Social Icons

Bulan Terakhir


Assalamu'alaikum...

Lamanya rasa tak update blog,saya mohon maaf bebanyak kepada pembaca blog Amnurhuda..bukannya kerana terlalu sibuk tetapi ketandusan idea dan juga masalah internet yang masih belum disetelkan hingga ke hari ini.

Apapun hari ni saya cuba juga menulis walaupun internet kurang memuaskan.

Hari ni saya nak berkongsi dengan kalian bulan terakhir saya dalam tempoh kehamilan ini.

Pagi tadi saya pergi klinik.Biarpun misi mencadangkan agar saya pergi sebelah petang,katanya waktu tu orang tak ramai sangat,saya tetap memilih untuk setelkan pertemuan dengan doktor pada sebelah pagi juga.

Mungkin ini kali terakhir saya datang berjumpa doktor sebelum bersalin sekiranya pertemuan kali ini tidak menimbulkan sebarang masalah.

Kalau ada masalah terpaksalah mengadap doktor lagi lepas ni.Harap-harap semuanya baik-baik aja.

Jadi dari malam lagi saya dah berdoa agar segala urusan berjalan lancar.

Lagipula kali ni suami bekerja shif pagi,jadi tak dapat la menemani saya.Hanya abang Kayyis je la menemani mama jumpa doktor.

Saya memang kalau pergi klinik tak suka lewat2,saya orang kedua yang sampai untuk berjumpa doktor.

Ceramah Penyusuan

Sebelum bermula rutin seperti biasa (urin test,tekanan darah dan timbangan berat badan),saya dan beberapa ibu hamil yang lain dipanggil untuk di beri sedikit penerangan berkaitan penyusuan.



Kali ni kami didedahkan cara bagaimana untuk memerah susu badan agar dapat menghasilkan lebih banyak susu.

Pemerahan ini perlu dilakukan apabila susu badan membengkak dan mengeras,ianya perlu dikeluarkan samada dengan cara pemerahan ataupun secara menyusu terus kepada baby.

Dengan cara ini,barulah proses penghasilan susu baru terus berlaku dan berjalan dengan lancar.

Susu yang terhasil dengan banyak tapi tidak dikeluarkan akan mengakibatkan pembengkakan susu dan kemungkinan berlaku pengerasan sehingga terpaksa dibuang melalui pembedahan.

Pemerahan susu boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :

1.Menggunakan tangan
2.Menggunakan pam susu

Kali ni misi cuba menerangkan kepada kami bagaimana cara yang betul untuk memerah susu badan menggunakan tangan.

Cara yang betul adalah dengan memegang payudara dalam bentuk 'C' iaitu ibu jari berada diatas manakala 4 lagi jari berada di bawah bagi mengampu payudara.

Gambar dari google


Sebelum melakukan pemerahan proses rangsangan harus dilakukan terlebih dahulu bagi merangsang pengeluaran susu.

Bila payudara sudah terangsang,maka proses pengeluaran susu akan berlaku.Waktu itu, kita boleh mula memerah susu kedalam bekas dan seterusnya boleh disimpan ke dalam peti sejuk.

Dan jangan lupa tulis tarikh di setiap bekas susu yang kita simpan dalam peti sejuk.

Gambar ihsan dari google


Untuk pengetahuan pembaca Amnurhuda,susu yang disimpan dalam peti sejuk ada tempohnya iaitu:

*sekiranya disimpan di bahagian beku - tempoh tahan susu tersebut adalah 3 bulan. 

*sekiranya disimpan di bahagian bawah peti sejuk- ianya bertahan selama 5 hari.

*Susu yang disimpan pada suhu bilik pula mampu bertahan selama 4 jam.

*Manakala susu yang disimpan dalam peti sejuk beku(peti aiskrim) mampu bertahan sehingga 6 bulan.
Untuk pengetahuan ibu-ibu hamil..payudara kita mula bersedia untuk mengeluarkan susu seawal kandungan mencecah 7 bulan.

Jadi,pada masa tersebut kita sudah boleh mula melakukan urutan di sekitar payudara untuk memastikan tidak ada saluran-saluran yang tersumbat untuk pengeluaran susu nanti. 


Segalanya ok.

Selesai mendengar ceramah pendek tentang penyusuan,rutin biasa pun di mulakan.

Tak lama lepas tu terus nama saya di panggil untuk sessi berjumpa doktor.

Hmm cepat juga,kalau selalu terpaksa menunggu lama,tapi hari ni terasa laju jer.

Saya suka bila doktor scan kandungan.Waktu ni saya dapat lihat keadaan baby dalam kandungan.Alhamdulillah semua ok.

Apa yang penting sihat dan selamat.

Bila doktor tanya samada saya nak tahu tentang jantina,sudah semestinya saya nak tahu juga walaupun sebenarnya saya tak kisah samada lelaki mahupun perempuan.

Namun doktor gagal mengesan secara jelas jantina kandungan saya kali ini.

Ok saya tak kisah..tu je jawapan saya.Apa yang penting saya doakan agar kandungan saya sihat dan selamat dilahirkan.

Samada lelaki ataupun perempuan saya tetap terima dengan penuh kesyukuran.

Alhamdulillah kehamilan kali ini hingga ke bulan terakhir ini saya tak de masalah serius tentang kandungan.Semuanya baik-baik saja.

Kalau yang sebelum ni ada yang terpaksa merujuk pakar disebabkan beberapa ketidakpuasan doktor bila buat scan,antaranya..baby kecik dan air ketuban tak cukup.

Tapi kali ni alhamdulillah syukur sangat segalanya memuaskan hati doktor.

Dah siap...boleh balik..hehe dari tadi abang Kayyis dah sibuk ajak balik.

Memang kali ni tak seperti sebelum ni,segalanya berjalan lebih lancar dan cepat dari biasa.

Saya mengambil masa dalam 1 jam je kat klinik ni,kalau sebelum ni mau 2,3 jam baru setel.

Semoga semuanya selamat

Kepada pembaca blog Amnurhuda saya memohon agar anda semua sentiasa mendoakan semoga segalanya dipermudahkan untuk saya dan kandungan saya.

Semoga proses bersalin saya kali ini menjadi lebih mudah dan semuanya selamat.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu ataupun menghadapi masalah susu merudum ,saya syorkan anda cubalah Set Penyusuan dari Shaklee.

Anda boleh baca diSini dan juga tentang  Kebaikan serta Khasiat Susu Ibu (sila klik).


Terima kasih kerana sudi membaca entry saya kali ini.

Semoga memberi manfaat buat semua. 

p/s: maaf hari ni tak sempat snap satu gambar pun.Jadi saya letak je gambar hasil dari google.

Sampai jumpa lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution

 


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution