Social Icons

Atasi Masalah Ketika Kehamilan


Assalamu'alaikum...

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Amnurhuda.

Saya doakan anda semua sentiasa bahagia,sihat dan dilimpahi rezeki yang halal.

Tahun ni alhamdulillah rezeki saya hamil anak ke 4.


Kali ni saya hamil semasa saya dah pun join Shaklee,jadi tentulah saya pilih vitamin dan supplement Shaklee untuk memastikan keperluan nutrien bagi saya dan kandungan saya sentiasa mencukupi.

Sebelum ni saya tak pernah mengamalkan sebarang supplement ketika hamil mahupun selepas bersalin.

Patut la dulu time hamil je,saya asyik penat jer.Lenguh kaki tangan tu suami la jadi mangsa(jd tukang urut).

Pening dan meloya tu biasa la,ini kes pagi-pagi.

Tapi kali ni ni alhamdulillah,setakat saya menulis ni saya hamil 7 bulan,saya belum ada masalah muntah2.

Syukur sangat saya dapat menjalankan urusan rumahtangga dengan sempurna.

Sakit Pinggang

Sakit pinggang saya tak ingat time kehamilan pertama dan kedua,tapi kehamilan ketiga memang jadi kenangan.Sakit sampai nangis-nangis..yang ni saya ada cerita kat sini.


Masa bersalin anak ke tiga,saya ada beli set bersalin tapi sampai kesudah tak guna sebab anak kena kuning sampai sebulan.

Masa berpantang saya berlalu tanpa sebarang ubat dan jamu.Rugi rasanya...

Pssst...tahu tak kalau Set bersalin Shaklee boleh teruskan makan walaupun anak kena kuning kecuali Alfalfa,kena stop dulu.Inilah salah satu kelebihan Shaklee.

Kali ni saya alami juga sakit bahagian bawah pinggang,tapi alhamdulillah tak lama.Saya cuba atasi masalah ini dengan pengambilan Ostematrik sebelum tidur setiap malam.

Akhirnya ia hilang sendiri.Saya ada bagitau doktor tapi apa yang disyorkan hanyalah Panadol.Dia bagi sepapan tapi saya makan sebiji je,pastu tak nak la.

Biarlah saya makan supplement yang lebih semulajadi je daripada telan ubat yang mengandungi dadah.

Bukankah saya dah ada pilihan sekarang?Kalau dulu mungkin saya telan je apa yang doktor bagi.Janji tak sakit kan...lepas tu bila sakit telan lagi.

Sekarang saya dah kenal Shaklee,vitamin dan supplement semulajadi.

Jadi,kali ni saya akan cuba memberi yang terbaik buat diri sendiri dan juga kandungan saya.

 Sakit gigi

Dulu time hamil mesti ada juga walaupun sekali sakit gigi menyerang.

Sakit gigi memang menyeksakan,tak caya tanyalah sapa pun.


Bila sakit gigi,orang tanya soalan apa pun rasa nak marah je,orang bising2 pun kita yang stress.

Itu masa tak hamil,kalau time hamil ni lagi la terasa stressnya.Fuhh..kena kuat sabar waktu ni.(Sekarang ni kalau stress,telan B Complex jer.)

Kalau pergi jumpa doktor pun,dapat ubat tahan sakit je la,nak cabut memang tak boleh punya sebab gigi tengah sakit.

Sebab tu masa pregnant anak ke tiga saya dah cabut gigi yang rosak sebelum saya hamil lagi,sebab memang saya rancang nak hamil dan saya tak nak terjadi macam dulu lagi.

Hamil kali ni saya tak sempat service gigi dulu dah terhamil..hehe,tapi saya cabut juga gigi ketika hamil 5 bulan atas nasihat doktor.Boleh baca kisah saya cabut gigi kali ni kat sini.

Alhamdulillah hamil kali ni,tak de sakit gigi walaupun ada lagi gigi yang rosak.Sepatutnya nak cabut juga tapi saya tak pergi dah klinik.

Pitam.

Dulu sewaktu hamil saya tak boleh berdiri lama2 dan dikhalayak ramai.

Ini pernah berlaku ketika meeting sewaktu kerja dikilang.

Saya akan mula terasa berpinar mata,peluh dingin mula membasahi tubuh,saya akan lari ke tandas dan muntah.


Rasa teruk sangat keadaan macam tu,penat.Saya rasa nak pitam.

Macam tu juga bila beratur panjang di tempat awam seperti klinik.

Bila saya dah alami sekali,saya takkan ulang benda yang sama.

Saya hanya duduk dan suami beratur ambil nombor,ini cerita ketika hamil anak sulong dan anak kedua.Masa tu saya berulang alik ke Klinik Kesihatan Puchong.

Saya memang tak tahan beratur panjang,apalagi kena berdiri.

Sama juga kalau saya masuk kedai ikan yang penuh dengan orang.Saya akan lari keluar tinggalkan suami sorang-sorang pilih ikan.

Hb rendah

Masalah ni rasanya ramai ibu-ibu hamil yang melaluinya.


Saya tak ingat masalah ni untuk anak pertama hingga ke tiga.Rasanya tak de masalah kut.

Tapi hamil kali ni masa awal kandungan hari tu hb saya rendah. 

Namun sebulan lepas tu dah ok,untuk hb rendah ni saya amalkan vitalea.Alhamdulillah.

Setakat ni alhamdulillah hb saya semakin normal dan cantik setiap bulan.

Baca cerita tentang Hb rendah di sini.

Sejak saya bersama Shaklee,saya rasa saya lebih mengutamakan kesihatan diri dan keluarga.

Saya dah sedar sesungguhnya sihat itu cukup indah dan ianya lebih banyak  di sedari oleh mereka yang terlantar sakit.Betul tak?

Kalau tak percaya cuba la sakit...pahtu tanya kepada diri anda apa yang anda betul2 nak saat itu.Pastinya anda nak cepat sihat kan?

Sebab tu ada orang cukup takut nak pegi hospital apalagi kalau kena tahan di wad.

Tapi kalau dah sakit,kita tak nak pegi pun,family kita akan bawa juga kita pergi kan..sebab apa?sebab nak tengok kita sihat la.

Ha kalau takut nak masuk hospital,jagalah kesihatan anda dari sekarang.

Amalkan gaya hidup yang sihat.Hidup pun lebih ceria bersama keluarga.

Saat ini saya hamil 7 bulan.Alhamdulillah perjalanan kehamilan kali ini terasa lebih baik bila saya ditemani supplement Shaklee.

Nak tahu  supplement apa untuk ibu hamil sila baca di sini..SET IBU HAMIL.

Semoga kelahiran kali ini di permudahkan dan semuanya selamat.Doakan saya yer.


Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya kali ini.

Semoga bermanfaat buat semua.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution