Social Icons

9 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Keguguran Rambut Selepas Bersalin


Assalamu'alaikum.

Salam kasih sayang buat semua yang mengunjungi blog Amnurhuda.

Saya doakan anda semua sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

Hari ini saya nak share dengan anda 9 perkara yang anda terutamanya ibu-ibu yang baru bersalin patut tahu tentang masalah keguguran rambut.

Sebelum tu tahniah dan selamat berpantang saya ucapkan buat semua ibu baru bersalin dan sedang berpantang.

Memang kebanyakan wanita akan mengalami masalah rambut gugur dan kebanyakan masalah ini  terjadi selepas mereka  melahirkan.

Selalunya wanita menyimpan rambut yang panjang agar senang untuk membuat sanggul ketika berpantang.

Rambut yang panjang akan membuatkan kita lebih mudah perasan tentang masalah keguguran rambut ini terutamanya ketika bangun tidur,ketika sikat rambut dan ketika mandi.


Jom kita tengok 9 perkara yang anda perlu tahu tentang masalah ini:

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. 

Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa Anda perlu lakukan?

1.Anda tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

2.Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

3.Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

4.Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam

Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum

Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. 

Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. 

Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge

Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. 

Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau

Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
 
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. 

Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon

Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan

merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Kredit to:Majalah Pa&Ma

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian kali ini.

Semoga ianya memberi manfaat buat kita bersama.

Saya juga ada berkongsi tentang masalah keguguran rambut yang pernah saya alami dan cara saya mengatasi masalah ini.Anda boleh baca disini Atasi Masalah rambut gugur(sila klik).

Ok sehingga berjumpa lagi.

Wallahua'lam.


---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution










0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution