Social Icons

6 Langkah Senaman Postnatal


Assalamu'alaikum...

Salam sayang buat semua.Semoga anda semua sihat sokmo..

Apa khabar ibu-ibu yang baru lepas melahirkan?Saya doakan anda semua sihat dan ceria bersama baby anda yang comel.

Selamat berpantang dari saya.

Hari ni hari ke 21 saya berpantang.

Alhamdulillah berpantang bersama supplement Shaklee terasa kelainannya berbanding berpantang tanpa sebarang supplement sebelum ini.

Badan lebih bertenaga,terasa lebih cepat sihat dan selera makan pun boleh tahan..hehe.

Hari ni saya nak share tentang senaman untuk ibu dalam berpantang.

Saya pun belajar dari misi dari klinik desa di kampung saya.Jadi apa salahnya saya share kat sini untuk tatapan masa akan datang dan juga untuk panduan ibu-ibu berpantang kat luar sana kan..

Jom kita amalkan senaman ini.

LANGKAH 1

Senaman Pernafasan

Tujuan:

-Menyedut udara bersih dan mengeluarkan udara kotor.

-Mengelakkan sakit dada.



Cara:

1.Lakukan sambil duduk

2.Letakkan tangan di pinggang,kemudian tarik nafas sekejap dan lepaskan.

3.Ulang sebanyak 8 kali.


LANGKAH 2

Senaman Payudara

Tujuan:

-Menegangkan otot-otot payudara

-Menambahkan pengaliran air susu.
 
Cara:

1.Lakukan sambil duduk.

2.Letakkan kedua-dua tangan di atas bahu,kemudian pusingkan kearah belakang.Ulang sebanyak 8 kali,kemudian tukar pusingan kearah depan dan ulang sebanyak 8 kali.


LANGKAH 3

Senaman Kaki

Tujuan:

-Untuk menggalakkan pengaliran darah ke jantung.

-Untuk mengelakkan Vena Varikos.



Cara:

1.Baring terlentang

2.Angkat kaki kiri(ikut kemampuan),tahan sekejap.Kemudian angkat kaki kanan.

3.Ulang sebanyak 8 kali.


LANGKAH 4

Senaman Pinggang

Tujuan:

-Mengempiskan perut

-Merampingkan pinggang


Cara:

1.Baring terlentang

2.Angkat kedua-dua lutut dan rapatkan kemudian turunkan ke kiri dan ke kanan.

3.Ulang sebanyak 8 kali.


LANGKAH 5

Senaman Otot Pelvic

Tujuan:

-Menegangkan otot-otot lantai pelvic

-Mengempiskan perut
 

Cara:

1.Baring terlentang

2.Silang kaki kanan ke atas kaki kiri

3.Kemutkan otot-otot bahagian peranakan seperti menahan kencing,tahan sekejap,kemudian lepaskan.

4.Ulang sebanyak 8 kali.


LANGKAH 6

Senaman Mengangkat Kepala

Tujuan:

-Mengempiskan perut

-Mengeluarkan darah nifas(lokia)
 

Cara:

1.Baring terlentang

2.Angkat kepala,kemudian tahan sekejap

3.Ulang sebanyak 8 kali.


Ok Selamat mencuba dan selamat berpantang.

Semoga anda ceria-ceria selalu.

Ahmad 'Afi 21 hari


Jumpa lagi.


Kuala Krai Ibarat Tsunami Melanda


Assalamu'alaikum...

Ya Allah..Allahu Akbar!

Teringatkah kalian kisah tsunami melanda pada Disember 2006?

Tahun ini,bulan ini..bulan Disember 2014 kita dikejutkan dengan banjir besar yang melanda Pantai Timur terutamanya Kelantan dan paling teruk adalah daerah Kuala Krai.

Terasa seolah-olah kisah tsunami berulang lagi walaupun kedatangannya tidak sama.

Banjir melanda tidaklah seganas tsunami namun kesannya kita sendiri dapat lihat pelbagai kerosakan berlaku termasuk rumah,kereta,jalanraya,sekolah,bangunan pejabat dan kedai-kedai.

Boleh dikatakan keseluruhan kawasan yang terlibat musnah segalanya.

Ada juga yang terkorban namun angkanya tidaklah setinggi mangsa korban ketika tsunami dulu.

Semua ini pastinya mengambil masa untuk pulih seperti sediakala.

Bantuan banyak pihak masih diperlukan bukan saja wang ringgit dan juga makan pakai,malah tenaga kerja dan sukarelawan amat-amat diperlukan untuk membantu.

Semoga kita rakyat Malaysia berlapang dada untuk membantu dan memberi sokongan serta semangat kepada saudara kita di sana.

Siapa lagi kalau bukan kita? 

Jom kita tinjau keadaan yang berlaku terutamanya di Kuala Krai selepas banjir sedikit surut.

Apapun keadaan masih dalam berjaga-jaga kerana dikhuatiri gelombang ketiga bakal terjadi.

Na'uzubillah.










































Bila melihat suasana seperti diatas,apa perasaan anda?

Terasa luluh hati kan...tambah-tambah lagi bila mereka yang terlibat terdiri dari sanak saudara dan ahli keluarga kita sendiri.

Tapi sebenarnya biar siapapun mereka kita tetap bersaudara,saudara satu agama,saudara satu negara malah satu bangsa.

Jadi wajib kita memainkan peranan sedikit sebanyak untuk memulihkan semangat mereka.

Bantulah sekadar yang termampu,kalau bukan wang ringgit mungkin dari segi bantuan tenaga,atau hulurkan doa buat mereka.

In sha Allah,Allah kan Maha Mendengar.Mohonlah padaNya.

Kuasa doa tidak ada yang dapat menafikannya.

Jom kita aminkan doa ini...


Semoga doa kita di perkenankanNya...aamin..aamiin...aamiin ya rabbal 'alamin.

Sekiranya anda ingin membuat sumbangan dalam bentuk wang ringgit atau barangan keperluan lain anda boleh buat demikian melalui saluran-saluran yang sedang menjalankan misi ini.Anda boleh baca dalam entry saya sebelum ini Banjir Buruk di Kelantan (Sila klik).

Ok semoga entry kali ini memberi manfaat dan kesedaran buat kita semua.

Sehingga berjumpa lagi.

#Pray4PantaiTimur



Banjir Buruk Di Kelantan 2014


Assalamu'alaikum...

Salam kasih sayang buat semua.Saya doakan anda semua dalam peliharaan Allah selalu.

Hujan berpanjangan sejak seminggu dua ni membuatkan suasana begitu sejuk siang dan malam.

Walaupun begitu bersyukurlah kita yang masih terhindar dari keadaan banjir.



Hari ini hati semakin resah dan risau bila membaca whatsap dari merata group tentang perkembangan banjir di Kelantan.

Suami lagi la risau..apa taknya..kampung halamannya sudah ditenggelami air dan ramai ahli keluarganya di sana.

Manik Urai sudah tenggelam!sayu hati saya..menitik juga airmata ini bila mendapat perkembangan dari saudara yang masih lagi dapat berhubung melalui whatsap.

SMK Manek Urai sudah tenggelam

Air Terjun Lata Rek

Pondok Sungai Durian


Sedangkan yang berada dalam kawasan terlibat banjir teruk sudah sunyi sepi perkhabaran dari mereka.

Apa khabar mereka?apa khabar ibu mertuaku?sudah makan ke mereka?ada ke nasi atau apa saja untuk dijamah.

Tidur dimanakah mereka malam ini?pastinya keletihan..aduhh sedihnya hati untuk membayangkan semua itu.

Ya Allah aku hanya mampu berdoa dari kejauhan,semoga Engkau terima doaku ya Allah.
Peliharalah mereka.

Kepada pembaca blog Amnurhuda,saya mohon doa kalian buat mereka.



Antara kutipan sumbangan yang sedang dijalankan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Dengan sumbangan tersebut in sha Allah sedikit sebanyak kita dapat membantu mereka yang benar-benar sedang memerlukan bantuan.










 Semoga segala usaha untuk membantu mangsa-mangsa banjir di permudahkan Allah.

Sama-sama kita doakan yer.

Sesungguhnya apa yang Allah turunkan  itu adalah satu ujian bukan saja untuk mereka malah untuk kita semua juga.

Semoga mereka tabah melalui semua ini dan semoga kita yang lain juga bermuhasabah diri dengan apa yang berlaku.

Pasti ada hikmah disebalik semua ini.

Wallahu a'lam.

**tiba-tiba terkenangkan di sana...**



 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution