Social Icons

13.3kg berat badan hilang dalam 100 hari


Assalamualaikum.

Salam sejahtera dan salam sayang buat semua.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Hari ni saya nak share dengan anda testimoni dari peserta NECK batch 10.

Kisah Haji Zul

Assalamualaikum.

Nama saya zulkifli ,berusia 42 tahun dari Kajang Selangor.

Kehidupan saya sebelum ini agak sibuk dengan kerja . Saya kerja kat site jadi makan tak terjaga dan masa tu saya seorang perokok tegar .

Berat badan takde la gemuk sangat cuma perut boroi, berat ketika itu 68kg - 73kg.

Tahun 2007 saya berhenti hisap rokok, demi kesihatan dan akibatnya badan terus naik.

Selepas 3 tahun berat badan naik sampai 90kg. saya masih tak rasa gemuk sebab banyak bergerak dan sibuk.

Jadi masalah berat badan ni saya tak kisah sangat.


Dah banyak kali diet tapi gagal

Saya pernah cuba diet banyak kali.Banyak product saya beli dan cuba tapi semuanya hanya sementara tak sampai 1 bulan .

Berat tetap naik jugak.

Ada sekali ni saya diet dengan satu product ,itupun saya berhenti juga sbb tak boleh makan nasi just makan suppliment .

Tekak melayu tak makan makanan melayu mana tahan, setakat 6 bulan je,berat turun 3kg .

Tapi bila stop naik 5kg.

Dan last saya diet mula lepas raya tahun lepas saya langsung tak makan nasi selama 3 bulan .Sebelum tu berat saya 79kg, lepas 3 bulan naik jadi 87kg. Bukannya turun tapi naik lagi ada la.

Frust sangat masa tu.

Itulah jadinya bila diet tanpa ilmu.Jangan jadi macam saya tau..nanti menangis tak berlagu..huhu

Dulu saya tak kisah sangat soal berat badan tapi bila kesihatan semakin merosot,saya mulai insaf.

Saya ada darah tinggi, kolestrol tinggi dan mengah bila berjalan.

Dah jumpa doktor buat full body check up bulan 6/2015. Doktor ckp kena tambah dos ubat kalau tidak saya mungkin akan kena strok sebab BP tinggi masa itu . bacaan BP 178/120 dan doctor cadangkan saya turunkan berat badan dan banyak senaman.

Sekarang saya wajib turunkan berat badan.Saya harus bertindak demi keluarga saya.

Now every one can kurus (NECK)

Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan untuk saya turunkan berat badan.Saya terbaca tentang NECK secara tak sengaja di FB anak saya (saya x de FB) .

Saya baca testimoni salah seorang peserta NECK iaitu En.Azlan yg sakit darah tinggi kronik sampai hampir kena strok.

Bila joint NECK badan kurus dan sihat.Saya baca dan study lebih kurang 2 bulan jugak.

Saya follow perkembangan dan saya rasa nak cuba. Sebabnyer tak nak makan ubat dan tak nak kena strok / sakit kronik.

Saya terus PM agent NECK dan menyatakan hasrat saya untuk kurus dan sihat bersama program ni.Masa mula joint NECK berat saya 86.6kg .

Seminggu joint NECK rasa macam  tak boleh buat sebab badan gemuk dan tak yakin jugak .. tapi sebab dah beli suppliment mahal-mahal, saya kuatkan semangat untuk teruskan juga. 

Tapi buat pun sambil lewa cuma bab makan saya fit, tak makan garam, gula, berminyak, bergoreng dan bersantan. 

Senaman pula saya buat bila badan boleh buat , disebabkan lama  tak bersenam,abis sakit satu badan , bila sakit stop satu hari esok lusa sambung pula.

Sampai masa timbangan pertama tak de rasa apa , timbanglah mcm biasa.Fuhh.. terkejut turun 3.4kg.Ada kawan2 dlm group turun banyak sampai 5kg average. 









Apalagi.. mula la terbakor. Jadi saya mula serius utk minggu 3 dan 4.

Bila timbang minggu ke 4, turun 4kg.Sukanyer hati, lepas tu terus semangat.

Walaupun saya ni silent reader je kat dalam group tapi saya buat semua task yang coach bagi.

Gout menyerang

Minggu ke 6 saya kena serang penyakit gout kronik.Kaki saya bengkak , saya tak boleh jalan sehingga terpaksa warded kat hospital PUSRAWI, KL selama 3 hari .

Selepas keluar wad 2 minggu saya tak boleh nak buat Workout sbb kaki sakit sangat. Tapi hati saya tetap kuat nak buat juga.

Selepas 2 minggu baru la saya mula buat workout yg tak melibatkan kaki .

Perubahan bersama NECK

Sejak bersama NECK,saya mula amalkan makan secara sihat ,amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan paling best,saya suka motto NECK “Nak sihat terpaksa Kurus”.

Dalam program NECK,semua peserta mampu turunkan berat badan secara natural.Semua bergantung kepada usaha sendiri.Supplement sekadar booster biar cepat kurus.

Dan apa yang istemewanya NECK bagi saya adalah:

1.Diet secara berjamaah dan segalanya dipantau.Kalau ada yang ke”laut” tu cepat2 diselamatkan.

2.Dalam NECK sentiasa ada yang duk bakar semangat.Jadi,semangat nak kurus sentiasa membara.

3.Ada Coach yang cukup prihatin.Abang Ketak sentiasa membantu bila peserta ada masalah.Memang best.

4.Dalam NECK,kita boleh makan apa yang kita nak makan.Tapi makan secara sihat la .Kalau salah ada yang tolong perbetulkan.

5. Kita sentiasa digalakkan agar hidup cara sihat dgn kudrat yg ada .Bukan PAKSA, kita buat sekadar mampu dan tambah bila dah boleh buat . saya suka cara abg ketak... walaupun garang tapi ilmu yg disampaikan boleh masuk ke hati peserta . ( saya rindu kat abg ketak huhu)

Selepas 100 hari



Gambar terbaru bersama anak.Gambar masa timbang kat atas tu saya pinjam baju dia le.


Walaupun dah tamat program NECK , saya masih ada misi saya lagi.. saya nak teruskan program ni utk loss more 6-8 kg utk dapat berat ideal. Saya akan guna ilmu yg abg ketak ajarkan.

In sha Allah.

Saranan saya kepada anda yang nak turunkan berat badan,sertailah program kesihatan seperti NECK ... join kerana Allah s.w.t. Join kerana nak sihat dan boleh hidup sihat tanpa ubat .

Semua ini atas kehendak Allah s.w.t


Syukur Alhamdulillah.

========================================

Amacam?? asyik baca testimoni je,bila lagi nak kurus macam Haji Zul ni.

Bukan je semakin kurus malah semakin sihat.Alhamdulillah.

Tengok ni seluar pun dah bertukar saiz.



Inilah akibatnya bila anda join NECK.Bukan saja sihat,malah terpaksa jadi kurus,

Dah tu terpaksa beli pakaian baru..huhuhu

Jika anda rasa terbakar je tengok gambar Haji Zul ni,ha ni la masa yang sesuai untuk anda bertindak.

Anda takkan kurus kalau baca je,anda kena bertindak seperti mereka.Baru anda kurus macam mereka.

Segera whatsap 013.4420.637 jika anda serius nak kurus dan sihat.

#JomKurusSihat
#JomKurusDariRumah





KEJOHANAN SUKAN SKD


Assalamualaikum.

Salam sayang buat semua yang sudi singgah di blog ini.

Saya doakan anda selalu berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Hari ni hari sukan Sekolah Kebangsaan Dulang.Ada tiga orang anak saya yang bersekolah disini.

Sebelum ni saya tak pernah pun menghadiri hari sukan sekolah,tapi tahun ni saya rasa nak pergi pula.

Lagipun saya dah berjanji dengan abang kayyis(anak ke3 saya)untuk pergi.

Kesian pula sebab beriya2 benar dia mengajak.Katanya dia main sukan bawa bola dalam sudu..hehe.

Kalau tak jatuh dapat hadiah..memang exited nak hadiah.

Suami kerja,kalau tak suami je la yang pergi.

Jam 8.30 saya pergi bersama si 'Afi.Bukan main suka abang kayyis bila tengok saya datang bawa adik.

Terus je dukung adik nak kenalkan dengan kawan2nya.

Masa tu acara belum bermula.Pelajar2 pra baru nak masuk padang.

Pelajar lain dah bersedia di padang tunggu acara bermula.

Jom kita tengok ada apa kat padang SKD..


Rumah merah,hijau dan biru di padang.

Pelajar Pra berlari sambil membawa bola didalam sudu.


Abang kayyis meriba adik afi


Kusyuknya Afi tengok acara sukan


Sapa nak hadiah?







Afi bersama kakak dan angah dibawah khemah





Memang saya tunggu sampai habis acara.

Nak balik juga bila Afi terlena.Penat juga meriba..huhu

Tapi abang Kayyis pula tak bagi balik,aduhh terpaksa la tunggu juga.

Suasana yang agak bising menyebabkan Afi tak tidur lama.Tapi ok la dia tak buat hal.

Relax je tengok ramai abang kakak sekeliling.

Alhamdulillah acara selesai jam 12 tengahari.

Jom balik..dah penat la.




15 PERKARA YG ANDA PERLU TAHU TENTANG GARAM


Assalamu'alaikum

Salam sejahtera dan salam kasihsayang saya hulurkan buat semua yang sedang melayari blog Amnurhuda.

Saya doakan anda sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.




15 PERKARA YG ANDA PERLU TAHU TENTANG GARAM

1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.


2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok mikronutrien – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Kalau kurang akan mendapat penyakit, lebih pun akan mendapat penyakit. Ia bertanggungjawab membekalkan mineral “sodium” kepada manusia.

3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar kuota pengambilan sodium anda tidak terlebih.

4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak sukar berlaku kerana diet kita sendiri amat kaya dengan sodium. Makanan di sekeliling kita mengandungi sodium, meskipun makanan tu tak lah rasa masin mana pun.

5 – Sodium bertindak dalam mengawal jumlah air dalam badan (elektrolit), mengekalkan pH darah, membantu dalam transmisi isyarat saraf (neurotrasmitter) dan kontraksi otot.

6 – Sama seperti di UK, seorang dewasa di Malaysia harus mengambil garam tidak lebih 6g sehari (dalam satu sudu teh), manakala kanak-kanak pula haruslah kurang daripada itu.

7 – Secara purata, seorang dewasa di Malaysia mengambil garam sekitar 9g sehari, lebih banyak dari yang sepatutnya, dan kebanyakannya dari sumber makanan yang tidak sihat seperti makanan dalam tin, kerepek-kerepek, makanan segera dan beberapa jenis lagi makanan proses. Tidak mustahil juga akan ada dewasa yang mengambil sehingga lebih dari ini memandangkan 9g ini adalah sekadar nilai purata (9g adalah nilai tengah-tengah, ada yang ambil kurang dari itu, ada yang ambil lebih).

8 – Antara kesan ketara jangka masa panjang pengambilan garam berlebihan adalah masalah jantung dan juga penyakit darah tinggi (hypertension).

9 – Antara kaedah utama dalam mengurangkan pengambilan garam dalam sehari adalah kurangkan/berhenti makan kerepek jajan, kurangkan/berhenti makan makanan segera di luar (restoran makanan segera), sebaliknya lebihkan memasak sendiri makanan di rumah. Sudah pasti, kurangkan penggunaan garam dan tak perlu menggunakan penambah perisa (seperti Ajinomoto) ketika memasak.

10 – Jika ingin makan makanan dalam tin, pastikan tos dahulu makanan dalam tin sebelum menggunakannya. Peringatan juga buat abang-abang bina badan di luar sana yang sering menggunakan tuna dalam tin dalam kadar yang kerap.

11 – Baca dahulu label sebelum membeli kerana kebanyakan produk yang ada di pasaran sekarang ini rata-ratanya tinggi kandungan sodium. Kadang-kadang roti wholemeal yang menyihatkan pun mengandungi kandungan sodium yang tinggi, maka berjaga-jagalah.

12 – Selain roti, bijirin sarapan, biskut dan kek juga mengandungi sodium yang tinggi. Patutlah orang zaman sekarang ni mudah kena serangan jantung, ye tak? (tambah-tambah lagi kalau malas bersenam, just doubling the risk)

13 – Sekiranya anda gemar makan daging (lembu misalannya), maka lebih dari 1/4 kuota pengambilan sodium harian anda datang dari makanan ini.

14 – Sodium pada label makanan disukat dalam unit “miligram” (mg).

15 – Berapakah had maksima jumlah sodium yang anda perlu ambil dalam sehari? Mudah sahaja. Dalam (6) tadi aku memberitahu seorang dewasa tak boleh ambil lebih dari 6g garam sehari, atau bersamaan dengan 6000mg sehari, manakala garam terdiri daripada 40% sodium, maka dengan itu, 6000mg x 40% = 2400mg sodium sehari.


Sekiranya anda rasa perkongsian ini banyak manfaatnya sudilah kiranya tekan butang LIKE dibawah agar dapat kita berkongsi dengan lebih ramai lagi. 

Wassalam.

SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA



http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap



Jom Jalan-jalan di Cameron Highland


Assalamualaikum.

Salam sejahtera dan salam sayang buat anda yang sedang membaca blog Amnurhuda.

Saya doakan anda dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Cuti perayaan raya cina.

Orang lain je yang cuti sebenarnya. Suami saya tetap kerja walaupun di hari cuti public.

Cuma satu hari dalam seminggu dia akan cuti.Kali ni dia cuti setiap hari Ahad.

Sebenarnya ni rancangan suami nak bawa anak-anak ke Cameron Highland.

Alhamdulillah ada rezeki lebih,saya pun bersetuju la nak pergi.

Hati Berbolak balik

Cumanya sehari sebelum pergi hati seolah-olah berbelah bagi.Nak pergi ke nak tukar destinasi.

Bukan apa,bila baca perkongsian dari rakan2 blogger,diorang nasihatkan jangan pergi musim perayaan sebab satu memang la orang ramai,lagi satu jalan jem.

Saya termenung panjang.Bila saya tanya suami camna yer,memang la sebelum ni dia yang rasa camtu..tapi saya kata mai kita amalkan Law of Universal Attraction.

Kita cuba bayangkan jalan tak jem,bayangkan segalanya mudah bagi kita walaupun ini pertama kali kita pergi.

'FOKUS APA YANG KITA MAHU'

Bukankah itu juga satu doa?Ya kita berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan dan segala urusan kita.

Maka kami tekadkan niat akan pergi Cameron Highland pada hari Ahad selepas suami balik dari kerja malam.

Saya pula akan sediakan masakan untuk kami makan diperjalanan nanti.So,kami takkan singgah mana2 kedai makan kat sana.Save bajet.

Jom kita ke Cameron Highland

Pukul 8 pagi lebih kurang kami bertolak.

Apapun mulakan perjalanan dengan doa naik kenderaan.






Doa tinggalkan rumah dah baca masa keluar pintu tadi.Semoga Allah pelihara rumah yang kami tinggalkan dan juga pelihara sepanjang perjalanan kami.

Kami sarapan dalam kereta je,makan roti.

Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan baik tanpa sebarang kesulitan.








Kami sampai di sana dalam pukul satu tengahari dan tempat pertama yang kami singgah adalah Taman Agro Al Mashoor.

Sebenarnya kami nak makan dulu bekal nasi yang kami bawa.Tapi tak tahu pula nak makan kat mana.Dah la hujan lagi..bertambah sejukk..bertambah lapar..huhu

Taman Agro Al mashoor

Last2 ambik keputusan makan kat Taman Agro Al mashoor ni je la,makan dalam kereta.

Parking jer tengok orang dalam kereta kat sebelah tu duk tengah makan nasi..hehe

Ok la tu diorang pun rajin macam kita,bawa bekal..bagus2.

Siap makan nasi,kami masuk melawat pokok Strawbery kat dalam taman ni,tapi sayangnya buah strawbery belum masak betul.














Tengok je la,ambik gambar buah pun tak merah lagi.

Sempat merasa strawbery celup choclate kat sini.Harganya 1 stick rm2.50,satu stick tu ada la 4 biji strawbery.








Saya ambik 2 stick je.itupun saya yang makan banyak dari anak2.Diorang cakap masam.

Dah masuk waktu zohor,tengok kat sini pun ada surau,so..solat dulu la buat jamaq takdim.

Sebelum solat sempat ajar anak2 dulu camna nak solat jamaq qasar ni.Tak ingat nak ajar siap-siap masa kat umah.Tapi selalunya bila balik kampung ke kelantan saya akan ajar diorang masa kat dalam kereta je.

Kami jarang bermusafir,jadi benda ni bila jarang sekali buat,kena perangat balik la.
Anak-anak mana nak ingat.





Bila masuk bilik air, mak aii macam nak menjerit,bukan apa air kat sini sejukkkknyer.

Alhamdulillah dah solat.Hati lebih tenang untuk berjalan2 lagi lepas ni.

Keluar je dari surau tengok anak2 duk melayan maggi cawan pulak.Ish ish ish..maggi pulak.





Terpaksa la tunggu diorang habiskan dulu baru boleh bergerak ke destinasi seterusnya.


Rose Valley

Destinasi kedua kami.




Kami singgah Rose Valley.Tiket untuk masuk dewasa rm4 manakala kanak-kanak rm2.Afi free je.

So,Saya bayar rm14 untuk 2 tiket dewasa dan 3 tiket kanak-kanak.

Ok jom kita jalan2 dalam taman bunga ros.

Luas juga...rasanya kat sini paling banyak snap gambar..huhu





























Bunga apa ni yer


Burung merak ni tak nak kembang,kalau tak mesti cantik





Selain bunga,kura2 pun ada




Keluar dari Rose Valley kami ada shopping sikit kat tepi2 jalan tu.

Sempat juga beli baju Cameron dan juga sedikit cenderahati.









Bee Farm Ee Feng Gu

Ini destinasi seterusnya.Hujan masih turun walaupun tak lebat sangat.Afi pun dah tertidur keletihan bila sampai kat sini.

Jadi,terpaksalah kendong dia.

Kat sini tak payah ambik tiket,free je.















Keluar dari sini pun masih hujan dan Afi tetap selesa tidur lena walaupun dikendong..hehe letih bebenor.

Nampaknya cukup la dulu tiga tempat ni untuk kali ni.

Ada rezeki boleh datang lagi,sebenarnya nak pergi semua tempat tapi hari dah petang,hujan pulak tu dan kami nak bertolak balik lagi.


Jam menunjukkan dah pukul 5 lebih,kami mulakan penurunan dari Cameron Hingland.

Kami singgah solat jamaq maghrib dan Isya disebuah surau di Simpang Pulai.

Kami teruskan perjalanan lagi.Sempat berhenti sekejap merehatkan badan di hentian Bukit Gantang.

Dan akhirnya kami sampai rumah dalam pukul satu pagi.

Alhamdulillah anak-anak enjoy sangat dengan percutian kali ni.

Seronok dan kalau boleh nak pergi lagi kata diorang.

In sha Allah ada rezeki,ada kelapangan kita akan sampai lagi ke desinasi yang lain pulak di Cameron Highland.

Jumpa lagi.Terima kasih sebab sudi baca coretan Cameron Highland.


Wassalam.





 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution