Social Icons

Adusss...Beli Jam Tak Der Bateri??


Assalamu'alaikum.

Salam sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan anda kaya dan berjaya,serta dipermudahkan segala urusan.

Jam tangan buat anak-anak.

Sebenarnya tempohari masa balik kelantan,sempat belikan anak-anak sorang satu jam tangan.

Masa tu kami bawa mek pergi jalan-jalan kat Kota Bharu.

Saja je singgah Giant Kota Bharu.

Terjumpa pula kedai jam tangan,apalagi memang pucuk dicita ulam mendatang la .

Memang menjadi sasaran anak-anak la.

Akhirnya berjaya la dapat sorang satu jam...hehe suka sangat la.

Jam angah yang takder bateri pastu jarum minit pula rosak.

Pilihan kakak

abang pilih yang ni.


Tapi kesian Angah,naik je kereta baru perasan jam tangannya tak berjalan.

Ketuk punya ketuk tak jalan juga.Akhirnya buka tengok bateri tak de.

Jam kakak dan abang ok jer.Macamana jam Angah Tak de bateri pula.

Selalunya waktu buat bayaran,pekerja kedai tersebut akan cek dulu kan..kali ni saya sendiri tak perasan sebab saya bagi anak bayar sendiri.

Nak patah balik ke kedai tu pun,parking dah la susah.

Tak pe la,nanti kita beli bateri lain..

Dalam perjalanan kami singgah beli bateri baru,tapi memang bukan rezeki Angah jam tu agaknya,jarum minit jam tersebut plak rosak.

Tak pe la,nanti kita beli jam lain...sekali lagi saya dan suami memujuk angah.

Cari jam untuk Angah.

Hari ni suami ajak pergi Mydin sebab kat situ banyak pilihan jam dan lebih murah.

Lagipun kami memang bercadang nak keluar shoping sedikit barang dapur.

Jadi saya setuju je..hehe.

Maka kami pun pergi la Mydin.




Masuk je Mydin terus tuju ke sasaran.

Mula la rambang mata Angah tak tahu nak memilih yang mana satu.




Pegang yang itu,pegang yang ini..kakak dan abang pun tumpang sekaki tolong buat pilihan.


Abang pun semangat memilih,nasib baik tak minta lagi satu

Yang ni ok tak?


Saya tengok je gelagat mereka memilih.Biarlah mereka buat keputusan sendiri.


Sambil melayan Afi,adik nak jam juga ke


Tapi tiap yang angah pegang,dia tanya pendapat saya dulu.

Bila saya cakap tak sesuai,nombor kecik sangat la.Dia letak balik pastu pegang yang lain pula.

Saya bagitau dia,nak beli jam beli la yang senang nak tengok,jangan beli yang nombor kecik2 sangat,nanti tak nampak pula.

Akhirnya dia buat pilihan,dah dapat satu.

Dah siap shoping,jom kita pergi bayar..

Bateri??

Angah memang beringat.Sebelum ni beli jam tak de bateri.

Kali ni siap dia tanya lagi masa kat kaunter bayaran.

Saya pun tak tengok samaada jam tu jalan ke tak.Rupanya jam yang dia pilih tu tak jalan.Patut la dia tanya bateri.

Kalau tak, beli jam tak der bateri sekali lagi la hari ni..huhu

Bila jam tu ternyata tak beroperasi,cashier tu pun minta tolong kawannya untuk pergi tukar dengan yang lain tapi yang dibawanya Angah pula tak berkenan.

Maka terpaksalah dia bawa Angah untuk masuk kedalam semula untuk pilih jam sekali lagi.

Saya tunggu kat cashier je.Suami pula dah ada kat luar sambil dukung Afi.

Alhamdulillah akhirnya selesai juga masalah Angah.

Dah dapat jam yang ada bateri dan berjalan dengan baik.
Inilah jam baru angah.

Boleh la balik dengan senang hati yer.

Pesanan saya buat anda yang sedang membaca entry ni,lain kali kalau nak beli jam pastikan jam yang anda pilih tu ada bateri dan berjalan dengan baik.

Lagi satu bila beli jam pakai terus kat kedai tu,kalau tak muat dengan tangan anda senang sikit,boleh bagi tuan kedai buat lubang tambahan terus.

Dah jom balik,masing-masing dah ada jam,jangan gaduh-gaduh lagi.


 Alhamdulillah.




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution