Social Icons

KEJOHANAN SUKAN SKD


Assalamualaikum.

Salam sayang buat semua yang sudi singgah di blog ini.

Saya doakan anda selalu berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Hari ni hari sukan Sekolah Kebangsaan Dulang.Ada tiga orang anak saya yang bersekolah disini.

Sebelum ni saya tak pernah pun menghadiri hari sukan sekolah,tapi tahun ni saya rasa nak pergi pula.

Lagipun saya dah berjanji dengan abang kayyis(anak ke3 saya)untuk pergi.

Kesian pula sebab beriya2 benar dia mengajak.Katanya dia main sukan bawa bola dalam sudu..hehe.

Kalau tak jatuh dapat hadiah..memang exited nak hadiah.

Suami kerja,kalau tak suami je la yang pergi.

Jam 8.30 saya pergi bersama si 'Afi.Bukan main suka abang kayyis bila tengok saya datang bawa adik.

Terus je dukung adik nak kenalkan dengan kawan2nya.

Masa tu acara belum bermula.Pelajar2 pra baru nak masuk padang.

Pelajar lain dah bersedia di padang tunggu acara bermula.

Jom kita tengok ada apa kat padang SKD..


Rumah merah,hijau dan biru di padang.

Pelajar Pra berlari sambil membawa bola didalam sudu.


Abang kayyis meriba adik afi


Kusyuknya Afi tengok acara sukan


Sapa nak hadiah?







Afi bersama kakak dan angah dibawah khemah





Memang saya tunggu sampai habis acara.

Nak balik juga bila Afi terlena.Penat juga meriba..huhu

Tapi abang Kayyis pula tak bagi balik,aduhh terpaksa la tunggu juga.

Suasana yang agak bising menyebabkan Afi tak tidur lama.Tapi ok la dia tak buat hal.

Relax je tengok ramai abang kakak sekeliling.

Alhamdulillah acara selesai jam 12 tengahari.

Jom balik..dah penat la.




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution