Social Icons

Balik Beraya 2



Assalamu'alaikum.

Semalam saya dah citer camna perjalanan kami balik beraya di Kelantan dan bermalam di Pondok Sungai Durian.

Anda boleh baca di Balik Beraya 1.

Hari ni saya nak sambung cerita di hari raya plak.

Raya Korban Pertama

Sambut raya pertama di Pondok ni bersama mek.Selepas solat hari raya kakak dan abang dari Manek Urai Lama datang beramai kat sini.
Gambar kenangan dengan mok


Bersama sepupu

Lagipun nak tunggu orang sembelih lembu..hehe.

Suami bersiap sedia nak lapah daging tu,semangat.Ye la sapa lagi kan nak buat kalau bukan dia.

Tak cukup tajam lagi ker?

 Adik beradik yang lain tak de balik.Jadi suami dan abang ipar je la yang akan melapah daging nanti.

Meronda kawasan

Saya sempat juga menjenguk tempat sembelihan tapi masa tu dah siap sembelih,cuma proses melapah belum selesai.

Atas permintaan anak yang sudah keboringan ni,saya pergi juga walaupun sebenarnya saya malas nak melangkah.


Yang ni bukan untuk korban yer..saje je nak bergambo


Berlatarbelakangkan Masjid Sungai Durian


Dihadapan Maahad Muhammadi



Bawa dia pusing-pusing kawasan pondok ni sehinggalah suami selesai melapah daging.

Sempat lagi kami berposing.

Dah siap proses melapah kami tak tunggu lama terus bersiap nak balik ke Manik Urai Lama.

Sebelum tu singgah ke Manik Urai Baru dulu,beraya di rumah kakak.

Hari ni memang makan daging je la.

Sebelah petang berehat je kat umah mek di Kampung Manik Urai Lama ni.

Tak beraya mana dah,Sebenarnya hati ni nak berjalan-jalan,tapi tengok suami penat je..dah tertidur.

Malam ni kami bermalam di sini.Kat sini internet macam siput.

Sekali sekala boleh la jenguk Fb kejap,tapi nak update status pun makan masa panjang.

Senang-senang tidur je la.

Esok nak bawa mek pergi beraya kat Kampung Jelor.

Kat situ ramai adik beradik mek.Ada la dalam 3,4 buah rumah.

Itu yang kami pergi la.Yang tak pergi hmm ada lagi ke??

hehe Saya tak pasti la.Tak pa lain kali balik kita korek lagi cerita adik beradik.

Sebenarnya adik beradik sebelah saya pun ramai gak kat Kelantan ni,tapi saya tak kenal la.Yang ni saya kena bawa ayah saya plak,baru boleh jejak kasih..hehe.

Nanti saya sambung lagi cerita pasal beraya kat Jelor ni.ok rehat dulu.

Terima kasih kerana sudi membaca sampai sini.

Jumpa lagi.
 


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution