Social Icons

Berkat Sabar


Assalamu'alaikum.

Salam jumaat.Semoga semua pembaca blog Amnurhuda sihat-sihat selalu.

Hari ni jom kita layan cerita ni,moga ada pengajarannya.
 
Al- kisah satu cerita

Munir seorang anak muda yang punya pengalaman 8 tahun dalam bidang pemasaran. Dia adalah seorang yang sangat hebat dalam bidang pengurusan. 

Satu hari munir terbaca satu iklan melalui email yang sebuah syarikat mencari seorang CEO untuk syarikat mereka. Munir bercadang untuk menimba pengalaman baru. Munir percaya yang dia mampu untuk jawatan itu.

Temuduga


Hari yang ditunggu sudah tiba. Munir dengan sangat gembira telah hadir untuk temuduga tersebut. Setelah puas mencari tempat akhirnya munir sampai di tempat temuduga. 

Bila dia sampai, ada 3 orang lagi yang sedang menunggu. Munir telah menghantar surat permohonan 2 minggu lalu. Dia mendapat jemputan temuduga pada hari tersebut melalui pangilan telipon.

Munir orang yang ke empat sampai mendaftar. Temuduga bermula jam 2 petang. Sebelumnya 2 orang melayu dan seorang berbangsa cina datang awal. 

.............

Munir duduk dan menyapa mereka. Orang yang pertama datang seorang berbangsa melayu. Cukup berpengalaman nampaknya. Dia lebih tua dari yang lain. Tetapi kurang mesra dan dan langsung tidak senyum. Perwatakan serious. 

Orang yang kedua terlalu muda, nampak seperti baru habis SPM. Pakaian tidak bergosok, rambut kusut. Nampak dari perwataan nya seperti tidak layak memegang jawatan sebesar ini. 

Lim seorang bekas pengurus sebuah bank. Berpengalaman 20 tahun dalam pengurusan dan bisnea. Sungguh peramah dan tak berhenti bercakap. Keturunan cina baba nyonya. 

..................

Seminit lagi jam 2 petang. Semuanya nampak bersedia untuk ditemuduga. 

Tiba-tiba datang seorang pemuda mendaftar untuk ditemuduga. Dia baru je sampai dan nampak tergesa-gesa. Dia duduk disebelah munir. 

................

Tepat jam 2, nama dipanggil. Yang peliknya pemuda yang baru sampai tadi telah dipanggil masuk dahulu. 

Semuanya nampak marah dan tidak berpuas hati. Yang paling marah adalah pemuda yang sampai awal tadi. 

Dia berteriak " mengapa dia datang lambat dia dipangggil dulu. Saya sudah sampai lebih awal . Inikah syarikat yang cekap. Belum kerja sudah macam ni..tidak adil" .

Dia terus bercakap dengan kuat. Sehingga dimarahnya kerani yang menguruskan jadual tadi. Munir hanya terdiam dan memberi komen bila perlu. 

Sudahlah diberi masuk awal, temuduganya terlalu lama. Hingga jam 3 belum keluar lagi. Semua sudah mula resah. 


Pemuda yang pertama tadi menghempas failnya.
" lebih baik kita semua balik. Mungkin budak itu tadi kroni mereka. Sudah diambil mereka kerja . Saya tak mahu kerja dengan syarikat begini.
Dia meninggalkan pejabat itu. 

.................

Dalam kekecohan tadi, tiba-tiba Lim bersuara. Dia memohon untuk dia ditemuduga dulu. Dia mahu menukarkan tempat dengan orang muda yang tempat kedua tadi. 

Lim memberi alasan yang dia perlu mengambil isterinya dan anaknya pada jam 5. Maka rumahnya jauh dari pejabat itu. 

Pemuda tadi tidak membenarkan untuk Lim memotongnya. Munir juga cuba memujuk pemuda tadi. Budak itu berkata "kalau you ada hal...nak balik, balik lah. bila you balik, kurang lagi seorang. 

Kebarangkalian untuk berjaya salam jawatan ini lebih cerah.
Sedang, munir bercakap dengan semua kawan barunya tiba-tiba datang seorang wanita berbangsa cina yang tua. Dia adalah pekerja pembersihan. Dia sedang membersihkan tingkap dibelakang tempat mereka menunggu.

.................

Sambil menunggu Lim makan sebuku roti yang dibawa dalam beg nya. Mungkin dia tak sempat makan tengah hari. Jam hampir 4 petang. Yang lebih menghairankan peserta petama masih tidak lagi keluar.

Sedang Lim makan, tiba-tiba mak cik cina tu minta sedikit roti pada Lim. Lim terkejut, mak cik tua tu dimarah pula dengan pemuda tadi. Lim serba salah.. Munir kebetulan ada bawa coklet dalam beg nya. Munir berikan pada mak cik tua tadi. 

Mak cik tua tadi sebut, " saya tak boleh makan coklet . Nanti badan saya gatal". Mak cik tu berdiri depan Lim dan minta juga roti dari Lim. Sehingga Lim terpaksa memberinya. Munir perhatikan sahaja. 

Sebelum dia beredar. Mak cik tua tu berpesan. "Buat apa tuan semua mohon temuduga dan kerja disini. Sedangkan saya sudah 2 bulan tidak dibayar gaji. "

" apa? " mereka bertiga berteriak. Munir berpandang sesama sendiri.

Semua sudah berputus asa. Semua nak balik termasuk Lim. Mereka meninggalkan Munir sendirian. Munir tetap mahu tunggu. Munir mahu pengalaman untuk ditemuduga sebagai CEO.

Jam sudah 5 petang. Peserta pertama tadi baru sahaja keluar dari bilik temuduga. Munir dipanggil masuk. 

Hati munir berdebar-debar.

Terdapat 5 orang penemuduga dihadapan Munir. Munir disilakan duduk. 

Munir terkejut kerana semua peserta temuduga kini dihadapannya. Sebenarnya hanya munir dipanggil untuk ditemuduga melalui borang yang dihantar. 

Pemuda yang garang tadi adalah pengerusi syarikat itu sebenarnya.

Lim juga ada disitu. Mak cik cleaner itu juga ada disitu. Dia juga adalah salah seorang lembaga pengarah syarikat itu. 

Pemuda yang kusut masai itu adalah anak kepada arwah salah seorang rakan kongsi syarikat itu.

Mereka semuanya berlakun. Mereka mahu memilih CEO yang sesuai, yang punya jati diri, yang kuat semangat, yang tidak cepat melatah, yang bijaksana. 



Munir akhirnya telah berjaya dalam temuduga tersebut.

TAMAT.

Sumber cerita: Facebook Coach Bahar.

Semoga kita mendapat sesuatu yang bermanfaat dari kisah di atas. 

Terima kasih kerana membaca.



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution