandung dalam Chia Seed


Assalamualaikum.

Salam sejahtera buat anda semua yang sudi singgah di blog ini.

Saya doakan anda sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Hari ni saya nak share dengan anda khasiat Chia Seed.




10 khasiat penting yang terkandung dalam Chia Seed


1-Melawan Diabetes

Chia Seed telah dikaji sebagai salah satu rawatan semula jadi yang berpotensi untuk pesakit diabetes tahap 2 kerana keupayaannya memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia terbentuk apabila terdedah kepada cecair-boleh juga mencegah pancang gula darah.


2-Serat yang banyak

Hanya 28 gram atau satu auns hidangan chia seed mempunyai 11 gram serat pemakanan - kira-kira satu pertiga daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk orang dewasa. Menambah beberapa chia seed dalam menu diet anda adalah satu cara yang mudah bagi memastikan anda mendapat jumlah fibre yang baik. Dimana ia penting untuk sistem penghadaman.

3-Kekuatan Gusi dan Tulang

Satu hidangan biji chia seed mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk kalsium, yang berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan tulang, gigi, dan mencegah osteoporosis.

4-Mangan

Manganese (Mangan) bukan nutrien mineral yang terkenal, tetapi ia adalah penting untuk kesihatan manusia. Ia baik untuk tulang dan membantu badan kita menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai 30 peratus daripada pengambilan disyorkan untuk mineral ini.

5-Lebih Fosforus
Dengan 27 peratus daripada nilai harian anda untuk fosforus, biji chia seed turut membantu anda mengekalkan tulang dan gigi yang sihat. Fosforus juga penting untuk mensynthesize protein (pertumbuhan dan pembaikan) sel dan tisu tubuh kita.

6-Penuh Dengan Protein

Biji Chia juga adalah salah satu sumber protein buat vegetarian dan ianya tidak mempunyai kolesterol. Satu 28-gram hidangan biji Chia Seed mempunyai 4.4 gram protein.

7- Menstabilkan Gula dalam Darah

Chia Seed juga berkesan dalam menstabilkan gula dalam darah disamping melawan rintangan insulin yang terikat dalam peningkatan lemak perut (belly fat). Rintangan jenis ini amat berbahaya untuk kesihatan kita secara keseluruhan.

8- Mudah Kenyang
Tryptophan merupakan sejenis asid amino yang ditemui dalam ayam belanda. Ia juga ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan memberi kesan mengantuk selepas makan (Cthnya Jamuan Hari Raya) namun ia juga berpotensi membantu mengawal selera makan (mudah kenyang), tidur yang selesa dan membantu meningkatkan mood anda sehari-harian.

9- Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kajian Klinik Cleveland menyatakan bahawa biji chia seed telah terbukti dalam peningkatan tekanan darah untuk pesakit kencing manis. Ia juga boleh meningkatkan kolesterol sihat pada masa yang sama mengurangkan jumlah LDL, kolesterol dan trigliserida.

10-Penuh dengan Omega-3
Biji Chia adalah penuh dengan asid lemak omega-3, dengan hampir lima gram dalam hidangan satu auns. Lemak adalah penting untuk kesihatan otak.



Terima kasih kerana sudi membaca.Jumpa lagi.

Wassalam.


 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution