Social Icons

10 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun yang wajib anda tahu!!


Assalamualaikum.

Salam sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan Allah permudahkan urusan anda,dimurahkan rezeki anda dan diberikan kebahagiaan kepada anda dunia dan akhirat.

Adakah anda seorang yang mempunyai berat badan yang tinggi?

Anda dah cuba banyak kali untuk turunkan berat badan tetapi tak turun-turun pun.Naik lagi ada la.

Anda hampir berputus asa?

Apakata anda cek dulu 10 sebab yang mungkin anda sering lakukan sebelum ini dan ianya adalah punca berat badan anda tak turun2.



10 Sebab Berat Anda Susah Nak Turun.


1.Suka minum air manis yang banyak

Kenapa tak boleh minum air manis?sebab gula akan menyebabkan kita ketagihan.Kita akan rasa tak puas bila minum air manis.

Habis segelas nak lagi dan lagi.

Betul ke betul?




Nak tahu kenapa minum air manis berat anda susah turun?Sila baca disini.



2.Kurang tidur.

Tahukah anda salah satu tip untuk turunkan berat badan adalah tidur yang cukup.

Minimum 6 jam satu malam.

Kalau tidur anda tak cukup,berat badan akan naik secara perlahan-lahan.

Dan untuk pengetahuan anda,tidur pun boleh bakar kalori tau,so..tidurlah secukupnya.



3.Tidak bersarapan.

Anda pernah ke tak ambik sarapan sebelum ni?
Kalau ya sila berubah.

Nak kurus,anda perlu sarapan.




Dan pilihlah sarapan yang menyihatkan.

Cuba anda baca kat sini.



4.Makan terlalu cepat.

Bila makan jangan terlalu cepat atau gelojoh.Kunyahlah perlahan2 seperti saranan Rasulullah s.a.w.

Bila kita makan secara perlahan-lahan tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.



5.Kurang minum air masak

Anda tahu tak dengan minum air masak yang secukupnya,akan membantu proses penurunan berat badan anda.




Macamana nak tahu anda minum cukup ke tak air masak sehari?anda boleh rujuk di sini.



6.Makan ketika stress.

Jika anda suka amalkan tabiat ini,eloklah anda berhenti.

Ini kerana bila anda stress anda makan tak ingat dunia.Betul tak?



7.Pengambilan karbohidrat berlebihan

Sepatutnya bila anda nak turunkan berat badan anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat sebaliknya lebihkan protien.

Tapi jangan berlebihan pula,sebab terlebih protin akan menyebabkan masalah buah pinggang.



8.Makan dengan kuantiti yang banyak.

Perlu diingatkan bila nak kurus,anda perlu makan dengan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Itu lebih baik daripada makan sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.



9.Malas bersenam.

Anda malas bersenam? hmm nak kurus anda wajib bersenam.

Tak perlu pergi gym,kat rumah pun boleh.

Yang penting anda bersenam.Anda buat anda dapat.



10.Makan lewat malam.

Cuba hentikan sekiranya anda suka makan lewat malam.

Pastikan kita berhenti makan berat 3-4 jam sebelum tidur untuk kesihatan yang lebih baik.

Kalau kita perlukan rehat,perut kita pun sama.

Janganlah ketika badan kita tidur,perut kita masih bekerja untuk proses makanan yang masuk lewat kedalam perut.

kesian kan..

Lepas ni jangan makan lewat malam lagi yer.

Ok saya harap perkongsian kali ini memberi manfaat dan sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih kurus dan sihat.

Saya doakan anda berjaya turunkan berat badan anda.

Semoga jumpa lagi.Salam kurus dan sihat dari saya.

Wassalam.



SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution