Social Icons

Kem Anak Soleh-Permata Ayah Bonda


Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan buat pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan agar dipermudahkan segala urusan anda, hidup anda sentiasa dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah.

Cuti sekolah dah bermula.Mesti ramai yang dah plan kan samada nak pergi bercuti bersama family ataupun plan untuk hantar anak-anak menghadiri mana -mana kem.

Sebenarnya dah lama saya teringin nak hantar anak ke Kem Anak Soleh.

Alhamdulillah kali ni Allah bagi peluang ni kepada kakak untuk join.





Permata Ayah Bonda

Sebenarnya masa datang daftar hari tu cuma tulis nama dan buat bayaran.

Hari ni baru isi borang..hehe

Kami ni kira yang paling awal la sampai.

Tak ramai lagi yang datang,sebab pendaftaran bermula pukul 5 petang.

Tapi kami mai sini pukul 4? Amacam bagus ke bagus? hehe



Disebab orang pun tak ramai lagi,kami ambik keputusan untuk tinggal barang2 kakak dulu.

Sementara tu kami minta izin untuk ke masjid dulu sebab waktu asar dah masuk.

Jom kita solat dulu.

Selesai solat kami kembali semula ke perkarangan sekolah ini.

Nampaknya kereta waris2 yang datang hantar anak2 pun dah mula memenuhi ruang kawasan sekolah.




Sempat lagi berselfie sebelum tinggalkan kakak.


Mama tahu macam2 perasaan ada dalam hati kakak.

Takut,seronok,sedih semua ada kan.

Sama ja macam mama.Mama pun rasa berdebar-debar ja.

Mungkin sebab ni kali pertama kut join kem macam ni.Lagipun sebelum ni tak pernah berpisah lagi.

Tapi fikir positif ok.Mesti kakak seronok nanti dapat kawan baru.

Dapat pengalaman baru,ilmu baru.

Ok.mama balik dulu.

Hari ahad kita jumpa lagi.

Babai kakak.jaga diri sendiri ok.


Join Channel Tip Kurus Sihat


Assalamualaikum.

Salam kasih sayang buat semua.Saya doakan anda dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.

Terima kasih buat semua yang sudi singgah di blog Amnurhuda ini.

Semoga setiap entry saya sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda semua.

Hari ni saya nak share dengan anda satu channel yang saya create baru-baru ni.

Channel ni khas untuk saya kongsikan bersama sahabat2 yang serius nak turunkan berat badan.

In sha Allah setiap hari saya akan cuba kongsikan tip2 dan juga motivasi untuk anda yang nak kurus.

Anda benci gemuk?Tapi anda gagal kurus?

Jika anda memang dah lama duk cuba turunkan berat badan tapi belum berjaya,janganlah cepat mengalah.

Mungkin ada yang tidak kena dalam diet anda.

Apa yang penting anda kena cari ilmu dan juga mentor dulu.



Ok untuk sesiapa yang berminat nak join channel kurus ni sila ikut step dibawah:

Pastikan anda ada telegram.Kalau tak de sila install dulu yer.

1.Klik link ni http://telegram.me/jomKurusSihat

2.Klik join.

Sekiranya anda gagal untuk join channel ni sila update telegram anda dulu ok.

Kemudian cuba lagi.

Sekiranya anda rasa channel ni bermanfaat buat anda ataupun rakan2,atau ahli keluarga yang lain saya jemput anda share dengan mereka link ini ok.

http://telegram.me/jomKurusSihat

Semoga bermanfaat buat semua.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Salam sayang dari saya,

Nurul,
Agen Neck
Now Every One Can Kurus
Jom kurus dari rumah
013.4420.637






Hilang 17.4kg Dalam 2 Bulan



Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan buat pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan agar dipermudahkan segala urusan anda, hidup anda sentiasa dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah.

Hari ini ada satu testimoni dari peserta program NECK yang saya nak share dengan anda.




Hilang 17.4kg dalam 2 bulan

Akak ni join Program NECK pada 1 September 2015 dengan berat 65kg.

Selepas 2 bulan. Pada 30 Oktober 2015 berat dah turun sebanyak 17.4kg kepada 47.6kg.

Alhamdulillah.

Anda jangan tak percaya yer..

Akak ni :

i. Makan 5 kali sehari.
ii. Makan nasi setiap hari
iii. Bersenam hanya dari rumah.

Siap berpurdah lagi kan......

Dalam NECK, kami ajarkan cara untuk para peserta turunkan berat badan dengan pantas.

CUMANYA....

Result bergantung kepada individu itu sendiri.




Mereka yang berikan full komitmen. Akan dapat result yang SUPERB and amazing.

Mereka yang main main, akan dapat result yang main main.

So... Betul tak nama NECK tu sendiri.

NECK = Now Everyone Can Kurus.

Dah tak ada alasan untuk anda tak kurus.

Sertai Program NECK Batch 11 yang akan bermula pada 5 Disember 2015 nanti.

Untuk info lanjut anda boleh hubungi saya melalui watsap atau telegram 013-4420637(Nurul).

Saya doakan anda kurus dan sihat.


SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap










Jom Tukar Ic Baru


Assalamualaikum.

Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan yang kita lakukan sepanjang hari ni.

Sebenarnya dah lama suami ajak pergi tukar ic atau kad pengenalan baru.

Tapi asyik tertangguh je..hehe

Macam-macam hal.Tapi hari ni suami ajak pergi buat juga,bila lagi kan asyik nanti la...nanti la.

Sampai bila pun tak siap kan.

Permohonan Kad Pengenalan Baru

Selepas hantar anak pergi kelas kafa,kami 4 beranak pergi Jabatan Pendaftaran Daerah Yan.

Orang tak ramai pun,biasa ja.Alhamdulillah.



Dah sampai..
 Sebenarnya ni kali pertama saya menjejakkan kaki di sini.

Masa buat Mykid Afi tahun lepas,suami sorang je datang.Time ambil pun dia sorang je.

Cantik juga kat sini...hehe

Bila sampai sini adik Afi dah terlentok..hehe



 Melangkah masuk ke dalam langkah pertama mesti la ambil tiket dulu.

Ambil dua tiket,satu saya punya satu suami punya.




 Mula2 masuk duduk kerusi belakang,bila ada orang depan dah setel urusan dan balik saya dan suami bangun kedepan pula.

Abang Kayyis ni khusyuk duk tengok sapa ntah sampai tak sedar mama dan abah tinggalkan dia.

Kami duk gelakkan je kat dia.Lama juga baru perasan mama ngan abah tak de..huhu


Baru tersedar terus bangun lari

Proses Tukar Ic  

Tak susah pun sebenarnya nak tukar ic baru ni.

Proses pun kejap je.

Langkah pertama ambil tiket dulu.

Langkah kedua tunggu nombor di panggil.

Langkah ketiga dah nombor dipanggil pergi kaunter cakap nak tukar ic baru.

Pastu bagi ic lama kat dia.Dia ambil cap jari kanan dan kiri.

Dah setel satu bab.


Langkah keempat tunggu nama di panggil pula untuk ambil gambar.

Senang kan sekarang ni,proses ambil gambar pun hanya disini.


Bila nama saya dipanggil,kebetulan nombor suami pun dipanggil juga,maka disinilah tugas abang Kayyis bermula.

Abang jaga adik jap yer..mama ngan abah kat depan tu.

Jangan risau ,dekat je.Lagipun orang tak de sangat pun.

Masih boleh dipantau.


Sayang betul abang dengan adik

Alhamdulillah memang kejap je.Syukur dipermudahkan urusan petang ni.

Dah setel pun bab nak tukar ic ni.Lagi 3 minggu boleh datang ambik.

Sementara tu bawa kertas ni je la nak pergi mana-mana.







Kat sini lambat sikit nak siap.Kalau nak cepat boleh buat kat UTC.

Kalau tak silap dalam 24 jam siap la.

Ok sapa yang belum tukar kepada ic baru tu,tunggu bila lagi.

Cepat ke lambat ke tetap kena tukar juga.

Jom pakat tukar.




 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution