Social Icons

Shaklee Sekadar Produk Picisan..???


Assalamu'alaikum.

Salam sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan anda semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah S.w.T.

Semoga segala urusan anda hari ini dipermudahkanNya.



Shaklee Produk Picisan..!!!


Shaklee bukan Produk Picisan..! Tapi merupakan satu produk yang dengan izin Allah di asaskan oleh seorang manusia hebat 100 tahun dahulu yang mampu berfikir Luar Biasa untuk kehidupan masyarakat 100 tahun kehadapan hari ini..! Dr Forrest Clell Shaklee..!


Siapa Dr Forrest Clell Shaklee..?



Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa.

Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering).

Doktor meramalkan beliau boleh hidup sehingga berumur 8 tahun sahaja.

Disebabkan penyakit beliau,keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar.

Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal.

Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner

Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’.

Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropracticcare.

Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer.


Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal.

Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.


Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian kali ini.

Semoga bermanfaat.

Wallahu a'lam.




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution