Social Icons

Manfaat Susu Ibu kepada Bayi dan Ibu


Assalamu'alaikum...

Salam sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Entry kali ini khas buat bakal ibu dan ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi.

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.

Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur 6 bulan.

Ibu-ibu tahu tak kenapa kita digalakkan untuk memberi hanya susu ibu kepada bayi kita?



Pastinya banyak kebaikan dan manfaat yang kita perolehi daripada penyusuan ini.

Jom kita tengok,apa yang kita sebagai ibu dapat dan apa yang baby kita dapat dengan penyusuan susu ibu. 

Manfaat Untuk bayi

1.Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda.

2.Melindungi bayi anda dari jangkitan.

3.Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi.

4.Mengurangkan risiko alahan kepada bayi

5.Mengurangkan risiko JUVENILE-ONSET DIABETES

6.Mudah dihadam

7.Mengurangkan risiko obesiti dewasa dan dilewat usia.

8.Sedia diminum dan sentiasa menepati keperluan bayi. 

Manfaat untuk ibu

1.Membantu pengecutan rahim,mengelakkan anemia dan tumpah darah.

2.Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari

3.Membantu menurunkan berat badan ketika hamil dengan gabungan penjagaan diet dan senaman.

4.Menjarakkan kehamilan

5.Mengeratkan kasihsayang antara ibu dan anak.

6.Menjimatkan perbelanjaan keluarga.


Okay saya harap entry kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita bersama. 

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah dengan penyusuan susu ibu akibat kekurangan susu atau susu yang cair boleh lah mencuba Set Menyusu Shaklee.

Saya sendiri sudah pun sudah berazam sejak di awal kandungan lagi untuk menyusu sepenuhnya baby saya dengan susu ibu.

Ahmad 'Afi

Semoga dipermudahkan.Saya doakan semua ibu-ibu kat luar sana juga dipermudahkan segala urusan dan berjaya menyusu sepenuhnya baby anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi boleh baca kat sini SET MENYUSU SHAKLEE(Sila klik).

Anda juga boleh baca di sini tentang kebaikan susu ibu. 

So...rugi sangat sapa-sapa yang dengan sengaja tak nak menyusui babynya.

Berusahalah memberi yang terbaik buat baby kita.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.




Jumpa lagi di lain entry.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution