Social Icons

Alhamdulillah...Terlalu Banyak Untuk Di syukuri.


Assalamu'alaikum.

Salam sejahtera buat semua yang membaca blog ini.

Saya doakan anda sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.

Saya tak tahu camna nak mulakan,rasanya 2,3 hari macam2 yang berlaku dalam hidup saya.

Dan yang pastinya saya harus lebih bersyukur kepada Allah kerana memelihara kami sekeluarga daripada sebarang musibah.

Saya nak kongsikan tiga kejadian yang berlaku dan saya amat2 bersyukur kerana semuanya selamat.

Alhamdulillah kami dalam lindungan Allah.


Tertinggal anak dalam kereta berkunci

Hari Ahad lepas,apa yang berlaku cukup membuatkan hati saya dilanda tsunami.

Syukur Allah masih beri kesempatan buat saya dan suami.

Anda boleh baca kisah tersebut di sini.



Terlupa tutup tingkap

Pada hari yang sama,saya juga terlupa nak tutup tingkap di bahagian atas rumah.

Saya hanya sedar keesokan paginya bila saya sedang membuka tingkap di bahagian bawah rumah.

Ya Allah syukur tak de tetamu yang tak diundang semalam.




Ada yang bersembunyi 

Pada sebelah petangnya pula saya dikejutkan angah yang kecoh katanya nampak ular kat bahagian dapur rumah.

Lorr ada juga tetamu tak diundang yang masuk kedalam rumah,tapi bukan ikut tingkap la.

Saya bingkas bangun kedapur tapi saya tak nampak pun.

Habis satu dapur suami dan ayah selongkar mencari tapi tak jumpa pun.

Saya pula asyik tanya angah betui ka?dari apa yang dia cerita tu memang betul la apa yang dia nampak.

Saya mula tak sedap hati.Gelisah..

Semalaman pun berlalu...

Hari ini saya melakukan rutin seperti biasa,dan kebanyakan kerja saya adalah didapur.

Saya dah lupa pasal kisah kelmarin.Lagipun semalam kami beramai2 makan malam bersama kakak dan adik saya.

Tak de apa yang berlaku,saya tak tahu pun samaada betul2 ada tetamu tak diundang yang dimaksudkan angah kelmarin.

Hampir maghrib akhirnya Allah tunjukkan kepada saya tetamu tersebut didapur.

Sekali lagi terasa bergegar badan saya.Saya takut.

Tapi saya tetap berdiri di situ.Kali ni saya tak nak dia hilang dari pandangan macam kelmarin.

Saya tunggu ayah keluar dari bilik air.Suami saya pergi kerja.

Saya risau ayah sorang.Saya keluar minta bantuan.

Alhamdulillah ada jiran datang membantu.

Tetamu tersebut berjaya disingkirkan.

Sekali lagi saya mengucap syukur panjang kerana Allah pelihara saya sekeluarga.

Tapi saya masih fobia.

In sha Allah Saya cuba tenangkan hati ini.

Allah kan ada. 

Semoga kami sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t

Itulah antara doa saya setiap hari.



Pesanan saya disini bersyukur la setiap saat kerana ada saja nikmat yang Allah kurniakan kepada kita samaada kita sedar atau tak sedar.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah



Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya.





0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution