Social Icons

Minum Air Yang Mencukupi Membantu Proses Penurunan Berat Badan Anda!!



Assalamu'alaikum

Salam sejahtera dan salam kasihsayang saya hulurkan buat semua yang sedang melayari blog Amnurhuda.

Saya doakan anda sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Pentingnya minum air yang cukup.

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang merasa untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang.

Sebaiknya sebelum makan anda perlu meminum air masak terlebih dahulu.





Pengambilan air kosong yang mencukupi juga akan membantu sistem penghadaman kita berjalan lancar.Jadi,tak de la masalah sembelit.





Anda tahu tak? setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang 2 liter air dari badan melalui proses perkumuhan,pernafasan,dan aktiviti-aktiviti lain.

Jadi,kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses didalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman,pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat.


Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang ,selagi itu anda tidak akan mendapat berat badan yang diimpikan.

Adakah anda minum air secukupnya?

Kalau anda nak tahu keperluan air untuk tubuh badan anda,anda kena kira la yer.

Formulanya macam ni,bagi setiap 25kg berat badan anda,anda perlu minum 1 liter air.

So,kalau berat anda 100kg,anda kena minum 4 liter air sehari.

Paham ker paham?






Macamana nak pastikan anda minum air yang cukup dengan keperluan tubuh bandan anda?


Ok,anda dah tahu berapa liter badan anda perlukan air dalam sehari.

So sekarang anda perlu sukat siap2.Anda boleh guna botol air mineral je atau anda beli botol yang ada sukatan liter.

Kalau 3 liter,anda sukat 3 liter la yer.

Lepas tu,sila bawa botol air ni kemana saja anda pergi dan pastikan mudah untuk anda capai dan minum.

Percayalah,bila anda nampak botol air ni,anda akan minum air dengan cukup setiap hari.

Bila anda minum air yang cukup,barulah ia membantu anda untuk menurunkan berat badan.





Jadi,saya harap anda dah faham tentang kepentingan minum air yang secukupnya.

Dan selepas ni jangan sesekali anda kurang minum air lagi tau.

Ok,Saya harap dengan sedikit tip yang saya share hari ini memberi manfaat buat anda.

Semoga anda kurus dan sihat.

Sehingga jumpa lagi..wassalam.



SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution