Social Icons

7 Langkah Mudah Tampal Lencana Sekolah Anak-Anak


Assalamualaikum.

Saya doakan semua pembaca blog Amnurhuda sentiasa didalam rahmat Allah selalu.

Tak lama lagi sessi persekolahan 2017 bakal bermula.Pastinya ibubapa sibuk menyiapkan persiapan anak-anak kan,terutamanya yang baru nak melangkah masuk ke tahun satu dan juga ke tingkatan satu.

Sama macam saya ada yang baru nak melangkah masuk ke darjah satu,dan yang kakak akan memulakan persekolahan tahap menengah di tingkatan satu.

Saya rasa semua persiapan dah siap untuk anak2,yuran dan buku2 pun dah setel.

Sekarang ni masa untuk membalut buku2 teks (bagi anak2 yang dah dapat buku teks) dan juga masa untuk ibu2 menampal lencana kat baju dan tudung anak2.

Dah buat ker? Alhamdulillah saya baru setel.

Ni kali pertama saya buat cara ni.

Sessi yang lepas saya jahit tangan je lencana sekolah.

Kalau ada ibu2 yang belum tampal lencana anak tu boleh la cuba cara ni.Lebih mudah dan cepat sikit.


7 langkah mudah tampal lencana



Langkah Pertama :

Sediakan bahan2 untuk menampal lencana 

-Lencana (wajib la kan )
-Gam UHU
-Kad Manila
-Sapu tangan yang dibasahkan (saya pakai spray je)






Langkah ke dua :

Letakkan kad manila didalam poket atau di bawah tudung supaya gam tidak melekat dibahagian bawah





Langkah ke tiga :

Letakkan gam UHU di sekeliling lencana(bahagian belakang ye)




Langkah ke empat :

Ok..lekatkan lencana yang telah digamkan di tempat yang di tetapkan.




Langkah ke lima :

Kemudian,letakkan sapu tangan yang dibasahkan tadi dan seterika diatasnya.Waktu ni sedikit asap akan keluar sebab sapu tangan basah kan.

Tapi tak pe iron pelan2.



Langkah ke enam :

Dah iron,alihkan sapu tangan tadi perlahan2





Langkah ke tujuh :

Taraa...dah siap tampal lencana.



Hmmm dah siap pun kan.Ha esok dah pergi sekolah dan dapat jadual boleh la tolong susun buku anak2 pulak.

Boleh baca kat link dibawah macammana nak susun buku2 anak agar memudahkan mereka untuk kelas jadual harian.


Mesti anak2 suka.Cuba la ye.

Terima kasih sebab sudi baca perkongsian kali ini.

Selamat menyambut tahun baru 2017.










Testimoni Set Hamil Shaklee


Assalamualaikum.

Bagi ibu hamil yang pernah mencuba Set Hamil Shaklee pasti akan meneruskannya sehingga selepas bersalin.

Ini kerana mereka berpuas hati dengan kebaikan yang mereka rasainya hasil menggunakan Set Hamil Shaklee.

Saya sendiri pun mula menggunakan Set Hamil Shaklee pada kandungan yang ke4.

Alhamdulillah saya sendiri rasa lebih sihat dan bertenaga.Banyak masalah2 ketika hamil yang saya lalui ketika kehamilan sebelum ini berjaya saya atasi ketika kehamilan ke4.


SET HAMIL SHAKLEE

Alhamdulillah Allah temukan saya dengan supplement Shaklee sebelum kehamilan ke4.

Hari ni saya juga nak share perasaan gembira dan puas hati ibu2 hamil yang lain setelah mereka gunakan Set Hamil Shaklee.

Belum cuba belum tahu apa yang bestnyer.Nak tahu kena la cuba dulu yer.

Sekarang jom kita tengok apa kata ibu2 hamil yang dah pun merasai kehebatan Set Hamil Shaklee dalam menyelesaikan masalah2 yang dialami ketika kehamilan mereka.




Hb semakin cantik










Masalah Morning Sickness









Masalah kulit,hb rendah dan sakit gigi






Lebih Bertenaga












Sakit belakang dan sengal2 semakin hilang





 Lebih sihat dan berseri-seri





Dah baca kan..terima kasih kerana sudi baca sampai sini.

So..kalau anda adalah salah sorang ibu hamil dan anda juga ada mengalami masalah2 macam mereka diatas,jangan la segan2 untuk contact saya dan cuba Set Hamil Shaklee untuk menyelesaikan masalah anda.

Jangan biarkan sebarang masalah ketika hamil berlarutan kerana ianya akan memberi kesan kepada kandungan kita.

Berilah kesihatan yang terbaik buat anda dan baby.Anda jaga kesihatan anda bermakna anda jaga kesihatan baby dalam kandungan anda juga.

Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan ibu2 hamil termasuk anda yang membaca ni(kalau anda sedang hamil)di sepanjang kehamilan anda sehingga selepas kelahiran.

Hubungi saya jika anda ingin mencuba Set Hamil Shaklee ok.


Salam sihat
Nurul
013.4420.637


Topik berkaitan kehamilan:

Supplement Terbaik Untuk Ibu Hamil

Bolehkah Ibu Hamil cabut Gigi?

Gigi Berdarah Ketika Hamil

Atasi Masalah Ketika Hamil

Aduhh...sakitnya pinggang

Atasi HB Rendah Ketika Hamil


Bestnyer Minum Air Gula Ketika Hamil


3 Sebab Pentingnya Supplement Buat Ibu Hamil.



Kepentingan Kalsium Ketika Hamil



Kalsium adalah salah satu unsur penting yang harus ada dalam menu makanan ibu hamil.


Sepanjang tempoh kehamilan,terutamanya pada trimester kedua dan ketiga.

Antara lain kesan kekurangan kalsium adalah

1.Masalah kekejangan kaki
2.Pertumbuhan tulang janin yang tak sempurna
3.Pertumbuhan bayi terganggu
4.Sakit gigi & gigi rapuh
5.Insomnia ( susah tidur)
6.Osteoporosis



Manfaat Kalsium untuk Ibu Hamil




1. Mencegah Osteoporosis (kerapuhan tulang)

Diusia kehamilan 6-9 bulan ibu hamil memerlukan kalsium yang sangat banyak kerana janin dalam proses pembentukan rangka.

Proses ini akan mengambil kalsium dari ibu hamil.Bila kalsium yang diperlukan tidak mencukupi,proses ini akan menyerap kalsium yang ada pada tulang dan akan menyebabkan osteoporosis pada siibu.

Jadi,ibu hamil perlu tingkatkan kalsium samaada denga minum susu tinggi kalsium atau supplement kalsium.

2.Menjaga kesihatan ibu dan janin

Kalsium yang cukup dapat melindungi ibu hamil dari masalah praeklamsia iaitu tekanan darah tinggi.

Kalsium juga dapat melindungi janin dari risiko cacat fisik,pembentukan gigi yang baik dan sihat,pembentukan sistem pembekuan darah yang normal,pembentukan jaringan jantung,otot dan sistem saraf,membantu perkembangan tulang bagi janin.

Kalsium juga membantu memberi kekuatan kepada ibu hamil terutamanya ketika usia kandungan telah masuk 6 bulan keatas.Keadaan perut yang semakin besar ,keperluan kalsium janin juga semakin bertambah dan tulang ibu hamil terpaksa menampung beban yang cukup berat.

Keadaan ini akan membuatkan ibu hamil mengalami sakit pinggang ataupun kekejangan kaki.

3.kalsium menjaga kesihatan jantung

Kalsium yang mencukupi akan memelihara kesihatan jantung secara alami termasuklah mencegah terjadinya hipertensi dalam kehamilan. 

Ibu hamil boleh dapatkan sumber kalsium yang baik dengan pengambilan susu dan lain2 produk tenusu seperti bijirin yang diperkaya dengan sumber kalsium,soya,yogurt dan keju.




Selain sumber kalsium diatas,ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil pil kalsium yang menyediakan sumber kalsium yang mencukupi untuk ibu dan bayi.

Pilihan Kalsium Terbaik

Dan bagi saya Ostematrik adalah pilihan yang terbaik untuk dapatkan sumber kalsium yang mencukupi.

Ostematrik Shaklee dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati,mengandungi kalsium,magnesium,fosforus dan vitamin D,zink,kuprum,manganes dan boron.





Nutrien2 ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Tahukah anda...





Manfaat Ostematrik Shaklee


1.Membantu dalam menguatkan tulang dan gigi yang sihat.

2.Mengelakkan penyakit osteoporosis

3.Memperbaiki kekejangan dan kebas

4.Meringankan stress

5.Melegakan sakit ketika haid

6.Membantu melegakan sembelit

7.melegakan sakit2 sendi

8.Membantu masalah migrain

9.Mengatasi masalah susah tidur.



Kesimpulannya kalsium memang penting dalam menu harian kita apalagi ibu hamil yang terpaksa berkongsi kalsium dengan bayi dalam kandungan.Lagi2 la lebih memerlukan kalsium dengan kuantiti yang lebih banyak.


Topik berkaitan Ostematrik Shaklee :


1.Ostematrik untuk ibu hamil

2.Kurangkan sakit pinggang dengan Ostematrik Shaklee

3.Atasi migrain dengan Ostematrik Shaklee




Pentingnya Zat Besi Untuk Ibu Hamil


Assalamualaikum.

Bila bermulanya satu kehamilan,salah satu yang dititikberatkan adalah zat besi yang mencukupi.

Ibu hamil memerlukan zat besi yang cukup untuk membentuk sel-sel darah merah.Ini kerana sel darah merahlah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh ibu hamil dan juga kepada bayi yang dikandung.

Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia yang akan menjadikan ibu hamil cepat lemah,pucat dan penat.

Zat besi penting untuk pertumbuhan bayi.Kekurangan zat besi ketika hamil akan menimbulkan risiko bayi yang lahir menderita anemia.

Ibu hamil boleh dapatkan sumber zat besi dari pemakanan harian seperti daging tanpa lemak,sayuran berdaun hijau gelap,buah kering,kekacang,telur dan lain-lain.





Selain itu ibu hamil juga boleh mengambil supplement seperti Vitalea Shaklee untuk menampung kekurangan zat besi di dalam tubuh badan.

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama di cipta di dunia.Asalnya di kenali sebagai "Vitalize-Mineral"dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.




Sila klik MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA untuk membaca dengan lebih lanjut berkaitan Vitalea Shaklee.

Dan anda juga mungkin berminat ATASI MASALAH HB RENDAH KETIKA HAMIL (sila klik).

Semoga sedikit perkongsian hari ini memberi manfaat buat semua.

Jumpa lagi.

Salam sihat
Nurul,
013.4420.637




Kenapa Air Kencing Menjadi Warna Kuning Terang Selepas Makan B Complex?



Assalamualaikum.

Adakah selama ini kita ambil tahu tentang warna air kencing (urin) kita atau kita tak kisah pun warna apa.

Sebenarnya adalah amat penting untuk kita mengetahui warna air kencing kita kerana ianya memberitahu tahap kesihatan kita yang sebenarnya.

Melalui warna air kencing kita dapat tahu samaada kita mengambil air yang cukup dengan keperluan tubuh badan kita setiap hari.

Melalui warna air kencing juga sebarang penyakit dapat dikesan.

So,jom kita sama2 pelajari dan ambil tahu warna air kencing kita. 

Apakah Warna Urin Kita?






Air Kencing Berwarna Kuning Terang Selepas Makan B Complex




Ramai yang mengadu bahwa warna urin berubah apabila mengambil vitamin Shaklee, terutama yang mengandungi B-Complex.

“Urin saya warna kuning macam B-Complex”

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.


Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Semoga bermanfaat.



Salam Sihat
Nurul
013.4420.637


Topik berkaitan B Complex:

Kenapa Ibu Hamil Wajib Ambil Asid Folik


Kenapa Ibu Hamil Wajib Ambil Asid Folik


Assalamualaikum.

Salam sayang buat semua.Selamat pagi dan saya doakan semua yang singgah kat blog Amnurhuda istimewanya ibu2 hamil dalam keadaan ceria2 selalu.

Kehamilan dan Asid folid memang tak dapat dipisahkan.Bila anda disahkan hamil,inilah antara vitamin wajib yang anda akan dapat dari doktor.

Saya tahu,ramai ibu hamil tak suka vitamin ni sebab baunya yang kuat.Bagi ibu hamil yang alami masalah loya & muntah di awal kehamilan lagilah terseksa nak menelannya.Tengok je dah nak muntah...betul tak? 

Ada pula yang beranggapan bila ambil vitamin ni nanti baby besar dan susah untuk melahirkan.

Apapun anggapan anda sebenarnya Asid folic amat penting untuk ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.



Gambar dari google

Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi bagi mengelakkan kecacatan pada janin,mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'Spina Bifida'(kecacatan saraf tunjang).


'Spina Bifida'berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna.

Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Kekurangan asid folik ketika hamil juga meningkatkan risiko kelahiran pramatang,perkembangan fizikal bayi dalam rahim yang terencat,dan menyebabkan peningkatan kandungan homocysteine dalam darah yang akan menyebabkan keguguran secara tiba-tiba atau kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti pendarahan disebabkan oleh plasental abruption atau sawan ketika hamil.

Keperluan Asid Folik Oleh Ibu Hamil

Ibu hamil memerlukan 400mg keperluan asid folik setiap hari sebaik saja anda merancang untuk hamil.

Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan nuero ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Pengambilan asid folik 3-6 bulan sebelum kehamilan adalah sangat penting untuk membolehkan tubuh kita bersedia untuk sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel-sel baru.






B Complex Shaklee




Asid folik merupakan salah satu vitamin B,dan B Complex Shaklee adalah pilihan yang terbaik kerana ianya mengandungi 8 komponen penting vitamin B iaitu B1,B2,B3,B5,B6,B12,termasuk 100% biotin  dan asid folik.

Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.

Vitamin B adalah vitamin larut air.Sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.

Oleh itu,adalah sangat penting untuk kita apalagi untuk ibu hamil mengambil vitamin B Complex setiap hari.


Salam sihat,
Nurul
013.4420.637




Topik berkaitan kehamilan:

Supplement Terbaik Untuk Ibu Hamil

Bolehkah Ibu Hamil cabut Gigi?

Gigi Berdarah Ketika Hamil

Atasi Masalah Ketika Hamil

Aduhh...sakitnya pinggang

Atasi HB Rendah Ketika Hamil


Bestnyer Minum Air Gula Ketika Hamil


3 Sebab Pentingnya Supplement Buat Ibu Hamil.







Set Hamil,Bersalin & Menyusu Shaklee Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu


Assalamualaikum.

Haiii apa khabar ibu hamil atau yang dah pun bersalin dan sedang menyusu?

Saya doakan anda didalam keadaan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

Hari ni saya nak share tentang Set Hamil,Bersalin dan juga menyusu buat semua ibu-ibu dan bakal ibu. 

Jom kita tengok fungsi2 setiap supplement yang disyorkan.





FUNGSI SET HAMIL,BERSALIN & MENYUSU

==================================


1) VITALEA WITH IRON (Multivitamin) 


Mengandungi 28 jenis vitamin & minerals yg diperlukan badan. Mengurangkan keletihan, dan untuk kesihatan & kecergasan badan ibu sepanjang hamil, bersalin dan menyusu. Iron penting bagi menjaga tahap hemoglobin (hb) yang sihat untuk ibu.


2) B-COMPLEX WITH FOLIC ACID


Folic acid melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan sistem sarafnya seperti spina bifida. BComplex adalah vitamin Anti-Stress, terutama bila ibu kurang tidur di akhir kehamilan dan semasa dalam pantang.


3) VITA-C  


Tingkatkan sistem imunisasi ibu & bayi.


4) ESP PROTEIN POWDER 


Protein membantu kecergasan badan ibu hamil & menyusu. Ia juga menggalakkan kecantikan kulit ibu & baby. Dalam susu ibu, komposisi terbesar juga adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat bantu pekatkan susu ibu & baby akan lebih cepat kenyang.


5) OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium) 


Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Ketika hamil & menyusu, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan dan ke dalam susu ibu yang diminum bayi. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah KALSIUM.

Jadi, kalau ibu tidak cukup tambahan kalsium setiap hari, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh. Ia juga membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu merawat sakit-sakit badan, pinggang & belakang serta mengurangkan masalah sembelit bagi ibu hamil, berpantang & menyusu.



6) OMEGAGUARD (DHA) 


Mengandungi DHA yang penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi dalam kandungan dan bayi yang menyusu. Omega juga membantu membakar lemak agar ibu cepat kurus semula selepas bersalin.


7) ZINC (Tambahan selepas bersalin) 

Cepatkan penyembuhan luka bersalin (Paling penting bagi yang bersalin secara ceaserean). Juga membantu mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin.



8) ALFAFA (Tambahan semasa menyusu)  

Sebagai milk booster, herba utk bantu tambah penghasilan susu ibu.


Itulah secara ringkas fungsi setiap supplement untuk ibu hamil,bersalin dan menyusu.

Saya harap apa yang saya share hari ini sedikit sebanyak dapat membantu para ibu  dan bakal ibu untuk mengamalkan supplement ketika hamil,ketika berpantang dan juga ketika menyusu.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam sihat,
Nurul
013.4420.637


Topik berkaitan kehamilan:

Supplement Terbaik Untuk Ibu Hamil

Bolehkah Ibu Hamil cabut Gigi?

Gigi Berdarah Ketika Hamil

Atasi Masalah Ketika Hamil

Aduhh...sakitnya pinggang

Atasi HB Rendah Ketika Hamil


Bestnyer Minum Air Gula Ketika Hamil

3 Sebab Pentingnya Supplement Buat Ibu Hamil.



 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution