Social Icons

Testimoni Pesakit PCOS Turunkan Berat Badan


Assalamualaikum.


Alhamdulillah masih diberikan kesihatan  yang baik untuk teruskan perkongsian di sini.

Hari ni saya nak share testimoni seorang peserta program Neck yang merupakan seorang pesakit PCOS.

Nak tahu apa tu PCOS,anda boleh google je ok.

Jom kita hayati kisahnya..

=============================================

Kisah Elyani-Pesakit PCOS join NECK




Assalamualaikum.


Saya Elyani dari Nilai, Negeri Sembilan. Berumur 34 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.

Saya berjumpa dengan NECK melalui sahabat online saya kenal dah lama dari tahun 2005 lagi iaitu Shiemz. 


Dia dah ajak lama dah join NECK nih dari bulan April 2015 tak silap... tapi saya cakap ngan dia nanti dulu sebab mmg tak leh fokus nak diet lagi sebab sibuk menjahit. 

Masa tuh tempahan raya dah banyak jadi stay up satu malam, tidow tak teratur, late night snacking dan PCOS antara punca berat makin naik. 

Orang bulan puasa turun 5kg..saya makin naik 5kg plak.. sabor je lah. At the same time, saya dah penat sebenarnye nak diet2 nih. So saya nak usha dulu Shiemz nih.. hahahaha...

Sekali ape nak kater... jeles sungguh tengok biler dia dari bam bam 80kg++ boleh turun ke 60Kg je... owhhh tidak!! Terus angau sat.


Tak pikir panjang dah, tekad terus sign up NECK Batch 7. Dengan berat permulaan 86kg.

Perjalanan NECK saya rasanye tak macam orang lain. Sebab saya jenis kene stay up malam untuk saya dapat settle kerja menjahit. 

So dalam 2 bulan pertama, habis tempahan baju customer saya peram. Semata mata nak tidow cukup 8 jam waktu malam.

 Huhuhu mujur lah semua pelanggan saya memahami. Dua minggu pertama saya, berat tak turun banyak, 1.5kg je. 

Susah sgt rasa, dengan rasa tak cukup gula, hormon saya tgh bercelaru nak stabil balik, saya pernah kene insulin spike yang menggigil berpeluh rasa nak telan 3 mangkuk MILO je masa tuh. 

Rupanya saya kene lebih berhati hati dalam pemilihan makanan saya terutama sekali karbohidrat.

So Dalam NECK saya belajar mula aware jenis2 karbohidrat baik dan jahat, apa yang akan buat saya craving nak makan dan makan lagi, apa makanan yang bantu saya lebih cergas dan tidak mengantuk.

Dengan bantuan workout task yang Coach bagi setiap minggu yang saya berjaya habiskan hampir setiap hari, siap PM coach minta hadiah extra kalau balik kg.. lom campor hadiah hutang bayar ngan bunga..jangan memain haaa... ngan coach kalau hutang kene bayor double siap interest..

Dengan bantuan supplemen dari Shaklee, saya amik tambahan supplemn GLA, Vit E dan Vit C SR dan pemakanan yang lebih PCOS friendly, Alhamdulillah saya berjaya turunkan sebanyak 11kg dalam masa 100hari dengan total inchloss sebanyak 17 inch. 

Saya rasa lebih sihat, lebih aktif, lebih kuat, dan lebih ceria. Self confidence pon makin tinggi dan suami pon makin sayang.

 Takde lagi dah orang nak datang raba perut tanya pregnant ke? 

Sebaliknya yang datang bisik tanyer nak tahu RAHSIA.. hehehe... Alhamdulillah kitaran haid saya dah kembali normal dan on time tetiap bulan dan hampir semua simptom PCOS saya dah berjaya kurangkan.

Perjalanan saya dalam NECK masih jauh. Saya tekad nak turunkan sehingga 60kg menjelang raya tahun ini. 

Doakan saya istiqomah dan berjaya mencapai impian saya itu dan semoga kita semua sama2 sihat dan kurus.

Progress neck saya.

Berat asal : 86kg (1/8/2015)
Ketinggian : 160cm
Minggu ke- 2 : 84.5kg (-1.5kg)
Minggu ke- 4 : 81.1kg (-3.4kg)
Minggu ke - 6: 80.8kg (-0.3kg)
Minggu ke - 8: 80.0kg (-0.7kg)
Minggu ke - 10: 78.6kg (-1.4kg)
Minggu ke - 12: 76.9kg (-1.7kg)
Minggu ke - 14: 76.0kg (-0.9kg)
Minggu ke - 16: 75.7kg (-0.3kg)
Minggu ke - 18: 74.9kg (-0.8kg)
Minggu ke - 20: 75.8kg (+0.9kg)๐Ÿ˜…
Minggu ke - 22: 75.5kg (-0.3kg)

Jumlah penurunan: 11kg
Target penurunan dalam 200 hari : 20kg

Elyani berjaya turunkan berat badan 11kg dalam tempoh 100 hari.


Saiz baju dari xxl (48) ke m (42). Saiz kasut dari 8 turun ke 5. ☺☺ macam tak caya jap..

kasut dari saiz 8 bertukar saiz 5.


=============================================

Ok macam tu lah citernyer kisah Elyani dari batch 7 program Now Every One Can Kurus (NECK).

Amacam?Best ke best?

Anda nak kurus macam Elyani? 

Semua orang boleh kurus asalkan ada keinginan yang kuat dan hati yang kental.

Whatsap/telegram 013.4420.637.

Saya sedia membantu anda.

Salam kurus dan sihat dari saya buat semua.

Jumpa lagi.

Wassalam.


SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution