Social Icons

Jangan Mudah Mengalah



Assalamu'alaikum.

Hujan je sekarang ni,musim hujan agaknya.

Saya harap semua pembaca blog Amnurhuda sentiasa sihat.

Jangan lupa jaga kesihatan yer.

Saya jumpa cerita ni dari perkongsian seorang sahabat di facebook.

Dan hari ni saya nak share cerita ni kat blog saya agar ianya dapat memberi motivasi dan manfaat kepada orang lain juga.

Mungkin kita boleh ambik sedikit ikhtibar dari cerita ni terutamanya bagi mereka yang dah lama berusaha tapi belum menikmati hasil yang memuaskan.

Bersabar la dan teruskan berusaha.

Anda takkan gagal selagi anda tak berhenti dari berusaha.

Jom kita ikuti cerita pendek ini.
----------------------------------------

  " Ahmad adalah seorang pengetuk batu. Kerja Ahmad adalah mengetuk batu dengan tukul besar sehingga hancur.

Ahmad adalah seorang yang rajin. Tiap-tiap hari selepas subuh Ahmad akan keluar bekerja mengetuk batu.

Sebelum maghrib dia akan sampai dirumah. Ahmad seorang yang rajin dan penyabar. Sangat komited dan istiqamah.

Pada suatu hari Ahmad tengok ada seorang hamba Allah telah memecahkan batu menggunakan satu alat yang dinamakan 'jack hammer'.

Hamba Allah tu berjaya memecahkan batu yang Ahmad mampu ketuk dalam masa sehari hanya dalam masa satu jam.

Ahmad adalah seorang yang rajin dan Ahmad selalu rasa dia adalah antara seorang yang paling rajin dalam dunia ni.

Tapi ada orang lain yang tak rajin tapi dapat hasil 20 kali ganda darinya.. "

--------------------------------------------
Ilmu dan mentor itu penting untuk berjaya

Berbalik kepada cerita asal, jika kita dah buat yang terbaik tapi tak jadi-jadi juga tu bermakna kaedah atau cara yang anda rasa sempurna itu sebenarnya bukan kaedah yang sesuai untuk kerja-kerja atau hasil yang anda mahukan.

Cari ilmu untuk pandu tindakan yang betul.Ilmu amat penting dalam setiap tindakan kita.


Dengan adanya ilmu,sesuatu yang kita lakukan akan terasa lebih mudah.

Tanya orang yang dah berjaya. Trial and error.


Pendek kata kita kena ada mentor untuk kita berjaya.Ikut cakap mentor,buat apa yang mentor buat.

In sha Allah kita terpaksa berjaya seperti mentor kita. 

Jadi, ilmu dan mentor amat penting agar kita mencapai kejayaan dengan lebih pantas menggunakan cara atau teknik yang lebih tepat.

Jaga hubungan dengan Allah

Dalam masa yang sama, minta pertolongan daripada Allah supaya beri ilham bagaimanakah tindakan yang sebetulnya.

In sha Allah idea dan kaedah yang sesuai akan keluar juga.

Jangan putus asa namun dalam masa yang sama jangan pula buat kerja bodoh.


Jangan takut untuk mencuba 
 
Jika tak berjaya, cuba kaedah lain. Cuba, cuba dan terus mencuba.

Matlamat sama, cuma cubalah kaedah yang berbeza.



Allah nak tengok setakat mana kita berusaha.

Kadang-kadang hasilnya bukan datang dari jalan yang kita usaha tapi dari arah yang tak di sangka-sangka.


Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah.

Semoga anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kali ini.


Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution