Social Icons

Nasi Himpit Kuah Kacang Parpu Resepi Mak


Assalamu'alaikum.

Salam hari minggu.Saya doakan semuanya sihat disamping keluarga tercinta.

Semoga anda bahagia dan dilimpahi rahmat Allah selalu.

Hari ni saya nak share dengan anda terutamanya kaum ibu-ibu yang rajin memasak.

Saya tahu semua ibu pasti rajin memasak biarpun masakan yang simple2 je.

Yang penting makanan yang berkhasiat dan memenuhi selera keluarga anda.

Hari ni ayah saya nak saya buatkan satu resepi dari arwah mak yang mana resepi ni tak pernah kami tinggalkan setiap kali menyambut hari raya.

Wajib buat! 

Resepi ni mengingatkan saya pada arwah mak.
Al fatihah buat arwah mak.

Semoga mak damai di sana.

Jom saya share resepi ni,kalau teringin sila la buat,In sha Allah dijamin sedap.


Nasi himpit kuah kacang parpu



Bahan-bahannya

Nasi himpit -rebus hingga masak

Kacang parpu lebih kurang 500g - rendam dulu.

Udang kecil/daging

1 biji kelapa-diambil santannya

17 biji cabai kering*
10 biji cilipadi*
halia*
lengkuas*
bawang merah*
bawang putih*
6 batang serai*
belacan*


Sedikit suhun (jangan letak banyak,nanti kering kuah diserapnya.Tak letak pun boleh)

garam,gula secukup rasa
Sedikit perisa Hilal.
1 keping asam gelugor.
Sedikit serbuk kunyit.


Cara2nya:

1.Blender semua bahan bertanda *

2.Panaskan sedikit minyak,kemudian masukkan bahan yang di blender tadi.

3.Kemudian masukkan kacang parpu yang telah pun direndam 2,3 jam sebelum tu.

4.Bila kacang dah hampir empuk,masukkan udang kecil/daging.Kacau lagi.

5.Masukkan santan,serbuk kunyit,garam, gula dan juga sedikit perencah hilal.

6.Masukkan suhun.

7.Masukkan 1 keping asam keping(gelugor)

8.Jangan lupa rasa.Biar secukup rasa.

9.Biarkan mendidih sekejap,kemudian tutup api.

Ok dah siap,tunggu apa lagi jomm makan.

nyum nyum sedapnyer.




Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi selera baru buat anda yang tak biasa makan nasi himpit seperti ini.

Jom cuba!Kalau dah cuba dan sedap bagitau yer,kalau tak sedap diam-diam dah ler...hihi

Ada ler yang terkurang tu.Tak pe,tak salah mencuba.

Tak cuba camna nak tahu kan?

Ok sehingga berjumpa lagi.

Wassalam. 







Nak Kurus Sila Jauhi Gula!!



Assalamu'alaikum.

Salam kasih sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Hari ni saya nak share sesuatu dengan anda.

Ianya tentang gula dan proses turunkan berat badan.

Gula dan minuman anda

Cuba tengok minuman kat bawah ni.Banyak tak gula dalam setiap minuman ni.




Haa sebab tu la ramai orang susah nak turunkan berat badan.

Sebab tu la ramai orang senang jadi gemuk.

Suka sangat minum minuman tak berkhasiat..kan kan..

Haa lepas ni belajar minum air kosong plak yer.

Nak kurus sila jauhi gula




Sebenarnya gula tidak bagus kalau kita nak turunkan berat badan.Tapi sejauh mana gula ini perlu dijauhkan?

Gula ada dalam kebanyakan makanan asas kita seperti buah dan sayur.

Jadi ,isu tak cukup gula dalam badan tak sepatutnya timbul.

Untuk pengetahuan anda,rakyat Malaysia merupakan antara pengguna gula yang tertinggi di Asia.

Sebab itulah kalau kita tengok,ramai rakyat Malaysia yang bambam.

Apakah anda juga termasuk dalam kategori ini?

Mengapa anda tidak digalakkan mengambil minuman bergula.


1. Gula menyebabkan kita ketagihan untuk makan. Bila kita makan gula, ia akan menyebabkan insulin lebih banyak dihasilkan dalam badan kita. 

Kesannya, otak kita akan diransang untuk mencari makan bergula lagi dan lagi dan lagi.

Contohnya, kalau kita makan air manis.
Perasan tak kita rasa macam tak puas. Dah minum kita nak minum lagi. 

Dah habis gelas kedua, kita rasa macam nak minum lagi.

Contoh lain, kalau lepas bersenam kita ‘dimomokkan’ untuk ambil 100Plus. 

Sedangkan minuman ini bergula. Betul tak, kita boleh minum air ini dengan lebih banyak berbanding kalau kita minum air kosong.

Sebab apa? Otak kita akan teransang untuk mahu lagi dan lagi dan tidak rasa puas bila kita minum atau makan makanan bergula.

Nak bagi anda lagi senang faham, cuba makan kerepek yang kita beli di kedai. Untuk pengetahuan anda, kerepek itu ada gula dan MSG. Betulkan, kita makan dan tak boleh nak berhenti.

Kita terasa macam nak makan sampai habis.

Kalau tak habis, lagi tu lah kena makan. Bila dah habis baru rasa puas. Betul tak?

Ha.. itulah penangan gula dalam makanan dan minuman.

2. Bila kita makan makanan atau minuman bergula, ia akan ditukarkan dalam bentuk Glycogen dalam badan kita. 

Untuk pengetahuan anda, sumber tenaga dari badan kita akan diambil dari Glycogen dahulu. Selepas Glycogen dah habis, barulah dibakar lemak lemak dalam badan kita.

So, bila kita ambil makanan atau minuman bergula, kandungan Glycogen dalam badan kita meningkat dan kesannya.

Kita bersenam banyak, tapi tak kurus kurus. Rupa rupanya, yang dibakar adalah lebihan Glycogen dalam badan. Bukannya lemak dari badan.

Sebab itulah, mengapa pakar diet cakap. Kalau nak kurus, mesti jauhi gula.

Ok,selepas ni nak minum minuman bergula kena fikir 1000 kali la yer.

Utamakan air kosong,lagi bagus lagi jimat..hehe

Anda mampu mengubahnya.

Yang penting nak kurus wajib ada ilmu,baru la jadi.

Saya harap perkongsian kali ini memberi manfaat buat kita bersama.

Jumpa lagi.

Wassalam.



SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap








WAJIB BACA!! CARA BAGI SALAM YANG BETUL DALAM SOLAT!!


Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang  sudi singgah dan baca di blog Amnurhuda ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Lamanya blog ni terbiar bersawang..hehe

Bersalahnya saya pada diri sendiri sebab sebelum ni niat dihati nak update blog kalau boleh hari-hari.

Alhamdulillah hari ni Allah bagi saya peluang sekali lagi berkongsi sesuatu di laman ini.

Semoga apa yang saya kongsikan memberi manfaat bersama buat kita.

Betulkah salam kita dalam solat?

Setiap hari kita solat lima waktu.

Namun adakah kita yakin apa yang kita lakukan dalam solat sudah betul dan menepati syarat2 dan hukum solat?

Mungkin kita betul,namun tanpa kita sedari kadangkala ada juga kesilapan kecil yang kita lakukan.

Bukan kita sengaja tapi mungkin disebabkan kita kekurangan ilmu.

Saya sendiri mengaku diri ini masih kekurangan ilmu dan masih banyak harus diperbaiki.

Cara memberi salam dengan betul

Hari ni saya nak share cara bagi salam yang betul yang sepatutnya kita semua tahu dan amalkan dalam solat seharian.

Kalau anda selalu solat berjamaah dimasjid,anda pasti sudah biasa dengan pelbagai gaya memberi salam sesudah tahyat akhir.

Macam-macam gaya kan..ntah la yang mana satu yang betul.

Sekarang jom kita sama2 tonton video ni.

Kita belajar sama-sama.

Kita perbetulkan mana yang silap,kita perelokkan mana yang kurang elok.

Semoga video ni memberi manfaat buat anda semua.

video


Ok dah tonton kan?Macammana?

Adakah sama dengan apa yang kita lakukan selama ni?

Sesungguhnya ilmu Allah tak pernah habis untuk dipelajari.

Dan semakin banyak yang kita belajar semakin banyak yang kita akan dapat.

Saat itu kita akan sedar banyaknya ilmu yang belum dipelajari.

Jom perelokkan solat kita.

Bukankah solat itu tiang agama?

Makanya mestilah kukuh kan,jangan dibiar goyang.

Jika anda rasa perkongsian saya ini bermanfaat,janganlah segan untuk share kepada ramai lagi sahabat kita di luar sana.

Semoga perkongsian yang sedikit ini menjadi pencen kubur buat kita di sana.

Wassalam.






 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution