Social Icons

Balik Beraya 3


Assalamu'alaikum.

Sebelum ni saya dah citer pasal balik kampung Kelantan dan juga kisah hari raya.

Kalau belum baca anda boleh baca disini:

Balik Beraya 1

Balik Beraya 2

Ok hari ni saya nak citer pasal raya lagi,seperti yang dijanjikan hari raya ke2 kami nak pergi beraya kat Kampung Jelor.

So,jom kita pergi Kampung Jelor yang terletak dalam daerah Pasir Puteh.

Seingat saya kali pertama saya ke Kampung ni 10 tahun yang lalu.Masa tu anak sulong saya masih baby.

woww..lama bebeno kan..hihi,camna nak kenal adik beradik kalau camni.

Suami tak ingat jalan,harapkan mek semata-mata..mek pun ingat2 lupa..hehe

Maka mencari lah kami,bertanya orang dan akhirnya berjaya masuk Kampung Jelor.

Nak cari rumah tak dak masalah la sebab mek memang tahu.

Beraya di Kampung Jelor


Maka sampai la kami di rumah yang pertama,rumah Mak su Pah.

Mak su ni ramah.Seronok dengar dia bercerita.Ada juga yang tak berapa nak pahe tu..hihi tapi buat2 paham pi lah. 
Maksu bersama cucunya

Yang ni Mak ngah,dia dari Pahang.

Alamak! yang ni saya lupa la..hehe

Seronok Kayyis bermain ngan cucu maksu,tak sabar nak tunggu adik sendiri.



Kami makan tengahari,then solat zohor kat rumah maksu.

Kat rumah maksu ni meriah sikit,anak2 ramai yang ada,kalau balik semua ada 13 orang anak maksu,tapi maksu ni nampak muda lagi la..

Sebelum balik sempat lagi bergambar kenangan dengan maksu dan anak-anak.






ye la bukan selalu jumpa,kalau ada gambar in sha Allah lain kali jumpa ingat juga wajah2 ayu ni..hehe

Selesai bergambar  kami teruskan lagi ke rumah ke2 ,ke3 dan ke4..hehe

Yang ni saya tak de apa nak dikongsikan sebab rumah yang lain tu kejap jer,malah yang ke 4 tu saya dengan mek je turun.

Anak buat perangai tak nak turun dah,ajak balik.So suami terpaksa tunggu dalam kereta bersama anak.

Ambik angin di pantai

Dalam perjalanan balik teringin plak nak meronda di pantai.Tengok signboard Pantai Tok Bali,pusing2 terlepas ke Pantai Perkasa..tak kisah la pantai mana pun ,janji pantai juga.

Mek tak nak turun,katanya penat dah.Dia nak duduk dalam kereta je.

Kami je la yang turun berjalan ditepian pantai.

Saya tak suka mandi laut,saya takut.Tapi saya suka lihat keindahan dipantai.

Antara gambar yang sempat di snap masa kat pantai ni..












Kesian kat mek lama2 dalam kereta,kami pun meninggalkan pantai,nak pergi masjid plak.

Lagipun  waktu asar dah masuk,saya dan suami dah buat jamak qasar,jadi kami tunggu mek pula solat sebelum kami meneruskan perjalanan.

La ni nak cari kedai plak,nak makan dah lapar ni..hihi.

Sudah makan baru kita balik Manik Urai.
 
Dah malam baru kami sampai rumah,jalan jem teruk juga tadi,penat la..

Mandi dan solat dulu,pastu boleh tidur.

Sebelum tu telan Ostematrik 2 biji dulu sebelum tidur.

Ok boleh berehat. 

Esok jumpa lagi.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution