Social Icons

Balik Beraya 1


Assalamu'alaikum.
 
Salam sejahtera dan salam kasih sayang buat semua.Saya doakan kalian sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Rasa lama saya tinggalkan blog.Nak citer pun macam dah basi,tapi nak juga citer.

Harap ada yang sudi membaca..,bukan tak nak tulis blog Tapi masa di kelantan line internet kurang memuaskan.

Idea pun nak tak nak je dengan saya,huhu..jadi memang saya bercuti betul la.

Balik Kampung

Hari Sabtu kami bertolak balik ke Kelantan.Rezeki kami tahun ni dapat beraya bersama mek dan family kat Kelantan,alhamdulillah.

Walaupun tahun ni adik beradik saya masing-masing ambil bahagian dalam ibadah korban dan akikah kat sini,apakan daya saya tak dapat bersama-sama mereka.

Tak pe la,lagipun dah selalu saya bersama di sini,biarlah kali ni saya bersama family kat Kelantan pula.

Bukan selalu saya dapat peluang ni.

Dua tiga hari sebelum raya,memang cuaca di Kedah kerap hujan.

Kami bertolak pun ketika hujan renyai-renyai.Dalam pukul 11 pagi.

Masa kami meninggalkan kampung halaman,lega di hati kerana tidak meninggalkan ayah dan makcik berdua,sebab abang dan adik telahpun sampai dari Kuala Lumpur.

Mereka lah mengambil alih tempat saya bila saya melangkah keluar.Jadi tak de la ayah dan makcik kesunyian.Saya pun tak de la rasa berat hati nak tinggalkan.

Perjalanan bermula
 
Hujan turun sepanjang perjalanan kami.Walaupun hujan sempat juga singgah membeli kuih raya sebagai buah tangan.

Walaupun rasa seronok dalam perjalanan,ada juga ketika hati terusik bila melihat beberapa kemalangan yang berlaku disepanjang perjalanan kami.

Sedih juga,mesti diorang pun nak balik kampung.Semoga menjadi ikhtibar kepada pengguna jalanraya yang lain.

Lebih berhati-hati dijalan raya terutamanya ketika hujan.Banyak kemungkinan yang berada dihadapan  kita termasuk pokok tumbang ataupun tanah runtuh.

Apapun hanya doa kepada Allah semoga perjalanan ini berjalan dengan baik dan semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.




Sukanyer dia nak balik kampung.



Di persinggahan

Kami singgah di Perhentian Perah selama 2 jam.Terpaksa ambil masa yang lama di sebabkan terpaksa beratur ketika di toilet,lepas tu masalah air semakin slow semasa nak berwudhuk,alhamdulillah dapat juga berwudhuk dan solat jamak Qasar.

Selesai solat masa untuk lunch plak.Dapat pula menu ikan patin masak tempoyak..teringin tiba2..terbuka selera.



Suami pula jumpa budu dan tempoyak,hmm sedap sangat dah le tu.

Dah selesai maka perjalanan pun diteruskan.

Musim raya macam ni kalau balik kampung tu,masalah jalan jem tu biasa la.


Tapi alhamdulillah sepanjang perjalanan kami tak de la jem sangat ,biasa je cuma jem bila sampai kawasan kemalangan je.

Lepas tu ok je hinggalah kami sampai ke destinasi kami iaitu Pondok Sungai Durian,Kuala Krai.

Kami sampai 6.30 petang,Kami bermalam di sini dulu sebab esok mek ada korban kat sini.

Selesai korban esok baru kami balik ke kampung Manik Urai Lama pula,iaitu kampung suami saya le.

Satu hal yang saya seronok nak berkongsi ialah balik kelantan kali ni saya tak de sakit2 pinggang pun sebab duduk lama dalam kereta.

Kalau dulu-dulu ya Allah baru separuh jalan saya dah mula sakit pinggang,lenguh la apalagi time mengandung macam ni.

Alhamdulillah syukur sangat.Mungkin ini adalah kesan supplement Shaklee yang saya amalkan.

Walaupun tak sakit pinggang,tak sakit kepala..saya tetap ambik juga vitamin dan supplement sebagai langkah pencegahan.

Bukankah mencegah tu lebih baik dari merawat??

Saya pilih Shaklee untuk menjaga kesihatan saya sebab ianya lebih semulajadi dan ianya bukan ubat tapi supplement.

Ok la sampai sini dulu yer,saya nak sambung lagi ni,in sha Allah entry lain plak secepat  mungkin..hehe sebab hari raya pun dah abis.

Apapun Selamat hari raya dan selamat berkorban.

 


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution