Social Icons

Satu Cara Selamatkan Nasi Sejuk Dari Pembaziran!!


Assalamu'alaikum...

Salam Jumaat buat semua.Semoga segala urusan anda hari ini di permudahkan dan diberkati Allah.

Saya nak tanya kalian,selalunya kalau ada nasi yang lebih dimakan malam tadi,kalian buat apa dengan nasi tu?

Biasanyer goreng je la kan buat sarapan pagi ni.Ataupun kalau rajin boleh juga buat apam nasi kan,sedap tu makan dengan kelapa parut pula.Memang sedap.

Atau malas nak goreng,nak buat apam lagi malas,hmm tak leh kata apa dah ler.

Samaada terbiar begitu saja atau boleh panaskan untuk makan tengahari.

Terpulang kepada individu dengan cara masing-masing sebab ada orang tak suka nasi perangat-perangat ni.

Hari ni saya nak share dengan kalian cara saya memanfaatkan nasi sejuk.

Saya buat 'jemput-jemput nasi sejuk'.

Simple jer,tapi sedap.Kalian boleh cuba sendiri.

Ini cara saya buat dan ikut sukatan saya.

Jemput-jemput nasi sejuk

2 senduk nasi sejuk (blender + air)
4 senduk tepung gandum
1 st garam
3 sb gula

Campurkan semuanya.Bancuh bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair..agak-agak ler yer.




Janji boleh jemput-jemput masa  menggoreng nanti,kalau tak boleh jemput pakai sudu  la nampak gayanya..hehe

Memang simple kan.Saya percaya semua orang boleh buat.

Ala tak semestinya untuk sarapan,time lapar-lapar tu,tak tahu nak makan apa..ha boleh la buat.

Nak lagi cepat bancuh la lebih sikit,pahtu simpan dalam peti.

Bila lapar terus goreng.Makan time panas lagi best!

Sekian perkongsian saya hari ni.

Terima kasih kerana membaca.Semoga bermanfaat.

Biar simple,janji sedap dan mengenyangkan.

Lebih baik dari makan jajan kan..

Ok jumpa lagi...SELAMAT MENCUBA!!!


~Nurul~
Percaya Sebelum Berjaya.



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution