Social Icons

Jom Tukar Ic Baru


Assalamualaikum.

Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan yang kita lakukan sepanjang hari ni.

Sebenarnya dah lama suami ajak pergi tukar ic atau kad pengenalan baru.

Tapi asyik tertangguh je..hehe

Macam-macam hal.Tapi hari ni suami ajak pergi buat juga,bila lagi kan asyik nanti la...nanti la.

Sampai bila pun tak siap kan.

Permohonan Kad Pengenalan Baru

Selepas hantar anak pergi kelas kafa,kami 4 beranak pergi Jabatan Pendaftaran Daerah Yan.

Orang tak ramai pun,biasa ja.Alhamdulillah.



Dah sampai..
 Sebenarnya ni kali pertama saya menjejakkan kaki di sini.

Masa buat Mykid Afi tahun lepas,suami sorang je datang.Time ambil pun dia sorang je.

Cantik juga kat sini...hehe

Bila sampai sini adik Afi dah terlentok..hehe



 Melangkah masuk ke dalam langkah pertama mesti la ambil tiket dulu.

Ambil dua tiket,satu saya punya satu suami punya.




 Mula2 masuk duduk kerusi belakang,bila ada orang depan dah setel urusan dan balik saya dan suami bangun kedepan pula.

Abang Kayyis ni khusyuk duk tengok sapa ntah sampai tak sedar mama dan abah tinggalkan dia.

Kami duk gelakkan je kat dia.Lama juga baru perasan mama ngan abah tak de..huhu


Baru tersedar terus bangun lari

Proses Tukar Ic  

Tak susah pun sebenarnya nak tukar ic baru ni.

Proses pun kejap je.

Langkah pertama ambil tiket dulu.

Langkah kedua tunggu nombor di panggil.

Langkah ketiga dah nombor dipanggil pergi kaunter cakap nak tukar ic baru.

Pastu bagi ic lama kat dia.Dia ambil cap jari kanan dan kiri.

Dah setel satu bab.


Langkah keempat tunggu nama di panggil pula untuk ambil gambar.

Senang kan sekarang ni,proses ambil gambar pun hanya disini.


Bila nama saya dipanggil,kebetulan nombor suami pun dipanggil juga,maka disinilah tugas abang Kayyis bermula.

Abang jaga adik jap yer..mama ngan abah kat depan tu.

Jangan risau ,dekat je.Lagipun orang tak de sangat pun.

Masih boleh dipantau.


Sayang betul abang dengan adik

Alhamdulillah memang kejap je.Syukur dipermudahkan urusan petang ni.

Dah setel pun bab nak tukar ic ni.Lagi 3 minggu boleh datang ambik.

Sementara tu bawa kertas ni je la nak pergi mana-mana.







Kat sini lambat sikit nak siap.Kalau nak cepat boleh buat kat UTC.

Kalau tak silap dalam 24 jam siap la.

Ok sapa yang belum tukar kepada ic baru tu,tunggu bila lagi.

Cepat ke lambat ke tetap kena tukar juga.

Jom pakat tukar.




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution