Social Icons

Satu peringatan yang takkan di lupakan.


Assalamu'alaikum

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.Saya doakan anda semua di lindungi dan di rahmati Allah selalu.

Sebenarnya saya tak nak cerita kisah ni di sini,tapi bila difikirkan biarlah kisah ini saya kongsikan agar ianya menjadi peringatan buat kita semua.



Jemputan Kenduri Kahwin


Baru-baru ni (hari ahad 7/6/15)ayah mendapat jemputan perkahwinan disebuah kampung di Merbuk,Kedah.

Sepatutnya saya ,suami,ayah serta anak2 pergi bersama-sama makan  kenduri ni.

Tapi tiba-tiba saya rasa malas nak pergi ditambah pula Afi sedang tidur,dengan cuaca yang agak panas.Saya pun mengantuk sebenarnya.

Bila saya tak nak pergi,kakak dan angah juga tak nak pergi.

Jadi,hanya ayah,suami dan abang Kayyis je la yang pergi makan kenduri ni.




Abang Kayyis ni sebenarnya dah mengantuk tu tapi semangat nak pergi makan kenduri punya pasal,ditahannya rasa mengantuk tu.

Akhirnya dia terlena didalam kereta.


Terlupa

Bila sampai je tempat kenduri,suami terus parking kereta di bawah sepohon pokok.

Tak tahu macamana boleh terlupa akan abang Kayyis yang sedang tidur ditempat duduk belakang.

Suami dan ayah terus menuju ke rumah kenduri tinggalkan kereta yang berkunci dan abang Kayyis ada didalamnya.

Sehingga hampir selesai makan baru suami teringatkan abang Kayyis.

Itupun sebab tengok lauk daging kegemarannya.

Apalagi melompat bangun suami meninggalkan nasi yang hanya tinggal sesuap dua lagi berlari menuju ke kereta.

Abang Kayyis dilihat masih tidur nyenyak.


Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya.


Syukur alhamdulillah abang Kayyis masih bernyawa setelah ditinggalkan lebih kurang 20 minit.

Terkejut saya bila suami balik terus cerita hal ni.

Seperti tenang je mendengar suami bercerita tapi dalam hati Allah saja yang tahu.

Syukur padaMu ya Allah kerana masih memberi peluang ini kepadaku dan suami untuk menjaga amanahMu.

Mungkin juga sebagai satu peringatan agar menjaga amanah ini dengan lebih baik.

Terlalu takut hati ini untuk membayangkan.

Apa yang berlaku ini amat terkesan dihati saya.

Hanya Allah yang tahu.

Sebelum ni sudah banyak kes berlaku macam ni yang selalu kita dengar dan baca.

Kali ini saya merasainya.Saya hampir kehilangannya.

Syukur sangat-sangat Allah masih bagi peluang ni kepada saya dan suami untuk bersama anugerah Allah yang terindah ini.

Semoga apa yang terjadi kepada saya dan suami tidak akan berlaku lagi kepada sapa-sapa pun.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua terutamanya diri saya sendiri.

Dan keadaan ni selalunya berlaku bila anak bersendirian di tempat duduk belakang dan anak tertidur.

Mungkin ini juga merupakan ujian Allah buat saya dan suami.

Semoga saya dan suami lebih berhati-hati selepas ini.

dan saya harap anda semua dapat ambik ikhtibar dari kisah ini.

Apapun kita hanya mampu merancang dan berusaha,Allah jua la yang menentukan segalanya.

Wallahua'lam.






0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution