Social Icons

Kem Anak Soleh-Permata Ayah Bonda


Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan buat pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan agar dipermudahkan segala urusan anda, hidup anda sentiasa dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah.

Cuti sekolah dah bermula.Mesti ramai yang dah plan kan samada nak pergi bercuti bersama family ataupun plan untuk hantar anak-anak menghadiri mana -mana kem.

Sebenarnya dah lama saya teringin nak hantar anak ke Kem Anak Soleh.

Alhamdulillah kali ni Allah bagi peluang ni kepada kakak untuk join.





Permata Ayah Bonda

Sebenarnya masa datang daftar hari tu cuma tulis nama dan buat bayaran.

Hari ni baru isi borang..hehe

Kami ni kira yang paling awal la sampai.

Tak ramai lagi yang datang,sebab pendaftaran bermula pukul 5 petang.

Tapi kami mai sini pukul 4? Amacam bagus ke bagus? hehe



Disebab orang pun tak ramai lagi,kami ambik keputusan untuk tinggal barang2 kakak dulu.

Sementara tu kami minta izin untuk ke masjid dulu sebab waktu asar dah masuk.

Jom kita solat dulu.

Selesai solat kami kembali semula ke perkarangan sekolah ini.

Nampaknya kereta waris2 yang datang hantar anak2 pun dah mula memenuhi ruang kawasan sekolah.




Sempat lagi berselfie sebelum tinggalkan kakak.


Mama tahu macam2 perasaan ada dalam hati kakak.

Takut,seronok,sedih semua ada kan.

Sama ja macam mama.Mama pun rasa berdebar-debar ja.

Mungkin sebab ni kali pertama kut join kem macam ni.Lagipun sebelum ni tak pernah berpisah lagi.

Tapi fikir positif ok.Mesti kakak seronok nanti dapat kawan baru.

Dapat pengalaman baru,ilmu baru.

Ok.mama balik dulu.

Hari ahad kita jumpa lagi.

Babai kakak.jaga diri sendiri ok.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution