Social Icons

Tips Kurus : Sila Tukar Saiz Pinggan Anda!!


Assalamu'alaikum.

Semoga segala urusan anda berjalan dengan lancar dan dipermudahkanNya.

Saya doakan kehidupan anda sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat Allah...aamiin.

Macamana dengan plan diet anda?berjalan lancar ker?

Ke belum mula lagi?

Lorr kata nak kurus.Anda takkan kurus tau selagi anda tak bertindak.

So,mulakan sekarang.

Sila tukar pinggan anda.

Hari ni saya nak share satu tip kurus dengan anda.

Selalunya bila makan nasi kita guna pinggan yang biasa untuk makan nasi la kan.

Apakata hari ni anda yang nak kurus cuba tukar kepada pinggan yang lebih kecil.

Sebab apa tukar? sebab ia akan dapat menipu otak kita.Nampak macam banyak tetapi sebenarnya sedikit dan ia sudah mencukupi.




Percayalah,lagi besar pinggan yang kita gunakan lagi banyak makanan yang akan kita ambil.

So,mulai sekarang sila guna pinggan yang lebih kecil yer.

Ingat,anda juga perlu difisit kalori setiap hari untuk kurus.

Macamana nak defisit kalau kita asyik ambil portion makanan yang banyak setiap hari.

Cara yang terbaik dan mudah nak kurangkan makan adalah dengan tukar aje saiz pinggan anda.

Secara psikology pun kita akan terpaksa ambik sikit.

Ok cukup untuk hari ini tip yang simple ini.

Nampak mudah tapi lebih mudah bila anda berjaya lakukannya.

Jangan baca je ok,anda perlu bertindak.

Pilihan di tangan anda.Anda yang pilih samada nak makan banyak atau nak makan sikit.

Anda yang pilih nak hidup gemuk atau nak kurus.

Saya harap anda buat pilihan yang bijak.

Disini saya ingin menjemput anda untuk join channel telegram saya untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian tentang kurus dan sihat.

Sila klik dan join http://telegram.me/jomKurusSihat


Saya doakan anda kurus dan sihat.

#JomKurusSihat
#JomKurusDariRumah
#NowEveryOneCanKurus














0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution