Social Icons

Set Hamil Shaklee Memang Terbaik!!


Assalamu'alaikum...

Saya doakan semua yang menziarahi blog Amnurhuda berada dalam keadaan yang baik-baik dan dirahmati Allah selalu.

Jangan lupa senyum sokmo yer kerana senyuman itu penawar segala duka dan lara.

Hari ini saya nak share dengan anda semua tentang satu lagi produk yang saya sendiri gunakan dan sangat berkesan buat saya,iaitu SET HAMIL SHAKLEE.

Pengalaman hamil sebelum ini memang menimbulkan macam-macam masalah.Lagipula pada waktu tu saya langsung tak de ambil sebarang supplement.

Semata-mata hanya bergantung kepada vitamin yang diberikan oleh klinik.

Anda boleh baca permasalahan yang terpaksa saya lalui sebelum ini di sini.

Saya amat bersyukur kerana kehamilan kali ini saya sudah dipertemukan dengan Set Hamil Shaklee,jadi saya mula mengamalkannya sejak awal kandungan lagi.

Alhamdulillah ianya sangat-sangat membantu menjaga kesihatan saya dan juga baby dalam kandungan.

Hb semakin cantik

Pada awal kehamilan,saya mengalami masalah Hb low,tetapi dengan pengambilan Vitalea secara konsisten ,alhamdulillah masalah ini dapat diatasi segera.Saya ada ceritakan disini(sila klik).


Sampai saat ini(sudah 37 minggu)Hb saya sentiasa memuaskan hati.Syukur sangat.

Sakit Pinggang Sekejap jer.

Semasa hamil anak ketiga saya begitu terseksa dengan masalah sakit pinggang.Klik sini untuk ketahui cerita lanjut.

Hamil kali ini,saya turut alami tapi tak seteruk yang dulu.

Kali ini saya sentiasa pastikan pengambilan Ostematrik sebelum tidur kerana ianya membantu menghilangkan sakit pinggang saya.



Alhamdulillah bukan sekadar merawat sakit pinggang malah mengelakkan saya dari sakit gigi dan juga mengatasi masalah sembelit ketika hamil.

Saya mula amalkan B complek sejak sebelum hamil lagi,alhamdulillah sakit kepala yang saya sering alami hilang ditelan waktu.
Saya ada ceritakan disini.

Dan saat kehamilan B complex sememangnya memainkan peranan penting,jadi wajib ambil.


Memang sakit kepala tiada masalah lagi walaupun hamil,masalah keletihan dan hilang selera makan juga dapat diatasi.Ini kerana dengan B complex saya memang berselera makan...hihi.

Protein terbaik buat ibu hamil.

Ha yang ni wajib saya ambil setiap kali sarapan.



Esp bukan saja membekalkan tenaga dan rasa kekenyangan yang lebih lama,malah menjadikan tumit kaki saya yang pecah-pecah dah jadi licin semula.Ni yang best ni..

Anda boleh baca tentang kisah ni di sini ok.

Terbaru..saya perasan apa yang saya alami..rambut saya dah kurang gugurnya.Dan bila dikaji serta dari pembacaan saya terhadap testimoni pengguna lain,ternyata Esp juga mampu membantu masalah rambut gugur.

Syukur alhamdulillah.

Selain dari apa yang saya ceritakan diatas,saya turut mengambil chewable vitamin c dan juga Omega guard(minyak ikan terbaik).




Vitamin c membuatkan sistem imunisasi badan kita lebih kuat dan alhamdulillah saya tiada masalah kesihatan yang serius sepanjang kehamilan ini.

Manakala Omega pula membantu mengawal berat badan ketika hamil dan juga membantu perkembangan otak baby.

Kesihatan yang memuaskan.

Saya bersyukur sangat kehamilan kali ini saya tidak mengalami masalah-masalah yang merisaukan atau yang memaksa untuk dirujuk kepada pakar.

Setiap kali check-up,misi dan doktor amat berpuas hati.

Semoga segalanya berjalan lancar dan selamat sehingga proses kelahiran dan seterusnya.

Begitu juga saya doakan untuk semua ibu-ibu yang sedang hamil dan bakal melahirkan tak lama lagi.

Untuk mengetahui lagi tentang Set hamil,Set berpantang dan juga menyusu,anda boleh baca disini: Set hamil,berpantang dan menyusu(sila klik).



Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Set hamil ini,anda boleh hubungi saya.

In sha Allah,saya bersedia berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jumpa lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution



Modal Perniagaan Sebenar!!


Assalamu'alaikum...

Salam sayang buat semua...saya doakan anda semua sihat dan dilimpahi rahmat Allah selalu.

Kita semua sedar zaman sekarang semakin hari semakin mendesak.

Macammana yang dikatakan mendesak tu?Ye la semakin hari dunia semakin kedepan,Semakin maju,semakin canggih.

Segala keperluan semakin meningkat.Harga setiap keperluan  juga kian naik sedikit demi sedikit.



Hidup kita sudah terdesak.Kita sepatutnya berubah.Kita kena bertindak segera.

Cuba bayangkan kalau kita masih di takuk yang sama sedangkan keadaan sekeliling kita semakin kedepan.Apa akan terjadi kepada kita??

Tertekan kan??



Ramai orang sudah mula mengorak langkah.Ramai yang mula terjun ke dunia bisnes tak kira bisnes apa.

Semuanya kerana nak mencari pendapatan sampingan.Semuanya demi keluarga tercinta.Semuanya kerana dunia hari ini mendesak kita.

Tapi masalahnya bila nak berniaga semua orang akan fikir satu perkara.

Modalnya macammana?Besar ke kecik ker?Mampu ker?

Saya memilih untuk buat bisnes online sebagai bisnes yang saya rasa lebih mudah sebab saya tak perlu sewa kedai atau buat stok barang.

Saya hanya perlu keluarkan modal sebanyak rm65 seumur hidup untuk menjadi ahli Shaklee.Modal yang saya rasa semua orang mampu keluarkan untuk memulakan bisnes.

Tetapi disini ,bukan modal wang yang saya nak tekankan untuk berjaya dalam perniagaan,sebab kalau bab nak keluarkan duit sebagai modal masih ramai yang sanggup bergolok bergadai untuk berniaga dan berjaya.

Modal sebenarnya.

Yang pertama...Diri sendiri.

Sebenarnya modal yang paling penting bila nak berniaga adalah diri kita sendiri.

So,bagi siapa yang nak berniaga tu perkara pertama anda perlu lakukan adalah sediakan hati yang kental dan otak yang fresh.



Inilah modal yang ramai orang tak mampu berikan.Ramai yang teragak-agak nak menjawab kan bila bertanya mampu ke nak keluarkan modal ni?

Sebab modal ni bukannya boleh dibeli dengan wang ringgit.Ianya perlu hadir dari lubuk hati anda sendiri.

Modal kedua...Ilmu dari Mentor.

Saya pernah mulakan bisnes tanpa ilmu,tanpa mentor.Akibatnya banyak dinding telah saya langgar dan akhirnya saya mengundur diri dari bisnes tersebut.

Tapi itu bukanlah penutup untuk saya meninggalkan bidang ini kerana saya sudah jatuh cinta dengan dunia bisnes biarpun banyak ranjau dan durinya.

Sekarang saya meneruskan bisnes berbeza namun saya sudah punya mentor dan masih dahagakan ilmu.

Saya tahu ilmu takkan habis di tuntut biarpun sampai ke liang lahat.

Saya akan berusaha mencari ilmu berkaitan bisnes mengikut kemampuan saya.

Sekarang saya dah sedar bahawa ilmu dan mentor memainkan peranan yang begitu penting untuk kita lebih berjaya dalam sesuatu bisnes.

Bila ada ilmu dan ada mentor kita tak de la melanggar dinding beberapa kali tanpa kita sedari.

Modal ke tiga...Jaga Hubungan Dengan Allah.

Modal ni saya rasa masih ramai yang sukar untuk keluarkan...betul tak?

Nak kaya,nak berjaya,nak murah rezeki..semua tu urusan Allah.Kita cuma sekadar berusaha.

Jadi setelah berusaha,kita kena la mohon padaNya,meminta dan merayu apa yang kita mahu.

Tapi kalau hubungan kita dengan Allah tak cantik,macammana Allah nak bagi apa yang kita minta kan..



Jadi,kena perbaiki la dulu hubungan dengan Allah.Solat perlu dijaga,dan juga amalan-amalan lain.

Kena rajin bangun malam,solat tahajud.Mohonlah doa pada waktu tu sebab waktu tu adalah waktu mustajab doa.

Ingatlah Allah selalu tak kira waktu susah mahupun senang.

In sha Allah,Allah juga takkan lupakan kita.

Itulah sebenar-benarnya modal perniagaan yang saya rasa masih ramai antara kita yang memulakan bisnes tapi masih tak mampu keluarkan ketiga-tiga modal diatas.

Semoga perkongsian kali ini ada manfaatnya buat anda terutamanya yang masih baru atau yang ingin menceburi bidang bisnes.

Semoga anda kaya dan berjaya.

Wallahua'lam. 

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution



Cara Memerah Susu Dan Cara Penyimpanan Susu Yang Betul


Assalamu'alaikum...

Lamanya rasa tak update blog,saya mohon maaf bebanyak kepada pembaca blog Amnurhuda..bukannya kerana terlalu sibuk tetapi ketandusan idea dan juga masalah internet yang masih belum disetelkan hingga ke hari ini.

Apapun hari ni saya cuba juga menulis walaupun internet kurang memuaskan.

Hari ni saya nak berkongsi dengan kalian bulan terakhir saya dalam tempoh kehamilan ini.

Pagi tadi saya pergi klinik.Biarpun misi mencadangkan agar saya pergi sebelah petang,katanya waktu tu orang tak ramai sangat,saya tetap memilih untuk setelkan pertemuan dengan doktor pada sebelah pagi juga.

Mungkin ini kali terakhir saya datang berjumpa doktor sebelum bersalin sekiranya pertemuan kali ini tidak menimbulkan sebarang masalah.

Kalau ada masalah terpaksalah mengadap doktor lagi lepas ni.Harap-harap semuanya baik-baik aja.

Jadi dari malam lagi saya dah berdoa agar segala urusan berjalan lancar.

Lagipula kali ni suami bekerja shif pagi,jadi tak dapat la menemani saya.Hanya abang Kayyis je la menemani mama jumpa doktor.

Saya memang kalau pergi klinik tak suka lewat2,saya orang kedua yang sampai untuk berjumpa doktor.


Ceramah Penyusuan


Sebelum bermula rutin seperti biasa (urin test,tekanan darah dan timbangan berat badan),saya dan beberapa ibu hamil yang lain dipanggil untuk di beri sedikit penerangan berkaitan penyusuan.



Kali ni kami didedahkan cara bagaimana untuk memerah susu badan agar dapat menghasilkan lebih banyak susu.

Pemerahan ini perlu dilakukan apabila susu badan membengkak dan mengeras,ianya perlu dikeluarkan samada dengan cara pemerahan ataupun secara menyusu terus kepada baby.

Dengan cara ini,barulah proses penghasilan susu baru terus berlaku dan berjalan dengan lancar.

Susu yang terhasil dengan banyak tapi tidak dikeluarkan akan mengakibatkan pembengkakan susu dan kemungkinan berlaku pengerasan sehingga terpaksa dibuang melalui pembedahan.

Pemerahan susu boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :

1.Menggunakan tangan
2.Menggunakan pam susu

Kali ni misi cuba menerangkan kepada kami bagaimana cara yang betul untuk memerah susu badan menggunakan tangan.

Cara yang betul adalah dengan memegang payudara dalam bentuk 'C' iaitu ibu jari berada diatas manakala 4 lagi jari berada di bawah bagi mengampu payudara.

Gambar dari google


Sebelum melakukan pemerahan proses rangsangan harus dilakukan terlebih dahulu bagi merangsang pengeluaran susu.

Bila payudara sudah terangsang,maka proses pengeluaran susu akan berlaku.Waktu itu, kita boleh mula memerah susu kedalam bekas dan seterusnya boleh disimpan ke dalam peti sejuk.

Dan jangan lupa tulis tarikh di setiap bekas susu yang kita simpan dalam peti sejuk.

Gambar ihsan dari google


Untuk pengetahuan pembaca Amnurhuda,susu yang disimpan dalam peti sejuk ada tempohnya iaitu:

*sekiranya disimpan di bahagian beku - tempoh tahan susu tersebut adalah 3 bulan. 

*sekiranya disimpan di bahagian bawah peti sejuk- ianya bertahan selama 5 hari.

*Susu yang disimpan pada suhu bilik pula mampu bertahan selama 4 jam.

*Manakala susu yang disimpan dalam peti sejuk beku(peti aiskrim) mampu bertahan sehingga 6 bulan.
Untuk pengetahuan ibu-ibu hamil..payudara kita mula bersedia untuk mengeluarkan susu seawal kandungan mencecah 7 bulan.

Jadi,pada masa tersebut kita sudah boleh mula melakukan urutan di sekitar payudara untuk memastikan tidak ada saluran-saluran yang tersumbat untuk pengeluaran susu nanti. 


Segalanya ok.

Selesai mendengar ceramah pendek tentang penyusuan,rutin biasa pun di mulakan.

Tak lama lepas tu terus nama saya di panggil untuk sessi berjumpa doktor.

Hmm cepat juga,kalau selalu terpaksa menunggu lama,tapi hari ni terasa laju jer.

Saya suka bila doktor scan kandungan.Waktu ni saya dapat lihat keadaan baby dalam kandungan.Alhamdulillah semua ok.

Apa yang penting sihat dan selamat.

Bila doktor tanya samada saya nak tahu tentang jantina,sudah semestinya saya nak tahu juga walaupun sebenarnya saya tak kisah samada lelaki mahupun perempuan.

Namun doktor gagal mengesan secara jelas jantina kandungan saya kali ini.

Ok saya tak kisah..tu je jawapan saya.Apa yang penting saya doakan agar kandungan saya sihat dan selamat dilahirkan.

Samada lelaki ataupun perempuan saya tetap terima dengan penuh kesyukuran.

Alhamdulillah kehamilan kali ini hingga ke bulan terakhir ini saya tak de masalah serius tentang kandungan.Semuanya baik-baik saja.

Kalau yang sebelum ni ada yang terpaksa merujuk pakar disebabkan beberapa ketidakpuasan doktor bila buat scan,antaranya..baby kecik dan air ketuban tak cukup.

Tapi kali ni alhamdulillah syukur sangat segalanya memuaskan hati doktor.

Dah siap...boleh balik..hehe dari tadi abang Kayyis dah sibuk ajak balik.

Memang kali ni tak seperti sebelum ni,segalanya berjalan lebih lancar dan cepat dari biasa.

Saya mengambil masa dalam 1 jam je kat klinik ni,kalau sebelum ni mau 2,3 jam baru setel.

Semoga semuanya selamat

Kepada pembaca blog Amnurhuda saya memohon agar anda semua sentiasa mendoakan semoga segalanya dipermudahkan untuk saya dan kandungan saya.

Semoga proses bersalin saya kali ini menjadi lebih mudah dan semuanya selamat.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu ataupun menghadapi masalah susu merudum ,saya syorkan anda cubalah Set Penyusuan dari Shaklee.

Anda boleh baca diSini dan juga tentang  Kebaikan serta Khasiat Susu Ibu (sila klik).


Terima kasih kerana sudi membaca entry saya kali ini.

Semoga memberi manfaat buat semua. 

p/s: maaf hari ni tak sempat snap satu gambar pun.Jadi saya letak je gambar hasil dari google.

Sampai jumpa lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution

 


Tiada sembelit lagi


Assalamu'alaikum.

Salam sayang buat semua.Saya doakan anda sentiasa dalam rahmat Allah selalu.

Bulan ni promosi Omega,so...saya nak cerita tentang Omega la yer.

Cerita ni tentang anak ke tiga saya,Ahmad Kayyis.Saya panggil adik je la ye..

Saya minta maaf sebab hari ni baru terpanggil untuk berkongsi kebaikan Omega ni sedangkan kisah ni berlaku hujung tahun lepas lagi(2013).

Saya cuma sempat kongsikan di facebook & page je.Masa tu saya tak de blog lagi.




Waktu tu adik memang susah sangat bila nak membuang air besar.

Saya tahu puncanya anak saya sorang ni tak suka makan buah ataupun sayur.

Mungkin itulah yang menyebabkan dia sembelit teruk.

Saya sedih tengok keadaan dia tiap kali nak membuang,ya Allah tak boleh duduk setempat,memusing-musing dia berlari sambil meneran.

Aduhh tersiksanya...

Setiap kali terjadi situasi macam ni,saya cuba menenangkan dia,saya urut perut dia.

Saya pun tak tahu apa yang patut saya buat lagi.Kadang2 proses membuangnya bersambung2 keesokan hari.

Mesti tak selesa kan..Ya Allah permudahkanlah.Kasihanilah anakku..

Bila saya mula mengamalkan supplement shaklee,salah satunya Omega.Terlintas di fikiran untuk memberi Omega kepada adik.



Lagipun Omega ni salah satu supplement yang disyorkan untuk anak2 selain Meal shake dan Chewable Vitamin C.

Saya cuba membaca tentang Omega dan bagaimana saya nak bagi adik makan omega ni.Sedangkan 2 orang kakaknya pun tak pandai telan,inikan pula adik yang baru 3 tahun.

Akhirnya saya gunting Omega dan picit minyaknya kedalam air milo adik.

Ternyata gagal! adik dapat mengesan bau Omega dan rasa air milo jadi tak sedap.

Saya sendiri tak lalu...hehe

Tak pe..cuba lagi.Saya masukkan minyak Omega kedalam nasinya secara diam-diam jer.

Dan saya gaulkan bersama lauk yang lain.

Alhamdulillah berjaya!,dia makan habis nasi tu.

Saya tak de la bagi hari2..seminggu dalam 2 atau 3 kali jer.

Hasilnya alhamdulillah semakin hari semakin bertenang bila membuang,kadang-kadang saya pun tak tahu dia dah membuang.

Kalau sebelum ni mana tak tahunya,lari kehulu ke hilir,sekarang ni diam2 dah berisi.

Syukur sangat,dengan Omega selesai masalah sembelit ni.Bukan tu jer..selera makan pun  semakin bertambah.

Tahun ni dah empat tahun usianya,tak lama lagi dah nak jadi abang..hehe.



Dah tak de dah masalah sembelit yang melampau macam dulu.

Alhamdulillah..terima kasih Omega.

Jadi kepada sesiapa yang ada masalah anak sembelit macam kes adik ni boleh la cuba apa yang saya dah buat pada adik.

Lagipun Omega ni bukan tu je kebaikannya ,banyak lagi.Kalau nak tahu boleh baca disini

dan juga klik sini.

Bulan ni pula promosi Omega :

Beli 6 percuma 1
atau
Beli 2 dapatkan diskaun 5%


 
Boleh la rembat Omega bulan ni dengan harga yang lebih menjimatkan.

Bukan saja untuk anak-anak,tapi untuk satu keluarga.

Nak tahu lebih lanjut pm saya.

Benda baik elok di kongsikan bersama.Mana tau ianya dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Sekiranya anda rasa entry saya kali bermanfaat untuk semua,sudilah kiranya tekan butang LIKE dibawah agar ianya dapat di salurkan kepada lebih ramai lagi tentang kebaikan Omega ini.

Terima kasih.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution




 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution