Social Icons

February..Hepi Bestday To My Family!!


Assalamualaikum...

Salam sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Maafkan saya sebab dah lama tak update blog ni,rindu sangat nak menaip tapi disebabkan laptop saya tiba2 kurang sihat,terpaksa la saya bercuti sekejap...hihi.

Alhamdulillah,laptop semakin pulih setelah dirawat oleh En suami.Terima kasih abah..

Doakan semoga laptop saya ni panjang umur yer,dapat la saya berkongsi cerita selalu.

Setiap tahun di bulan February kami sekeluarga akan mengadakan satu majlis untuk meraikan sambutan ulangtahun kelahiran ayah bersama anak-anak dan cucu cicit.

Hari lahir ayah jatuh pada 14 february.Disebabkan dalam keluarga kami ramai yang lahir di bulan February,maka kami mengambil keputusan untuk menyambutnya setiap tahun bersama-sama.

Jadi kami akan pilih satu tarikh di bulan February yang mana semua orang dapat meluangkan masa untuk balik kampung dan meraikan bersama.

Tahun ni kami pilih 19 February untuk bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis ini.

Mesti la best..masa ni la nak berkumpul beramai-ramai.

Dan yang pastinya niat kami untuk melihat ayah gembira di hujung usianya.

Majlis tahun ni kami gabungkan sekali dengan majlis tahlil untuk arwah emak yang telah pergi 12 tahun lalu dan juga arwah makcik yang baru bulan lepas meninggalkan kami.

Semoga mereka damai di sana.Alfatihah.

Kami adakan majlis tahlil di sebelah pagi manakala majlis potong kek untuk sambutan hari lahir di sebelah petang.
 
Jom layan sedikit kenangan di sekitar majlis,tak sempat nak snap banyak-banyak sebab sibuk sikit..hehe

Hepi bestday semua.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Pulut kuning special buat ayah





Ini kakak yang sulong,masih nampak muda dari umur.awet muda..hehe

Ini kakak ipar sulong

Selesai majlis tahlil..jemput makan yer

 

 Dan diakhir majlis dapat hadiah plak..hehe ikhlas dari kakak ipar.
botol air free..

Nak suruh minum air banyak-banyak le ni.

Thank you kak.Semoga bertambah murah rezeki.

Ok sehingga jumpa lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam.





0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution