Social Icons

Jom Jalan-jalan di Cameron Highland


Assalamualaikum.

Salam sejahtera dan salam sayang buat anda yang sedang membaca blog Amnurhuda.

Saya doakan anda dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Cuti perayaan raya cina.

Orang lain je yang cuti sebenarnya. Suami saya tetap kerja walaupun di hari cuti public.

Cuma satu hari dalam seminggu dia akan cuti.Kali ni dia cuti setiap hari Ahad.

Sebenarnya ni rancangan suami nak bawa anak-anak ke Cameron Highland.

Alhamdulillah ada rezeki lebih,saya pun bersetuju la nak pergi.

Hati Berbolak balik

Cumanya sehari sebelum pergi hati seolah-olah berbelah bagi.Nak pergi ke nak tukar destinasi.

Bukan apa,bila baca perkongsian dari rakan2 blogger,diorang nasihatkan jangan pergi musim perayaan sebab satu memang la orang ramai,lagi satu jalan jem.

Saya termenung panjang.Bila saya tanya suami camna yer,memang la sebelum ni dia yang rasa camtu..tapi saya kata mai kita amalkan Law of Universal Attraction.

Kita cuba bayangkan jalan tak jem,bayangkan segalanya mudah bagi kita walaupun ini pertama kali kita pergi.

'FOKUS APA YANG KITA MAHU'

Bukankah itu juga satu doa?Ya kita berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan dan segala urusan kita.

Maka kami tekadkan niat akan pergi Cameron Highland pada hari Ahad selepas suami balik dari kerja malam.

Saya pula akan sediakan masakan untuk kami makan diperjalanan nanti.So,kami takkan singgah mana2 kedai makan kat sana.Save bajet.

Jom kita ke Cameron Highland

Pukul 8 pagi lebih kurang kami bertolak.

Apapun mulakan perjalanan dengan doa naik kenderaan.






Doa tinggalkan rumah dah baca masa keluar pintu tadi.Semoga Allah pelihara rumah yang kami tinggalkan dan juga pelihara sepanjang perjalanan kami.

Kami sarapan dalam kereta je,makan roti.

Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan baik tanpa sebarang kesulitan.








Kami sampai di sana dalam pukul satu tengahari dan tempat pertama yang kami singgah adalah Taman Agro Al Mashoor.

Sebenarnya kami nak makan dulu bekal nasi yang kami bawa.Tapi tak tahu pula nak makan kat mana.Dah la hujan lagi..bertambah sejukk..bertambah lapar..huhu

Taman Agro Al mashoor

Last2 ambik keputusan makan kat Taman Agro Al mashoor ni je la,makan dalam kereta.

Parking jer tengok orang dalam kereta kat sebelah tu duk tengah makan nasi..hehe

Ok la tu diorang pun rajin macam kita,bawa bekal..bagus2.

Siap makan nasi,kami masuk melawat pokok Strawbery kat dalam taman ni,tapi sayangnya buah strawbery belum masak betul.














Tengok je la,ambik gambar buah pun tak merah lagi.

Sempat merasa strawbery celup choclate kat sini.Harganya 1 stick rm2.50,satu stick tu ada la 4 biji strawbery.








Saya ambik 2 stick je.itupun saya yang makan banyak dari anak2.Diorang cakap masam.

Dah masuk waktu zohor,tengok kat sini pun ada surau,so..solat dulu la buat jamaq takdim.

Sebelum solat sempat ajar anak2 dulu camna nak solat jamaq qasar ni.Tak ingat nak ajar siap-siap masa kat umah.Tapi selalunya bila balik kampung ke kelantan saya akan ajar diorang masa kat dalam kereta je.

Kami jarang bermusafir,jadi benda ni bila jarang sekali buat,kena perangat balik la.
Anak-anak mana nak ingat.





Bila masuk bilik air, mak aii macam nak menjerit,bukan apa air kat sini sejukkkknyer.

Alhamdulillah dah solat.Hati lebih tenang untuk berjalan2 lagi lepas ni.

Keluar je dari surau tengok anak2 duk melayan maggi cawan pulak.Ish ish ish..maggi pulak.





Terpaksa la tunggu diorang habiskan dulu baru boleh bergerak ke destinasi seterusnya.


Rose Valley

Destinasi kedua kami.




Kami singgah Rose Valley.Tiket untuk masuk dewasa rm4 manakala kanak-kanak rm2.Afi free je.

So,Saya bayar rm14 untuk 2 tiket dewasa dan 3 tiket kanak-kanak.

Ok jom kita jalan2 dalam taman bunga ros.

Luas juga...rasanya kat sini paling banyak snap gambar..huhu





























Bunga apa ni yer


Burung merak ni tak nak kembang,kalau tak mesti cantik





Selain bunga,kura2 pun ada




Keluar dari Rose Valley kami ada shopping sikit kat tepi2 jalan tu.

Sempat juga beli baju Cameron dan juga sedikit cenderahati.









Bee Farm Ee Feng Gu

Ini destinasi seterusnya.Hujan masih turun walaupun tak lebat sangat.Afi pun dah tertidur keletihan bila sampai kat sini.

Jadi,terpaksalah kendong dia.

Kat sini tak payah ambik tiket,free je.















Keluar dari sini pun masih hujan dan Afi tetap selesa tidur lena walaupun dikendong..hehe letih bebenor.

Nampaknya cukup la dulu tiga tempat ni untuk kali ni.

Ada rezeki boleh datang lagi,sebenarnya nak pergi semua tempat tapi hari dah petang,hujan pulak tu dan kami nak bertolak balik lagi.


Jam menunjukkan dah pukul 5 lebih,kami mulakan penurunan dari Cameron Hingland.

Kami singgah solat jamaq maghrib dan Isya disebuah surau di Simpang Pulai.

Kami teruskan perjalanan lagi.Sempat berhenti sekejap merehatkan badan di hentian Bukit Gantang.

Dan akhirnya kami sampai rumah dalam pukul satu pagi.

Alhamdulillah anak-anak enjoy sangat dengan percutian kali ni.

Seronok dan kalau boleh nak pergi lagi kata diorang.

In sha Allah ada rezeki,ada kelapangan kita akan sampai lagi ke desinasi yang lain pulak di Cameron Highland.

Jumpa lagi.Terima kasih sebab sudi baca coretan Cameron Highland.


Wassalam.





0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution