Social Icons

CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN


Assalamualaikum.


Salam sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan anda berjaya, kaya dunia dan akhirat .

Semoga Allah permudahkan segala urusan dalam kehidupan anda.

Suka saya nak kongsikan kisah ini yang saya dapat dari group Whatsap.

Semoga bermanfaat dan semoga ada sesuatu yang yang mampu mengubah hidup kita kepada yang lebih baik.

------------------------------------------


CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN


Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?

Kisah benar 21/02/2015

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan.

Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas.

Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?"

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya.

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia".

"Woww"!!!
Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia,
"Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal.
Saya bermula dari kecil.
Mula ada RM10k,
kemudian RM20k,
RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan.
Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, dhuha jangan tinggal, bangun tahajud malam.
Minta sungguh-sungguh.
Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'.
Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada DIA macam tu?,"

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya,

"Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu?
Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata,
"Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je..

Katanya,
"Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising.

Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC.
10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.
Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur".

Satu lagi pesan saya.
"Berkawan", kita yang perlu pilih.
Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman..
Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...
Selalu kita akan tanya apa rahsia utk kaya...
tapi kita lupa untuk jaga hubungan dengan Yang Maha Kaya...

Peringat utk diri sendiri dan anda kawan² yg bakal kaya, InsyaAllah..

Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis.

Saat memandang kain sempit mu,
seluar ketat mu,
baju sendat mu,
tudung singkat mu,
solat dan ibadahmu...
Aku ingin sekali menegurmu.
Namun,
Sering saja terkaku. Rasa tak mampu..

Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku.

"Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ?
Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ?
Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ?
Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ?
Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ?
Kau tunggulah di akhirat kelak.
Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku."

AllahuAkhbar..

Sahabat,
Begini lah cara aku menegur mu.
Dengan post kecil ini. Hari ini..
Sekurang - kurangnya.
Bila aku di soal Nya di akhirat nanti.
Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku..

Aku boleh jawab bahawa,
"Aku telah menegur mereka.
Dengan post kecil ku ini.
Dan dengan selemah-lemah iman ku,
Iaitu mendoakan mereka dari jauh.."

Aamiin

Sekadar brkongsi

---------------------------------------------
Semoga apa yang saya kongsikan hari ini bermanfaat buat semua.

Ingat satu perkara:

"Nak berjaya jagalah hubungan dengan Allah."
Sehingga jumpa lagi.

Wassalam.




Bila Anda Diet Berjamaah!


Assalamualaikum.

Apa khabar semua?Saya doakan anda diberikan kesihatan yang baik,dipanjangkan umur dengan kebaikan.

Semoga anda bahagia dunia dan akhirat.

Anda sedang berdiet ke?sorang2 ke ramai2?

Selalunya sorang2 la kan.

Anda tahu tak?kalau dalam islam solat berjamaah adalah lebih baik dan lebih dituntut daripada solat berseorangan.

Malah,ganjarannya juga lebih besar.

Begitu juga bila kita nak berdiet.

Ramai orang berdiet sorang2,hasilnya tak mampu bertahan lama.

Akhirnya kecundang ditengah jalan sebab tak de sokongan dan semangat orang sekeliling.

Kurus beramai-ramai

Dalam program Neck,diet yang dianjurkan adalah diet secara berjamaah.

Makna kata,i makan you makan.I bersenam you pun bersenam.Bila i jump you pun jump la..hehe.

Bila ada challenging sesama sendiri,baru proses diet tu menjadi lebih happening dan mudah menjadi.

Anda takkan lemah bila berjamaah

Bila ada group support,masalah putus asa atau putus semangat in sha Allah dapat diatasi.

Ini kerana bila kita berada dalam satu kumpulan seperti Neck,semangat untuk kurus sentiasa membakar setiap hari.

Kalau ada peserta yang melahirkan rasa tak bersemangat je,in sha Allah rakan2 seperjuangan akan sama2 memberi motivasi dan semangat  termasuk dari coach dan juga mentor.

So,tak sempat semangat nak terpadam kembali terbakar.

Sebab tu boleh dikatakan semua yang menyertai Neck mampu untuk turunkan berat badan selagi mereka ada kemahuan nak kurus.

Amacam? anda rasa best ke best sangat buat secara berjamaah ni berbanding buat sorang2.

Nak rasa kehebatannya,anda kena la join group Neck sendiri.

Mereka ibarat satu famili yang saling memerlukan walaupun sesetengahnya saling mengenali hanya didalam group online.

Percayalah,kesan daripada diet secara berjamaah lebih besar dan lebih hebat dari diet sendirian.

Jom diet secara berjamaah hanya dari rumah.

Pendaftaran Neck untuk batch ke 12 sedang dibuka.

Sebarang info tentang Neck sila whatsap 013.4420.637.

Saya sedia membantu anda.

Jumpa lagi.

Salam kurus dan sihat buat anda semua.

Nurul
013.4420.637
Agen NECK


SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap




Makan 5 Kali Sehari? Boleh Kurus Ker?


Assalamualaikum.

Salam sejahtera,salam kasih sayang buat anda semua.

Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan anda untuk menurunkan berat badan.

Semoga anda kurus dan sihat.

Makan 5 kali sehari?

Yer betul.Dalam program Neck,semua peserta wajib makan 5 kali sehari.

Dan mereka wajib ambik nasi dalam hidangan mereka.

Sebab apa ambik nasi? sebab nasi bukanlah punca kegemukan seseorang.

Jemput baca Nasi Tak Bersalah(sila klik)


Boleh kurus ke makan 5 kali sehari?

Ramai orang ingat,nak kurus tak boleh makan.

Sebenarnya nak kurus kena kerap makan.

Kenapa perlu kerap makan?

Inilah keajaiban sistem tubuh kita,semakin kerap makan,semakin tinggi pembakaran tenaga.

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Nak kurus anda tak perlu tahan lapar,sebaliknya nak kurus mesti makan dengan cara yang betul.

Dalam program Neck,semua peserta diajar mengira kalori. 

Jadi mereka tahu berapa kalori yang mereka sepatutnya ambil setiap hari.

Nak kurus anda harus belajar cara mengira kalori.

Barulah senang anda nak atur pemakanan anda setiap hari.

Ini adalah contoh jadual makan yang terbaik untuk anda amalkan.


7.00am -breakfast
10.00am -Snack
12.30pm -lunch
4.00 pm -Snack
7.00 pm -Dinner


In sha Allah jika anda amalkan tip ini dan anda ikut jadual makan ini,anda tak sempat nak rasa lapar.

Yang penting nak kurus anda harus ada ilmu dan mentor.

Bila anda ada ilmu,anda tahu apa yang sepatutnya anda ambil dan apa yang tak sepatutnya anda ambil.

Bukannya main belasah jer.

Ini tip untuk hari ini.Makan 5 kali sehari.

Boleh ke boleh?

Anda buat anda dapat.

Ok jumpa lagi dengan tip yang lain pula nanti.

Sekadar tahu tanpa amal tiada gunanya.

Mulakan hari ini.Saya yakin anda mampu lakukan.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Wassalam.





Nak tahu info tentang NECK?
Whatsap/telegram 013.4420.637 (Nurul)






SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap





10 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun yang wajib anda tahu!!


Assalamualaikum.

Salam sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan Allah permudahkan urusan anda,dimurahkan rezeki anda dan diberikan kebahagiaan kepada anda dunia dan akhirat.

Adakah anda seorang yang mempunyai berat badan yang tinggi?

Anda dah cuba banyak kali untuk turunkan berat badan tetapi tak turun-turun pun.Naik lagi ada la.

Anda hampir berputus asa?

Apakata anda cek dulu 10 sebab yang mungkin anda sering lakukan sebelum ini dan ianya adalah punca berat badan anda tak turun2.



10 Sebab Berat Anda Susah Nak Turun.


1.Suka minum air manis yang banyak

Kenapa tak boleh minum air manis?sebab gula akan menyebabkan kita ketagihan.Kita akan rasa tak puas bila minum air manis.

Habis segelas nak lagi dan lagi.

Betul ke betul?




Nak tahu kenapa minum air manis berat anda susah turun?Sila baca disini.



2.Kurang tidur.

Tahukah anda salah satu tip untuk turunkan berat badan adalah tidur yang cukup.

Minimum 6 jam satu malam.

Kalau tidur anda tak cukup,berat badan akan naik secara perlahan-lahan.

Dan untuk pengetahuan anda,tidur pun boleh bakar kalori tau,so..tidurlah secukupnya.



3.Tidak bersarapan.

Anda pernah ke tak ambik sarapan sebelum ni?
Kalau ya sila berubah.

Nak kurus,anda perlu sarapan.




Dan pilihlah sarapan yang menyihatkan.

Cuba anda baca kat sini.



4.Makan terlalu cepat.

Bila makan jangan terlalu cepat atau gelojoh.Kunyahlah perlahan2 seperti saranan Rasulullah s.a.w.

Bila kita makan secara perlahan-lahan tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.



5.Kurang minum air masak

Anda tahu tak dengan minum air masak yang secukupnya,akan membantu proses penurunan berat badan anda.




Macamana nak tahu anda minum cukup ke tak air masak sehari?anda boleh rujuk di sini.



6.Makan ketika stress.

Jika anda suka amalkan tabiat ini,eloklah anda berhenti.

Ini kerana bila anda stress anda makan tak ingat dunia.Betul tak?



7.Pengambilan karbohidrat berlebihan

Sepatutnya bila anda nak turunkan berat badan anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat sebaliknya lebihkan protien.

Tapi jangan berlebihan pula,sebab terlebih protin akan menyebabkan masalah buah pinggang.



8.Makan dengan kuantiti yang banyak.

Perlu diingatkan bila nak kurus,anda perlu makan dengan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Itu lebih baik daripada makan sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.



9.Malas bersenam.

Anda malas bersenam? hmm nak kurus anda wajib bersenam.

Tak perlu pergi gym,kat rumah pun boleh.

Yang penting anda bersenam.Anda buat anda dapat.



10.Makan lewat malam.

Cuba hentikan sekiranya anda suka makan lewat malam.

Pastikan kita berhenti makan berat 3-4 jam sebelum tidur untuk kesihatan yang lebih baik.

Kalau kita perlukan rehat,perut kita pun sama.

Janganlah ketika badan kita tidur,perut kita masih bekerja untuk proses makanan yang masuk lewat kedalam perut.

kesian kan..

Lepas ni jangan makan lewat malam lagi yer.

Ok saya harap perkongsian kali ini memberi manfaat dan sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih kurus dan sihat.

Saya doakan anda berjaya turunkan berat badan anda.

Semoga jumpa lagi.Salam kurus dan sihat dari saya.

Wassalam.



SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap



Tips Kurus : Sila Tukar Saiz Pinggan Anda!!


Assalamu'alaikum.

Semoga segala urusan anda berjalan dengan lancar dan dipermudahkanNya.

Saya doakan kehidupan anda sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat Allah...aamiin.

Macamana dengan plan diet anda?berjalan lancar ker?

Ke belum mula lagi?

Lorr kata nak kurus.Anda takkan kurus tau selagi anda tak bertindak.

So,mulakan sekarang.

Sila tukar pinggan anda.

Hari ni saya nak share satu tip kurus dengan anda.

Selalunya bila makan nasi kita guna pinggan yang biasa untuk makan nasi la kan.

Apakata hari ni anda yang nak kurus cuba tukar kepada pinggan yang lebih kecil.

Sebab apa tukar? sebab ia akan dapat menipu otak kita.Nampak macam banyak tetapi sebenarnya sedikit dan ia sudah mencukupi.




Percayalah,lagi besar pinggan yang kita gunakan lagi banyak makanan yang akan kita ambil.

So,mulai sekarang sila guna pinggan yang lebih kecil yer.

Ingat,anda juga perlu difisit kalori setiap hari untuk kurus.

Macamana nak defisit kalau kita asyik ambil portion makanan yang banyak setiap hari.

Cara yang terbaik dan mudah nak kurangkan makan adalah dengan tukar aje saiz pinggan anda.

Secara psikology pun kita akan terpaksa ambik sikit.

Ok cukup untuk hari ini tip yang simple ini.

Nampak mudah tapi lebih mudah bila anda berjaya lakukannya.

Jangan baca je ok,anda perlu bertindak.

Pilihan di tangan anda.Anda yang pilih samada nak makan banyak atau nak makan sikit.

Anda yang pilih nak hidup gemuk atau nak kurus.

Saya harap anda buat pilihan yang bijak.

Disini saya ingin menjemput anda untuk join channel telegram saya untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian tentang kurus dan sihat.

Sila klik dan join http://telegram.me/jomKurusSihat


Saya doakan anda kurus dan sihat.

#JomKurusSihat
#JomKurusDariRumah
#NowEveryOneCanKurus














Nak Kurus,Salah ke Makan Nasi?


Assalamualaikum.

Saya doakan semua yang sedang membaca blog ini dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah selalu.

Salam kurus dan sihat.


Betul ke nasi yang bersalah bila kita gemuk?


Sejak kecil kita makan nasi.Hari-hari makan nasi.

Tiba-tiba nasi dipersalahkan dengan alasan makan nasi diri semakin gemuk.

Kesian nasi kan..huhu

Selepas tu kita tinggalkan nasi.Tapi untuk berapa lama?

Seminggu?sebulan?setahun?atau selama-lamanya?

Mampu ke?

Sebenarnya nasi tak bersalah dalam hal ni.

Yang bersalah orang yang makan nasi sampai tak ingat dunia..hehe

Tu masalahnya.

Kita boleh ambik nasi asalkan kita tahu kuantiti yang sepatutnya kita ambil,ditambah pula dengan sumber protein lain seperti ikan atau ayam dan sayur-sayuran.

Sebab tu la nak kurus anda perlu ada ilmu bukannya kurus sendiri secara meng'khinzir' buta je.

Dalam program neck semua peserta wajib ambik nasi dalam menu harian mereka.

Setiap hari mereka mesti makan nasi bersama lauk yang berkhasiat berpandukan kalori yang mereka kira sendiri.

Mereka perlu plan hari ini apa yang mereka nak makan esok.

So,tiada persoalan seperti seperti"nak makan apa yer lunch ni?"akan timbul sebab mereka sudah dididik dalam program neck dan mereka sudah bijak mengira kalori setiap hidangan mereka.

Apa yang boleh ambil,apa yang tak sepatutnya diambil semuanya mereka dah diajar.

Sebelum join Neck,kebanyakan mereka memang takut nak makan nasi,disebabkan fakta palsu yang dimomokkan bahawa 'makan nasi menggemukkan'.


Anda tahu tak sehingga hari ini sudah 7 batch NECK telah digraduasikan.

Semua peserta telah berjaya SIHAT&KURUS secara logik dan mudah dengan makan 5 kali sehari dan wajib makan nasi setiap hari.


Kenapa kena makan nasi?


Sebab NASI TAK BERSALAH diatas kegemukan seseorang.

Pokoknya nak kurus anda wajib ada ilmu.Anda boleh makan apa yang anda nak makan.

Segalanya jadi mudah bila anda tahu caranya.

Ok semoga tip kali ni memberi manfaat buat anda.

Sebelum tu saya nak anda tonton video ni.

Sharing daripada Tuan Faizal,Penolong Pegawai Kesihatan Negeri Perlis mengenai nasi yang tidak menggemukkan.




Saya harap lepas anda tak takut lagi nak makan nasi yer.

Makanlah secara berilmu.In sha Allah anda mampu mengubahnya.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Wassalam.


SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap



Minum Air Yang Mencukupi Membantu Proses Penurunan Berat Badan Anda!!



Assalamu'alaikum

Salam sejahtera dan salam kasihsayang saya hulurkan buat semua yang sedang melayari blog Amnurhuda.

Saya doakan anda sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Pentingnya minum air yang cukup.

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang merasa untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang.

Sebaiknya sebelum makan anda perlu meminum air masak terlebih dahulu.





Pengambilan air kosong yang mencukupi juga akan membantu sistem penghadaman kita berjalan lancar.Jadi,tak de la masalah sembelit.





Anda tahu tak? setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang 2 liter air dari badan melalui proses perkumuhan,pernafasan,dan aktiviti-aktiviti lain.

Jadi,kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses didalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman,pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat.


Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang ,selagi itu anda tidak akan mendapat berat badan yang diimpikan.

Adakah anda minum air secukupnya?

Kalau anda nak tahu keperluan air untuk tubuh badan anda,anda kena kira la yer.

Formulanya macam ni,bagi setiap 25kg berat badan anda,anda perlu minum 1 liter air.

So,kalau berat anda 100kg,anda kena minum 4 liter air sehari.

Paham ker paham?






Macamana nak pastikan anda minum air yang cukup dengan keperluan tubuh bandan anda?


Ok,anda dah tahu berapa liter badan anda perlukan air dalam sehari.

So sekarang anda perlu sukat siap2.Anda boleh guna botol air mineral je atau anda beli botol yang ada sukatan liter.

Kalau 3 liter,anda sukat 3 liter la yer.

Lepas tu,sila bawa botol air ni kemana saja anda pergi dan pastikan mudah untuk anda capai dan minum.

Percayalah,bila anda nampak botol air ni,anda akan minum air dengan cukup setiap hari.

Bila anda minum air yang cukup,barulah ia membantu anda untuk menurunkan berat badan.





Jadi,saya harap anda dah faham tentang kepentingan minum air yang secukupnya.

Dan selepas ni jangan sesekali anda kurang minum air lagi tau.

Ok,Saya harap dengan sedikit tip yang saya share hari ini memberi manfaat buat anda.

Semoga anda kurus dan sihat.

Sehingga jumpa lagi..wassalam.



SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap




5 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Jika Nak Kurus!!


Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dirahmati Allah SWT dan berjaya dunia dan akhirat.

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda 5 perkara yang anda perlu elakkan jika anda serius nak kurus atau turunkan berat badan.

5 Perkara harus dielakkan 

Masalah ramai orang selalunya "pantang" jumpa semua nak makan,betul kan?

Tapi jika anda memang nak turunkan beratkan badan ataupun memang anda sedang dalam proses berdiet,anda perlu kuat untuk elakkan atau jauhi 5 jenis makanan ini:

1.Berminyak
2.Bergoreng
3.Bersantan
4.Bergula
5.Bergaram

Mungkin dalam tempoh seminggu ,anda mampu bertahan tapi cabaran demi cabaran akan menyusul selepas itu.

Mungkin dalam sesetengah keadaan,anda tak mampu nak elakkan 5 jenis makanan ini.




Jika anda terpaksa atau teringin nak makan,ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja ok.

Lepas tu sila pecahkan dan bakar lemak yang baru anda makan tadi dengan senaman dan ambik supplemen.

Paham ke paham?

Saya tahu,bukan senang nak jauhi 5 jenis makanan diatas sebab kat mana-mana je,bila-bila masa je 5 jenis makanan ni selalu ada depan mata kita kan?

Sebab tu nak kurus anda perlu persiapkan diri dengan kekuatan mental yang tinggi.

Semoga tips hari ini sedikit sebanyak membantu anda untuk turunkan berat badan.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Wassalam.


SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap






 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution