Social Icons

Modal Perniagaan Sebenar!!


Assalamu'alaikum...

Salam sayang buat semua...saya doakan anda semua sihat dan dilimpahi rahmat Allah selalu.

Kita semua sedar zaman sekarang semakin hari semakin mendesak.

Macammana yang dikatakan mendesak tu?Ye la semakin hari dunia semakin kedepan,Semakin maju,semakin canggih.

Segala keperluan semakin meningkat.Harga setiap keperluan  juga kian naik sedikit demi sedikit.



Hidup kita sudah terdesak.Kita sepatutnya berubah.Kita kena bertindak segera.

Cuba bayangkan kalau kita masih di takuk yang sama sedangkan keadaan sekeliling kita semakin kedepan.Apa akan terjadi kepada kita??

Tertekan kan??



Ramai orang sudah mula mengorak langkah.Ramai yang mula terjun ke dunia bisnes tak kira bisnes apa.

Semuanya kerana nak mencari pendapatan sampingan.Semuanya demi keluarga tercinta.Semuanya kerana dunia hari ini mendesak kita.

Tapi masalahnya bila nak berniaga semua orang akan fikir satu perkara.

Modalnya macammana?Besar ke kecik ker?Mampu ker?

Saya memilih untuk buat bisnes online sebagai bisnes yang saya rasa lebih mudah sebab saya tak perlu sewa kedai atau buat stok barang.

Saya hanya perlu keluarkan modal sebanyak rm65 seumur hidup untuk menjadi ahli Shaklee.Modal yang saya rasa semua orang mampu keluarkan untuk memulakan bisnes.

Tetapi disini ,bukan modal wang yang saya nak tekankan untuk berjaya dalam perniagaan,sebab kalau bab nak keluarkan duit sebagai modal masih ramai yang sanggup bergolok bergadai untuk berniaga dan berjaya.

Modal sebenarnya.

Yang pertama...Diri sendiri.

Sebenarnya modal yang paling penting bila nak berniaga adalah diri kita sendiri.

So,bagi siapa yang nak berniaga tu perkara pertama anda perlu lakukan adalah sediakan hati yang kental dan otak yang fresh.



Inilah modal yang ramai orang tak mampu berikan.Ramai yang teragak-agak nak menjawab kan bila bertanya mampu ke nak keluarkan modal ni?

Sebab modal ni bukannya boleh dibeli dengan wang ringgit.Ianya perlu hadir dari lubuk hati anda sendiri.

Modal kedua...Ilmu dari Mentor.

Saya pernah mulakan bisnes tanpa ilmu,tanpa mentor.Akibatnya banyak dinding telah saya langgar dan akhirnya saya mengundur diri dari bisnes tersebut.

Tapi itu bukanlah penutup untuk saya meninggalkan bidang ini kerana saya sudah jatuh cinta dengan dunia bisnes biarpun banyak ranjau dan durinya.

Sekarang saya meneruskan bisnes berbeza namun saya sudah punya mentor dan masih dahagakan ilmu.

Saya tahu ilmu takkan habis di tuntut biarpun sampai ke liang lahat.

Saya akan berusaha mencari ilmu berkaitan bisnes mengikut kemampuan saya.

Sekarang saya dah sedar bahawa ilmu dan mentor memainkan peranan yang begitu penting untuk kita lebih berjaya dalam sesuatu bisnes.

Bila ada ilmu dan ada mentor kita tak de la melanggar dinding beberapa kali tanpa kita sedari.

Modal ke tiga...Jaga Hubungan Dengan Allah.

Modal ni saya rasa masih ramai yang sukar untuk keluarkan...betul tak?

Nak kaya,nak berjaya,nak murah rezeki..semua tu urusan Allah.Kita cuma sekadar berusaha.

Jadi setelah berusaha,kita kena la mohon padaNya,meminta dan merayu apa yang kita mahu.

Tapi kalau hubungan kita dengan Allah tak cantik,macammana Allah nak bagi apa yang kita minta kan..



Jadi,kena perbaiki la dulu hubungan dengan Allah.Solat perlu dijaga,dan juga amalan-amalan lain.

Kena rajin bangun malam,solat tahajud.Mohonlah doa pada waktu tu sebab waktu tu adalah waktu mustajab doa.

Ingatlah Allah selalu tak kira waktu susah mahupun senang.

In sha Allah,Allah juga takkan lupakan kita.

Itulah sebenar-benarnya modal perniagaan yang saya rasa masih ramai antara kita yang memulakan bisnes tapi masih tak mampu keluarkan ketiga-tiga modal diatas.

Semoga perkongsian kali ini ada manfaatnya buat anda terutamanya yang masih baru atau yang ingin menceburi bidang bisnes.

Semoga anda kaya dan berjaya.

Wallahua'lam. 

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution