Social Icons

Formula Mudah Susun Buku Sekolah Anak Yang Ibubapa Wajib Tahu


Assalamu'alaikum...

Semoga semua pembaca blog Amnurhuda sihat dan ceria selalu.Semoga kita sentiasa lebih baik dari semalam.

Kredit untuk tuan punya idea.


Kali pertama saya terpandang post ni dan saya baca,dalam hati terus berkata.."ok juga kan..buat macam ni.Lebih mudah untuk anak-anak kelas jadual."

Susahnya nak kelas jadual...

Tahun lepas dua orang anak saya bersekolah dalam darjah 4 dan sorang lagi darjah 2.

Yang kakak ni kalau kelas jadual punya la lama.Kalau dia kelas jadual di waktu pagi mesti saya membebel..hehe.

Lama sangat,apa yang dibeleknya ntah la.Kadang-kadang saya yang tolong kelaskan tapi ada saja pula buku yang saya tak masukkan..huhu

Yang adik plak,lagi senang dia angkut semua buku ke sekolah.Tak payah kelas jadual dah.

Mana boleh macam tu,kesian la pula berat beg hari-hari.Jadi saya tolong kelaskan,tapi kadang-kadang saya sendiri tak sempat.Kadang-kadang terlupa pun ada juga.

Tahun ni masing-masing sudah masuk darjah 5 dan 3.Tambah sorang lagi masuk PASTI.

Yang PASTI ok la tak de kelas jadual.yang kakak-kakak ni buku pun semakin bertambah,semakin lama la duk kelas jadual nanti.

Alhamdulillah dengan idea diatas pastinya banyak membantu bukan saja saya malah ibu-ibu lain juga..kan...kan..

Terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya idea ni kerana sudi berkongsi.Sangat bermanfaat!!

Projek bermula

Sebenarnya minggu lepas lagi saya nak mula buat projek ni,tapi tergendala di sebabkan jadual sekolah yang belum tetap.

so,saya tunggu dulu sehingga cikgu bagi jadual baru.

Dan projek pun bermula...

Mula-mula suruh suami belikan sticker dulu,kena ada 5 warna la yer untuk 5 hari.



Saya minta kakak dan angah pilih warna untuk setiap hari dan warna yang di pilih adalah :

Kuning - untuk hari Ahad
Oren   - untuk hari Isnin
Hijau  - untuk hari Selasa
Merah  - untuk hari Rabu
Biru tua - untuk hari Khamis



Dah pilih warna,maka proses melekatkan sticker di semua buku pun bermula.

Sambil melekat sticker sambil saya menerangkan macammana nak mengelas jadual.



Contohnya untuk jadual hari ahad(warna kuning),maka pilih jer semua buku yang ada sticker warna kuning.Sama juga la dengan hari-hari yang lain.

Lebih mudah kan,kalau ingat warna dan hari lagi senang tak payah tengok jadual dah..hehe.

Alhamdulillah dah selesai satu projek mempermudahkan anak-anak dan juga ibubapa.

Jadi tahun ni kalau saya nak pantau buku-buku yang dibawa pun senang la kan..tengok warna jer,dah tahu patut bawa ke tak.

Ok terima kasih kerana sudi membaca perkongsian kali ini.

Saya sekadar memanjangkan idea dari sahabat kita ini dan semoga ianya memberi manfaat kepada lebih ramai lagi terutamanya ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. 

Sekiranya anda rasa idea ini bagus dan harus dipraktikkan,jangan segan untuk  share dengan lebih ramai lagi sahabat kita yang mungkin belum tahu.

Sama-sama kita memberi manfaat.Semoga hidup kita lebih di berkati.

Sehingga jumpa lagi.

Wassalam. 

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution





0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution