Social Icons

Apa itu Kolostrum??


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah hari ni dapat menyambung untuk berkongsi tentang penyusuan lagi..hehe maklum la sekarang duk dalam pantang dan menyusu,so apa salahnya kita berkongsi info kan?

Hari ni saya nak berkongsi sedikit info tentang Kolostrum dan juga penyusuan.
 
Kepentingan memulakan penyusuan awal

Sejurus selepas bayi dilahirkan,ibu akan diberi peluang untuk menyusukan bayi buat kali pertama. Ini akan merangsang penghasilan dan pengaliran susu yang lebih cepat.



Penyusuan lebih awal amat penting untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Keadaan ini dapat memastikan bayi mendapat kolostrum yang cukup dan dapat mengelak masalah bengkak payudara.

Lagipun dengan penyusuan dapat membantu menggalak pengecutan rahim dan mengelak tumpah darah.


Apa Itu Kolostrum


Kolostrum ialah susu yang pekat,melekit dan berwarna kekuningan yang dihasilkan semasa usia kandungan 7 bulan hingga beberapa hari selepas bersalin.

Ianya dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sesuai dengan saiz perut bayi.

Kolostrum  mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan dan sistem pertahanan tubuh bayi.

Ianya bertindak sebagai pelapik yang melindungi usus bayi dari jangkitan.

Kolostrum membantu pembentukan bakteria baik untuk sistem penghadaman bayi dan juga membantu bayi mengeluarkan mekonium dengan segera bagi mencegah jaundis.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan juga pengetahuan buat kita semua terutamanya bagi bakal yang bergelar ibu kali pertama.

Ok jumpa lagi dalam perkongsian akan datang.

Wassalam.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution





0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution